Sunday, January 31, 2010

Holiday Is Back

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Sekarang telah masuknya waktu cuti bagi siswa FK UnPad angkatan 2008 bermula 30 Januari hingga 7 Februari. Seminggu sahaja, maka Tuah tidak pulang ke Melaka. Tuah akan menghabiskan masa cuti kali ini di Pekan Jatinangor ini buat ke-5 kalinya. Tuah tidak akan pulang jika cuti kurang daripada 10 hari.

Jadi, apa perancangan masa cuti Tuah kali ini? Ha, tiada perancangan sebenarnya. Tapi, Tuah bercadang mahu membina stamina semula kerana mahu menyertai kejohanan futsal pada Februari atau Mac nanti. Bandung juga akan melansungkan Bandung Games Mac nanti anjuran PKPMI Bandung. Tuah pasti mahu menyertainya.

Tuah juga akan cuba untuk mengembalikan zaman kegemilangan sebagai chef terhandal di kalangan teman yang telah hanyut ditelan masa kerana setelah setahun lebih Tuah tidak memasak. Maka, setelah tinggal di rumah sewa ini, Tuah akan cuba memasak apa sahaja yang terlintas di fikiran. Malah cuti kali ini Tuah berseorangan di rumah, ini peluang terbaik untuk buat kaedah cuba-jaya.

Pada cuti ini, Tuah akan menjalan ekspedisi mendaki Gunung Geulis buat kali ke-2 bersama teman. Seperti pendakian kali pertama, kami bercadang untuk memulakan pendakian tepat jam 1 dan mungkin tiba di puncak sebelum jam 3, berehat sebentar, dan sesudah subuh akan mengadakan party BBQ. Memang seru bak kata orang Indonesia.

Sebut pasal Geulis, Tuah nak tunjuk sikit gambar di puncaknya, memang cantik.






Pada cuti kali ini juga Tuah akan cuba membaca sebanyak2 buku atau novel yang telah lama Tuah simpan tetapi tiada kesempatan untuk melakukannya.Kebanyakannya adalah novel Inggeris kerana Tuah kurang berminat dengan novel Melayu yang rata2 merupakan novel cinta. Tuah sudah muak membacanya di zaman sekolah dulu.

Tuah juga akan cuba untuk khatam Al-Quran sepanjang cuti 9 hari ini. Tuah juga akan cuba khatam bukan sirah nabi dan sirah sahabat yang ketebalannya memandulkan keinginan Tuah untuk membelek halaman pertama sahaja sekalipun. Mintak2 di beri kekuatan oleh Allah untuk Tuah memulakannya nanti.

Sebagai program untuk menguatkan ukhwan bersama rakan2, selain program mendaki gunung, kami juga bercadang untuk ke Ciater atas 2 tujuan; mandi air panas dan main paintball. Sekali dahulu Tuah pernah ke sana bermain paintball sahaja, kerana pemergian kami dicemburui masa kerana begitu ghairah bermain sehingga terlupa untuk mandi air panasnya. Insyaallah kali ini akan mandi sebelum main.

Sebagai proses memantapkan skill, Tuah akan lebih kerap berlatih badminton bersama teman seperjuangan kerana segala kejohanan badminton akan berlangsung pada bulan Februari hingga Mei depan. Maka, Tuah perlulah sediakan payung sebelum hujan, tidak mahu lagi kami untuk bertanding secara ala kadar sahaja kali ini.

Jadi, Tuah memang tiada perangcangan yang tepat dan berjadual untuk cuti kali ini tetapi semua aktiviti tersebut akan Tuah pastikan untuk dilakukan sempena cuti yang pendek kali ini. Harap2 Tuah di beri kekuatan dan kesihatan untuk melaksanakan semua aktiviti tersebut, amin.

Akhir kata, majulah Tuah untuk Islam, majulah Muslim untuk Islam, majulah negara untuk Islam, majulah ummat untuk Islam, majulah dunia untuk Islam, amin.

Wallahualam.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Thursday, January 28, 2010

Wawasan 2010 Oh Melaka

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Akhirnya tiba juga tahun 2010. Tuah memang menunggu2 tahun ini. Sebab negeri Melaka ada slogan yang perlu di’tunai’kan iaitu Melaka Maju 2010. Tapi, banyak juga negeri lain yang kata nak maju juga 2010 ni. Mungkin negeri2 ini akan nampak maju pada hujung 2010.

Untuk tahun 2010, Melaka akan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) ke-14 buat pertama kalinya. Malangnya, Tuah tidak dapat bersama dengan seluruh rakyat negeri Melaka menganjurkannya kerana ianya dijalankan pada bulan Jun.

Bukan sahaja tiada cuti pada masa tersebut malah Jun merupakan bulan yang mana saban tahun akan berlangsungnya peperiksaan akhir bagi kami siswa FK UNPAD. Nampak sangat tiada rezeki Tuah nak bersama2 meraikannya. Tidak mengapalah, sukan SEA tahun depan akan dijalan di Indonesia, mintak2 Tuah ada masa lapang pada masa itu.

Berbalik semula kepada slogan Melaka Maju 2010, pada tahun ini Melaka akan mempunyai lapangan terbang antarabangsa sendiri di Batu Berendam. Jadi, bolehlah Tuah balik Malaysia langsung ke Melaka, dari Jakarta ke Melaka. Sebelum ini hanya ada Jakarta-KL atau Bandung-KL. Lagipun lapangan terbang tersebut Cuma 5-10 minit sahaja daripada rumah Tuah.

Katanya juga, Melaka akan ada sistem monorail seperti yang ada di KL. Tapi, janjinya hanya untuk sekitar bandar Melaka sahaja. Tambahan pula, negeri ini juga akan ada sistem perkhidmatan bas seperti RapidKL, bertujuan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di bandar Melaka yang semakin lama semakin teruk.

Buat masa ini hanya 2 benda itu sahaja yang baru akan ada di Melaka pada tahun ini. Maklumlah, Melaka kan negeri kecil sahaja, terletak pula jauh dari Kuala Lumpur. Melaka perlulang bangun sendirian ditambah dengan ketiadaan hasil bumi yang boleh diniagakan seperti timah di Perak atau petroleum di pantai timur dan Sarawak mahupun hasil hutan seperti di Pahang atau Sabah.

Negeri Selangor contohnya begitu beruntung kerana Kuala Lumpur terletak di dalamnya, yang mana dapat membantu pembangunan negeri tersebut, kalau berdasarkan pemerintahan Barisan Nasional dululah. Namun, di bawah Pakatan Rakyat sekarang tidak tahu apa yang baru di Selangor.

Apa lagi yang patut ada di Melaka, atau kata lainnya apa yang Melaka tiada melainkan semuanya ada. Macam ada di Melaka. Tempat2 pelancongan seperti Eyes Of Malaysia, Eyes On Melaka dan Menara Taming Sari kini wujud di Melaka. Kompleks membeli belah yang diantara terbesar di Malaysia juga ada di Melaka iaitu Dataran Pahlawan MegaMall. Setakat Mydin ada 2 di Melaka, yang terbsesar di Malaysia salah satunya. Jusco juga ada 2, salah satunya juga terbesar di Melaka.

Dari segi sukan, Melaka ada 2 stadium negeri, Stadium Kubu atau sekarang dikenali sebagai Stadiaum Hang Tuah dan Stadium Hang Jebat yang letaknya 5 minit dari rumah Tuah. Komplek suka juga ada 2 di Melaka. Malah akan di tambah 1 lagi berhampiran Stadium Hang Jebat untuk digunakan pada SUKMA nanti.

Dari segi pendidikan, Melaka kini mempunyai Kolej Universiti Teknologi Islam bertaraf Antarabangsa. IPT milik penuh kerajaan negeri ini juga letaknya 5 minit dari rumah Tuah. Tapi, sekolah berasrama penuh di Melaka cuma ada 2, MRSM ada 2 sekolah agama kerajaan pusat ada 2, maktab perguruan ada 2 dan sekolah agama bertaraf antarabangsa ada 1. Katanya pada tahun ini bilangan tersebut akan ditambah.

Pendek kata semuanya ada di Melaka, termasuklah penjara yang terbesar di Malaysia seterusnya terbesar di Asia Tenggara, suatu yang menjadi igauan buruk bagi rakyat Melaka yang sebelum ini mempunyai sebuah sekolah ‘budak jahat’ iaitu Henry Gurney. Penjara ini juga letaknya 5 minit dari rumah Tuah. Haish, risau2.

Kesimpulannya, walau negeri Melaka ini kecil namun macam2 benda boleh wujud di sini. Bak kata orang Melaka, kecil jangan di sangka kecik, besar jangan disangka besau. Cukai pun yang terbanyak diberikan kepada kerajaan pusat adalah dari negeri Melaka.

Jadi, Tuah ingin bertanya anda semua adakah ini ciri2 negeri maju yang anda fikirkan? Bagaiman pula ciri2 negeri atau negara maju bagi anda? Tuah juga ingin bertanya, apa lagi yang ada di negeri lain, yang berfaedah yang tiada di Melaka, yang boleh atau tidak boleh berada di Melaka? Fikir2kan.

Wallahualam.
~Melaka & Mohd Ali~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Wednesday, January 20, 2010

Tuah Ingin Mengucapkan....

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Selamat Tahun Baru!
Happy New Year!
! سنة جديدة سعيدة
新年快乐!
नया साल मुबारक हो!
สวัสดี ปี ใหม่!
גליקלעכן נייעם יאָר!

..::2010::..

Sudah lama nak tulis newpost ni tapi tiada izin dari Yang Maha Esa menurut Islam. Kalau nak guna perkataan Allah dah tidak valid untuk ummat Islam sahaja di Malaysia. So, kena tambah 'menurut Islam' kalau nak guna juga. Astaghfirullah, apa nak jadi dengan Malaysia sekarang! Amankanlah ya Allah.

So, dah diberi izin ni, Tuah nak wish 3 benda:

1st, nak ucap selamat menyambut tahun 2010, 19 hari yang lepas. Malam tu suram saja. Tidur awal lagi. Tapi, Tuah potong rambut pagi 1 Januari tu, huhu.

2nd, nak ucap selamat hari lahir atau selamat ulang tahun kepada ummi Tuah yang ke 49 pada 14 Januari yang lepas (sama hari dengan hari lahir Tuah juga). Haha, ummi dah nak jadi warga emas dah. Dan Tuah dah 22 tahun, muda lagi!

3rd, nak wish selamat menduduki dan menberdiri kepada rakan2 1st year dan 2nd year Fakultas Kedokteran, UnPad yang telah bermula sejak Isnin lepas. Tapi, bagi Tuah, exam akan bermula esok dan tamat esok, sebab esok ada exam SOCA. Goodluck guys!

Tamat masa ucapan. Tuah nak cerita pasal resolutions pula. sempena tahun baru ni, Tuah nak tanam azam baru, sebab azam tahun 2005 yang telah dibawa hingga tahun 2009 dah tercapai, maka Tuah kena buat azam baru.

Untuk tahun baru ni, Tuah nak azam yang mudah2 saja. So, sebab mudah, Tuah nak buat banyak sikit, ada 22 semuanya sebab Tuah kini berusia 22 tahun, memang banyak!

1) be more understanding
2) go sailing
3) take more deep breath
4) drink more water
5) compose a song
6) become an expert on something
7) start acting my age
8) be me
9) actually update my blog
10) be patient
11) forgive her (who is she?)
12) speak up
13) work smarter
14) try new drink
15) try new cafe
16) be positive
17) be spontaneous
18) use my phone to call instead of text
19) not using others phone neither to call nor text
20) write a story
21) bake a cake
22) not make more resolution for next year

Anda rasa yang mana satu yang paling susah untuk dilakukan, especially by me? Wah! Nak kena stop sekarang ni, esok nak exam SOCA, banyak lagi tak cover ni. Pray for me ye?

Akhir kata, Tuah nak wish 1 lagi. Tuah nak wish yang Islam akan bangkit pada tahun ini dan Tuah adalah mereka yang terlibat dalam proses tersebut. Sila nikmati video yang best ni, enjoy!



Wallahualam.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.