Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Allah swt telah letak 5 keperluan dalam diri setiap daripada kita. Keperluan makan dan minum, pakaian, rumah, dan kenderaan. Dan 1 lagi apabila sudah akil baligh iaitu keperluan berkahwin. Kemudian, Allah hantar kita ke bumi sebagai pentas ujian. Selain itu, Allah juga telah meletakkan dalam diri kita ini hawa nafsu yang banyak.
Banyaknya keinginan nafsu ini sehingga kita tidak mampu mengira keinginan nafsu kita ini yang mana jika dikumpul semua kekuasaan dan kekuatan di dunia ini untuk memenuhi nafsu seorang daripada kita sahaja pun tidak mampu memenuhi keinginan nafsu tersebut. Betapa bernafsunya kita.
Kemudian Allah cipta kita ini dalam keadaan lemah dan Allah juga wujudkan sifat bersegera dalam mendapatkan sesuatu iaitu sifat kurang sabar. Oleh kerana keinginan kita terlalu banyak sehingga dan kita cuba untuk mendapatkan segala keinginan tadi dengan cuba membuat sesuatu yang salah dan menjalani kehidupan seperti itu.
Tetapi, dalam semua keadaan ini Allah mahukan kita berjaya.
Oleh kerana keinginan kita terlalu banyak maka kita sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan nafsu kita, walau cara tersebut salah di sisi agama. Bak pepatah Inggeris, by hook or by crook. Dah buat salah dan sedar benda yang dibuat itu salah, kita sanggup hidup dalam keadaan bersalah atau berdosa demi memuaskan nafsu kita.
Ada pula sebahagian kita yang menjumpai cara yang betul untuk mencapainya tetapi kerana salah faham terhadap cara tersebut dan mula merasakan kegagalan setelah melalui cara itu maka mereka mula meninggalkan cara tersebut. Betapa ruginya orang yang pernah melalui cara tersebut tetapi meninggalkannya kerana merasakan kegagalan yang sedikit apabila melakukannya.
Untuk membantu manusia untuk kembali ke cara atau jalan yang betul maka telah Allah swt utuskan para nabi dan rasul dari zaman Adam as hingga ke akhir zaman iaitu Muhammad saw. Jalan yang ditunjukkan Rasullullah ini tidak lain dan tidak bukan adalah jalan dakwah.
Jalan dakwah adalah satu2nya jalan yang menjamin kejayaan hidup di dunia dan di akhirat. Sememangnya ketika melalui jalan ini kita akan merasa sedikitkegagalan tetapi itu hanyalah ujian dari Allah swt untuk memantapkan lagi hati kita untuk terus berada di jalan ini.
Sebagaimana nabi2 terdahulu Allah letakkan kejayaan adalah dengan mengikut cara hidup yang dibawa nabi2 setiap zaman dan setiap kaum, begitu juga ummat Muhammda saw, telah Allah letakkan kejayaan dengan mengikut cara hidup baginda Nabi saw. Kejayaan, kebahagiaan, keselamatan, dan kemurniaan ummat ini ialah dengan menikut kehidupan yang di bawa Rasul saw.
Orang miskin yang hidup dalam kemiskinan tetapi dia mengikut kehidupan yang dibawa oleh Nabi saw maka dia dalam kejayaan.Orang kaya yang hidup dalam kekayaannya, jika dia mengikut kehidupan yang dibawa Nabi saw maka dia dalam kejayaan.
Dalam agama telah Allah letakkan kejayaan di dunia. Dan dalam agama juga telah Allah letakkan kejaayn di akhirat. Sebagaiman kejayaan akhirat tanpa agama adalah mustahil, begitu juga kejayaan dunia tanpa agama adalah mustahil. Seperti orang yang mahukan kejayaan akhirat memerlukan agama begitu juga orang yang mahukan kejayaan dunia memerlukan agama.
Untuk mendapatkan kejayaan, kebahagiaan dan keberkatan hidup di dunia, kehidupan yang penuh ketenangan dan kasih sayang yang manusia kini sedang berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya, asanya adalah agama.
Ringkasnya, untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan sekaligus di akhirat tidak lain dna tidak bukan adalah melalui agama. Dan cara atau jalan terbaik untuk mendapatkannya seterusnya meneruskan kelansungan kejayaan tersebut adalah hanya dengan cara hidup yang dibawa oleh baginda Nabi Muhammad saw.
Wallahualam.
p/s: hari ini bnyk gila majlis ilmu sekitar Jatinangor...adakah ini permulaan kepada kebangkitan Islam? amin...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
No comments:
Post a Comment
Write a great comment, not the good one, thanks!