Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Allah swt telah berikan kehidupan sementara kepada manusia di dunia ini, kehidupan yang penuh dengan tipu daya. Setiap manusia datang untuk tinggalkan dunia ini. Masa datang ke dunia ini telah Allah buat dengan tertibnya. Tidaklah datang seorang anak dahulu baru datang ayahnya dan tidak pula datangnya seorang ayah dahulu baru datuknya.
Kehidupan di dunia ini adalah mengikut tertibnya iaitu bapa dahulu baru anak. Tapi, untuk tinggalkan dunia ini Allah swt tidak buat ikut tertib tadi. Ada datuk yang berumur 90 tahun masih hidup tetapi anaknya yang berusia 60 tahun telah meninggal dunia, even cucunya yang berusia 30 tahun pun sudah meninggal dunia, apalagi cicitnya yang berusia 10 tahun boleh meninggal lebih dahulu dari dia.
Orang selalunya fikir yang umurnya lebih maka akan terlebih dahulu meninggalkan dunia. Tetapi, malangnya ada yang umurnya lebih masih hidup dan umur yang muda lagi telah meninggal dunia di depan mata umur yang lebih. Bak kata sesetengah orang, umur hanyalah setakat nombor.
Sempena masih ada waktu inilah maka Tuah nak ajak anda sekalian berfikir betapa ajal dan maut tidak akan menunggu kita bersedia atau kita mahu mati atau tidak. Tuah nak cerita sikit mengenai seorang raja di zaman Tuah muda2 dulu, zaman kerajaan Melayu Melaka dahulu.
Ada seorang raja mahu melawat seluruh negerinya, maka dibawa kepadanya pakaian. Diberi pakaian yang pertama, ia tidak suka. Dibawa pakaian yang kedua pun dia tetap tidak mahu. Dan apabila dibawa pakaian ketiga barulah dia mahu pakai. Kemudia dibawa kuda untuk tunggangan kepadanya. Seperti tadi, yang pertama ditolaknya. Begitu juga yang kedua. Tatkala dibawa kuda seterusnya barulah dia suka.
Pada masa itu pembesar2 kerajaannya juga berada disitu. Dipakaikan mahkota di kepalanya, sesiapa sahaja yang datang di hadapannya akan sembah dan salam dengannya. Maka datang seorang tua berpakaian sederhana, janggut dan rambutnya pun sudah putih, berdiri dijalan yang raja itu lalu. Tapi, dia tidak sembah dan salam raja tersebut. Bahkan disuruh raja itu datang menghampirinya kerana dia mahu memberitahu sesuatu yang penting kepada raja.
Raja tidak bangun dan tidak pergi kepadanya. Maka orang tua tadi datang kepada raja dan pegang tali kuda raja dan mengarahkan raja duduk, sambil berkata, “tiada siapa yang dapat mengingkari kata2ku”. Raja pun bertanya siapa gerangan orang tua itu dan apa yang mahu diberitahu kepadanya. Orang tua itu memberitahu, “rapatkan telingamu ke mulutku”.
Orang tua itu menyambung, “aku adalah malaikat yang diperintahkan untuk mengambil nyawamu”. Mendengar kata2 orang tua itu menjadikan raja terkedu dan menggeletar seluruh badannya. Raja merayu agar jangan mengambil nyawanya. Raja berkata, “aku sedang mabuk dengan masa mudaku, aku tiada persediaan untuk akhiratku, berilah aku peluang untuk membina akhiratku”.
Namun, malaikat atau orang tua itu langsung mengambil nyawa raja masa itu juga, dan raja telah jatuh dari kudanya ke bawah. Beginilah sebenarnya keadaan kehidupan kita di dunia.
Kita tidak akan pernah bersedia untuk mati dengan membina akhirat kita selagi kita sibuk dengan dunia kita, sibuk dengan masa muda kita, sibuk dengan teman2 sepermainan kita. Kita selalu mengatakan mahu bertaubat bemula esok, atau minggu depan atau setelah tua nanti. Walhal bila2 masa sahaja nyawa kita boleh diambil malaikat maut.
Renung2kanlah wahai teman2 sekalian. Seperti di universiti Tuah ini kami disibukkan dengan pelajaran dan program2 yang gunanya untuk persediaan masa mendatang setelah tidak lagi bergelar mahasiswa. Tetapi, berapa sahaja masa yang diperuntukkan untuk membina akhirat kita. Entah bila2 nyawa kita akan diambil. Astaghfirullahhalazim.
Wallahualam.
p/s:
1) Go, Kasturi Go!
2) Lama tak tulis cerpen, merajuk sebab kalah bertanding tidak sama sekali
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
wat a nice blog. it makes me stop to think, digest and reflect on myself.
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteterima kasih cikgu, huhu