Saturday, May 30, 2009

Cerita Cawan Cantik

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Masa sekolah dulu ada satu karangan yang Tuah tiba2 teringat sekarang. Kan salah satu jenis karangan ialah autobiografi, contohnya Saya Sebatang Pensel. So, masa cikgu suruh buat karangan macam itu so Tuah buatlah karangan bertajuk Saya Sebuah Cawan.

Kalau difikirkan balik memang bosan karangan tu. So, untuk kali ini Tuah cuba buat kembali, remix a.k.a. new version punya. Tapi pendek sahajalah, takde masa nak buat panjang2. Isi yang sama tapi Tuah tukar format dan Tuah bagi tajuk baru, Cerita Cawan Cantik. Kalau boleh nak try balik kat cikgu suruh bagi markah semula, kalau bolehlah. Hehe. Selamat membaca.

Cerita Cawan Cantik

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik.

"Lihat cawan itu, cantik bukan?" kata si nenek kepada suaminya.

"Benar katamu itu, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk.

Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksudkan tadi berbicara:


"Terima kasih untuk perhatian anda. Untuk pengetahuan kau bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna.

Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Sudah beratus kali ku berteriak, "Berhenti! Berhenti!". Namun, tidak diendahkannya malah orang itu berkata, "Belum!"


Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. "Stop! Stop!" teriakku lagi, dalam Bahasa Inggeris, mencuba nasib mungkin dia kurang mengerti Bahasa Melayu. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku.

Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. "Panas ! It's hot!" Teriakku dengan kuat. "Stop ! Cukup!" Teriakku lagi. Tapi orang ini berkata semacam memerliku, "Not enoughlah!" Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku.

Oh, ternyata belum!
Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. "Stop! Stop!" Aku berteriak. Wanita itu berkata, "Not enough!"

Lalu ia memberikan aku kepada lelaki tadi yang lalu memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya. "Tolong! Hentikan penyiksaan ini!" Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku.


Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku".

Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Mungkin mereka terharu dengan kisah cawan tersebut. Atau mungkin terkesima dengan keajaiban cawan tersebut yang begitu pandai berkata2, mungkin disebabkan tekanan dan penyiksaan yang telah diterimanya dahulu.

Pengajarannya, seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi, inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi "CANTIK".

Jangan lupa bahawa cubaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Ujian2 ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan (akhirat).

Wallahualam.

cawan saya ini tak boleh berkata2, sorry

*******

Pepatah Tuah: Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Tuesday, May 26, 2009

Dah Takdir Saya Kot...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Abu Dzar Al-Ghifari r.a. menerangkan bahawa Nabi s.a.w.bersabda tentang apa yang baginda riwayatkan dai Rabbnya, sesungguhnya Dia berfirman:

"Wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman kepada diri-Ku, dan Aku menjadikan kezaliman itu haram di antara kamu. Oleh kerana itu janganlah kami saling menzalimi"

Berdasarkan hadis ini, mengapa masih ramai yang tidak bersyukur dengan segala yang telah dikurniakan-Nya. Masih ramai yang beranggapan segala kejayaan yang dikecapi adalah atas usahanya semata2 tetapi segala bencana yang menimpa di salahkan pada takdir. Bukankah telah jelas Allah tidak berlaku zalim terhadap makhluk-Nya.

Allah ada menegur kaum musyrikin dalam surah Al-An'am 6:148 di mana orang musyrik mendakwa bahwa kemusyrikan mereka ini telah ditakdirkan-Nya. Walhal, bagaimana mereka tahu bahawa itu yang ditakdirkan kepada mereka.?

Dalam hadis tadi ada disebut:

"Barang siapa mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah, dan barang siapa mendapat selain itu, maka janganlah mencela selain dirinya sendiri."

Memang segalanya telah ditakdirkan Allah dan ditulis di Luh Mahfuz, tapi Allah telah memberikan peluang kepada makhluk-Nya untuk memilih. Maka, semuanya bergantung pada pilihan kita, segala yang dipertanggung jawabkan kepada kita hanyalah pada pilihan kita.

Allah telah berjanji dalam surah Ibrahim 14:7 bahawa barang siapa yang bersyukur maka akan ditambah nikmat kepadanya, barang siapa kufur nikmat-Nya, maka azab Allah yang amat pedih menantinya.

Ada pulak yang tak cukup disalahkan takdir nak disalahkan pula syaitan. Dalam surah Ibrahim 14:22 ada diceritakan ketika setelah dihisab, syaitan berkata, "...tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu melainkan menyeru kamu mematuhi seruanku, oleh itu janganlah kamu mencerca aku tapi cercalah dirimu sendiri..." Maka, siapa yang perlu tanggung segala akibat daripada pilihan kita itu melainkan diri sendirilah.

Ha, sekarang nak salahkan takdir tak boleh, nak salahkan syaitan pun tak boleh juga, nak salahkan rakan sebaya pula ke? Or ibu bapa? Or guru? Huhu. Waakhirnya, kita juga yang perlu dipersalahkan, betul?

Apakah takdir kami satu group lagi semester 3?

*******

Pepatah Tuah: Biar korek hidung, jangan korek tabung

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Perjalanan Yang Tidak Diduga (Ke Dah Duga?)

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Tiba2 anda dijemput dan dihadiahkan satu tiket iaitu KEMATIAN, tanpa anda duga atau pinta. Anda tidak perlu membayar tiket pelayaran itu kerana ianya percuma. Kenderaan anda akan disediakan jenis satu tempat duduk iaitu sebuah KERANDA.

Anda tidak perlu gusar berapa lama dan berapa jauh perjalanan tersebut kerana ia tetap akan tiba ke sebuah destinasi yang telah tersedia lama untuk anda. Anda juga tidak perlu menyediakan pasport dan visa perjalanan kerana ia tidak termasuk dalam syarat perjalanan.


Anda tidak perlu membayar wang kerana kerana ianya percuma. Di sana, anda akan disambut oleh dua malaikat iaitu MUNGKAR dan NAKIR bukannya pegawai imegresen maupun pramugara/i. Buku catatan anda akan dibuka dan bukannya pasport dan visa perjalanan. Anda tidak perlu risau kerana tempat anda telah disedia.

Tempat tidur anda bukanlah hotel lima bintang tapi di dalam kubur sebuah LIANG LAHAD. Anda akan dihidangkan dengan suara2 pertanyaan 2 malaikat tadi, bukannya lagu2 merdu suara penyanyi yang anda biasa dengar di dunia dulu. Kawan2 anda bukan lagi sanak saudara atau rakan2 dan teman2 di dunia dulu tetapi mungkin kala jengking yang gigitannya 1000 tahun tidak mungkin hilang, ular berbisa atau Al-Quran Al-Karim.

Anda tidak ditanya berapa lama anda mahu tinggal di sana kerana anda akan kekal sehingga kiamat tiba. Bukan harta dunia yang anda ditinggalkan yang akan dipersoalkan tetapi amalan2 dan kebajikan untuk menjadi teman dalam menghadapi ALAM BARZAH ini.

Anda tidak akan dihidangkan dengan makanan atau minuman yang lazat2 seperti di dunia dulu tetapi azab2 kubur yang telah dijanjikan Allah untuk mereka yang menzalimi diri sendiri di dunia dulu.

Namun, perjalanan ini tidak berhenti setakat ini. Adalah mustahil untuk anda pulang semula ke pangkuan keluarga di dunia tetapi anda akan meneruskan perjalanan ke tempat seterusnya, HARI PENGADILAN yang akan berlangsung di PADANG MAHSYAR.

Dan akhirnya di sana akan ditentukan destinasi utama anda sepanjang menjadi hamba Allah, samada SYURGA atau NERAKA.

*******

Pepatah Tuah: Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul seguni beras

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Monday, May 25, 2009

Lagu Hujan - Ludah Amerika

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Bukan nak promote tapi Tuah memang suka lagu ni, harap maaf siapa rasa lagu ni menyemak je eh?

Ni lirik lagunya:

Hujan - Ludah Amerika

Satu dunia sudah tahu
Masalahnya semua jadi bisu
Discovery Channel CNN
Semua satu bagaikan mesin
Bush aka semak si presiden
Menantu Dajjal kuat enjin

Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!

Tolong sana tolong sini
Batu api
Alasan kamu nuklear lagi
Satelit cari si Saddam
Anjing bersama senapang
Misai si hitler pun panjang
Sogok wanita telanjang

Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!

Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!
Ludah! Amerika!



Hujan - Ludah Amerika

Pepatah Tuah: Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri madu-madukan,hehe

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Saturday, May 23, 2009

Ciri2 Lelaki Acuan Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Pernah terbayang untuk menjadi lelaki acuan Al-Quran or pasangan yang sebegitu? Mari kita lihat ciri2nya.

Seorang lelaki yang beriman,

yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah swt,

yang sentiasa haus dengan ilmu,

yang sentiasa dahaga dengan pahala,

yang solatnya adalah maruah dirinya,

yang tidak pernah takut berkata benar,

yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,

yang menjaga tuturkatanya,

yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,

yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,

yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung,

yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang,

yang menghormati ibubapanya,

yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga,

yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga,

yang akan mendidik anak-anak dan isteri mendalami agama Islam,

yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat,

yang sentiasa bersedia untuk agamanya,

yang hidup di bawah naungan al-quran dan mencontohi sifat Rasulullah saw,

yang boleh diajak berbincang dan berbicara,

yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya,

yang tidak pernah membazirkan masa,

yang matanya kepenatan kerana kuat membaca,

yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,

yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan,

yang bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan,

kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan,

yang sentiasa mengingati mati,

yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,

yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian,

yang tidak mudah terpesona dengan buaian dunia kerana dia mengimpikan syurga,

di situlah rumah impiannya, bersama wanita acuan al-quran.


*******

Pepatah Tuah: Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Wednesday, May 20, 2009

5 Syarat Nak Buat Maksiat

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Ada 5 syarat yang anda mesti lepas baru boleh buat maksiat. Nak tahu apa syarat2nya? Ikuti kisah berikut:

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?". "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.


Adakah anda juga insaf seperti lelaki itu, terisak2 dan terus bertaubat kepada Allah? Banyak di kalangan kita yang mengeluh, "susah betul nak berhenti berbuat maksiat" or "aku bukan taknak berhenti bercouple or merokok ni, cuma beratlah, kau tak rasa mana tau, cakap senang je". Tapi, kalau anda fikirkan pasal 5 syarat ni pasti takde hal lah anda nak berhenti. Tuah dah mencubanya, anda bila lagi?

*******

Pepatah Tuah: Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Sunday, May 17, 2009

Beriman Dengan Exam

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Selama ini, Tuah cuma tahu ada 6 perkara dalam rukun iman, iaitu beriman kepada:

1-Allah
2-Malaikat
3-Kitab2 Kalam-Nya
4-Nabi2 dan Rasul2
5-Hari kiamat
6-Qada' & qadar

Tapi, akhir2 ini, Tuah mula menyedari satu lagi perkara iaitu beriman dengan exam, meyakini dengan hati bahawa exam ni susah dan semakin dekat (exam countdown 15 days to go!), melafazkan dengan kata2 (di mana2 semua orang kata: wah, exam dah dekat) dan membuktikan dengan perbuatan iaitu study hard. Anda ada perasan tak?

Sama macam meyakini bahawa exam dah dekat, tetapi perasankah anda bahawa kematian itu lebih dekat, (death countdown 0 second to go!). Selalu kita di peringatkan bahawa kiamat sudah dekat, so, bersedialah menghadapinya. Lagi pun tanda2 kecil dan besar sudah banyak yang dah terjadi sekarang. Tapi, kematian itu lebih dekat dengan kita. Sesungguhnya orang yang sentiasa mengingati mati itu adalah orang yang bijak dan cemerlang.

Kembali kepada iman dengan exam, bukan tak bagus, cuma ramai yang rajin membanyakkan ibadah ketika masa hanya hampir pada exam. Kalau biasanya puasa sebulan sekali pun susah, tapi bila nak dekat exam seminggu 2 kali pun takde hal. Kalau biasanya solat jemaah di masjid seminggu sekali di masjid (solat jumaat), tapi bila dekat nak exam maghrib isyak takde lagi solat di bilik, mesti ke masjid.

Bukan tak bagus di masa2 nak exam ni kita tambah amalan. Sama macam di bulan puasa, cuma lepas habis exam keep up je lah semua tu. Jangan lepas exam terus taknak dah ke masjid or malas dah nak beribadah sekuat nak exam dulu, ini yang salah. Janganlah jadi orang yang tak bersyukur. Janganlah jadikan Allah hamba kita, bila perlu kita puji dia untuk nak dapatkan pertolongan-Nya, bila dah tak perlu kita tinggalkan saja.

Jangan jadi sekumpulan anak kapal yang di ceritakan Allah dalam surah Yunus ayat 22-23 yang bila takut ditimpa ombak besar mereka berkata "Sekiranya Engkau menyelamatkan kami dari bahaya ini, pasti kami masuk di kalangan orang yang bersyukur". Tapi, apa yang berlaku selepas selamat, maka mereka mula berbuat kezaliman di bumi tanpa alasan yang benar.

Wallahualam.


*******

Pepatah Tuah: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, kalau macam tu lebih baik tak payah hujan…

p/s:
1. goodluck guys FKUnPad for final exam starting from nextweek for 4th year, the next week 2nd year, 1st of June my fellow 1st year, and the next week 3rd year. Do your best and let's God do the rest!
2. join mybrute at-as (http://at-as.mybrute.com), hehe

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.