Friday, July 1, 2011
Mencari 'Rezeki'
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Di masa exam menyendiri,
macam dah tak sedar diri,
dunia luar dah tak dihirau lagi,
sebab buku dan nota kata mari,
game dan wayang kata pergi,
jangan pula buat tak reti,
pergi la study!
Di musim peperiksaan,
kononnya asyik mengulang kaji pelajaran,
perut pula selalu kelaparan,
mulalah mulut mencari makanan,
mengakibatkan bertambah berat badan,
betul tak rakan-rakan,
kan kan kan?
Baru sahaja habis peperiksaan,
begitu seronok mengosongkan fikiran,
tengok buku rasa macam nak makan,
tengok 'lecture note' rasa nak telan,
tapi semua sudah ditinggalkan,
kerana sudah habis peperiksaan. Yahoo!!
**************************************************************************************
Sedang lelaki A dan B berbual ketika berjalan ke kedai makan, lelaki A berkata...
Lelaki A: wei B, cuba tengok awek tu (sambil menunjuk ke arah seorang perempuan yang memakai baju putih ketat dan 'transparent')
Lelaki B: Ooo, yang itu ke?
Wanita C tiba2 muncul dari belakang mereka seraya berkata...
Wanita C: tengok tu, suka tengok yang macam tu..
Lelaki A: sudah dia tayang, ter-tengok lah, kan B?
Wanita C: Kalau macam tu tak payahlah di tegur2, cakap kat orang lain..
Lelaki A: cuba dah mengelak dari melihat dan menegur, tapi ter-tengok dan ter-cakaplah kat si B..
Lelaki B: betul. Ini lah masalah yang menimpa kaum lelaki yang tidak mahu tetapi dipaksa untuk mahu. Di mana2 ada sahaja yang bagi tayangan umum dan 'sneak peak' percuma. Kalau dah menjolok mata macam itu mana boleh tahan, mana nak tak tengok. Kalau iman setakat orang umum memang ke laut jawabnya.
Lelaki A: macam orang mengantuk di sorong bantal, macam orang yang sedang kelaparan di beri nasi, macam orang haus di beri air sejuk, macam2 lagi lah, hehe..
Suasana hening seketika sambil mereka meneruskan perjalan kaki. Kemudian...
Wanita C: jadi?
Lelaki B: jadi, jangan lah pakai pakaian sebegitu. Kalau boleh perempuan jangan pakai baju putih, walau baju kurung mahupun jubah. Tudung pun pilih yang memang tidak 'transparent'.
Lelaki A: mereka2 ini tak belajar sesuatu ke semasa di zaman sekolah dulu. Pakai baju kurung macam pakai plastik, nampak segalanya yang di salut. Tudung punya singkat sampai nampak semuanya sekali. Budak lelaki pun apalagi, ramai2 mencari 'rezeki' sambil ucap alhamdulillah..astaghfirullahalazim!
Wanita C: baguslah dah sedar..
Suasana hening kembali. Tak lama kemudian..
Lelaki A: mata lelaki tidak perlu cermin mata x-ray pun sudah boleh lihat tembus, yang ditutup rapi pun boleh nampak, apalagi yang terbuka sana sini.
Lelaki B: 'mahal'nya wanita bila nak dikahwini nati jika calon lelaki tidak pernah melihat aurat calon isteri atau menyentuh mereka. Susah rasanya nak dapat wanita yang 'mahal' sekarang ni.
Lelaki A: kalau boleh cuba jadi se'mahal' tu, ajak kawan2 sekali.
Wanita C: okay...(sambil berjalan laju meninggalkan lelaki A dan B terpinga2)
Mereka berdua pun meneruskan pencarian 'rezeki' pada hari itu. Erk..
******************************************************************************************
Sedang dalam sebuah kereta menuju ke sebuah restoran, sekumpulan 4 orang pelajar lelaki berbual2..
Pelajar A: hei B, how did you get X (pacar B)? I mean how come?
Pelajar B: what do you mean? I tried to start talking to her and then she reply back. Then, we get together.
Pelajar C: I heard you like somebody else, this girl, Y.
Pelajar B: haha, that's true. But, I don't want to 'touch her, because she's too got to be spoiled. She's like my 'calon isteri'.
Masing2 pelajar A,C,D terkesima sebentar mendengar jawapan pelajar B. Kemudian...
Pelajar D: then. what is X? Is she's spoiled already?
Pelajar B: not spoiled, but not that good. She only the right girl for a girlfriend, not a wife. Y, have all the material to become a good or perfect wife. So, I don't want to spoil it.
PElajar A: so, X is your 'rezeki' lah?
Pelajar B: well, indeed.
Suasan senyap seketika buat beberapa minit sebelum...
Pelajar B: but don't tell X I said that, or Y. I don't want them to know any of it.
Pelajar C: know what?
Pelajar D: haha, nice one...
Akhirnya mereka tiba di restoran yang di tuju, menanti untuk melanatak 'rezeki' masing2.
p/s:
1) harap2 lelaki A,B dan wanita C serta pelajar A,B,C,D tidak baca blog ni
2) seperti yang di sebut di atas, MINGGU EXAM DAH HABIS! YAHOOOOO!
3) sekarang masanya menimba ilmu ukhrawi pula, jom teman2
4) rindu orang Terendak yang akan menjadi orang Krubung tidak lama lagi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
Wednesday, January 5, 2011
Tuah Dan Seni 2
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Pertengahan bulan lepas, mahasiswa Malaysia angkatan 2008 Universitas Padjajaran dari Fakultas Kedokteran, Kedokteran Gigi dan Farmasi sekali lagi telah mengadakan suatu program tahunan yang tujuan utamanya untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama angkatan.
Juga, sekali lagi Tuah telah dijemput untuk membuat persembahan, pada awalnya. Bagaimanapun, pada akhirnya terasa macam terpaksa pula buat persembahan tersebut, kerana mewakili mahasiswa FK yang begitu ‘sibuk’ sehingga tiada masa untuk terlibat sama.
Walaupun terasa seperti orang luar semenjak dua menjak ini, tetapi kerana telah diajak maka Tuah buat dengan senang hatinya. Tidak kira samada bagus atau tidak, yang penting semua dapat bergembira dan mendapat manfaat dari persembahan tersebut.
Jadi, sekali lagi dengan tidak malunya Tuah membuat persembahan atas pentas. Dan, kali ini Tuah buat persembahan boria, seperti di sekolah menengah dahulu. Jika ada persembahan mewakili tingkatan, maka tingkatan Tuah akan buat boria, dengan liriknya digubah sesuai acara, seperti hari guru dan sebagainya.
Tetapi, ini pertama kali Tuah mencipta atau menulis liriknya. Biasanya, Tuah akan menyanyikan lagu orang lain, saduran or ‘cover song’. Kerana ini acara angkatan, maka Tuah buat lirik sendiri yang ada kaitan dengan teman2 seangkatan.
Namun, persembahan tersebut agak memalukan kerana sangat buruk disebabkan kami berenam hanya berlatih selama sejam. Tapi, liriknya mendapat tepukan gemuruh teman2. Terima kasih semua atas sokongannya.
Jadi, buat masa ini Tuah telah terlibat dengan 8 jenis cabang seni. Menyanyi, menari, berlakon, bermain alat musik, mengarah, menulis skrip, berpuisi dan yang terbaru mencipta lirik lagu. Menulis novel atau buku belum lagi, akan datang tidak lama lagi, insyaAllah.
Antara semuanya, yang paling Tuah suka adalah menjadi penulis skrip dan mengarah. Sebabnya, Tuah suka menulis cerita, bercerita dan menonton filem atau siri televisyen. Jadi, kalau membuat filem terasa puas.
Tuah adalah jenis orang yang suka mengkritik dan mencari kesalahan orang lain dalam persembahan mereka, samada nyanyian, lakonan, filem dan sebagainya. Kalau tengok persembahan pentas Tuah akan cari orang tersalah lirik atau skrip, terlupa langkah tarian atau set yang tidak sesuai dengan sketsa yang hendak dipersembahkan.
Apabila sampai giliran membuat persembahan, Tuah akan cuba untuk tidak mengulangi kesalahan2 yang dilakukan oleh mereka tadi. Tuah akan cuba sebaik mungkin untuk tidak mendapat kritikan2 yang tidak sepatutnya Tuah dapat.
Sama seperti hidup, Tuah akan cuba untuk mengambil iktibar dari kesalahan2 orang lain untuk dijadikan pedoman dan sempadan untuk menjadikan ‘persembahan’ Tuah yang terbaik kepada pengarah sekalian alam, Allah s.w.t.
Kalau boleh Tuah akan cuba menegur kesalahan2 mereka yang bersalah selagi Tuah nampak atau tahu. Tidak kira samada mereka itu keluarga, teman2 mahupun mereka yang tidak dikenali. Samada tua atau muda, Muslim atau tidak.
Kalau kita menunggu sehingga kita berubah menjadi alim atau warak baru mahu mula menegur maka sampai bila2 kita akan merasa susah untuk berubah. Ini kerana suasana disekitar kita yang tidak baik akan memberi kesan yang tidak baik kepada diri kita dalam proses untuk berubah.
Jadi, semasa kita berubah menjadi baik sedikit demi sedikit kita usahakan juga supaya persekitaran kita juga berubah menjadi baik sedikit demi sedikit. Kalau nak masuk syurga jangan masuk sendirian. Bawa sekali keluarga, teman2 dan orang lain sebanyak yang kita mampu.
Wallahualam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
Tuesday, December 28, 2010
I Love Him, I Hate Girl, Oh Boy
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
This week my head is full of hatred. I hate this, I hate that. I hate many things, but not everything. I even create a poem about my hatred. I don’t know what happened to me that made me like this. May-be-cause I’m in much trouble right now.
But, there is one I love. I love because I can forget all the hatred by remembering this love. I love Allah for everything, every single thing. Sometimes He gives me what I want, sometimes not. Because, He know what is best for me, even though I don’t want it. Some problems He give me to settle other problems.
I love Him,
the way He create the beautiful world and everything in it,
the way He create the beautiful girl,
the way the girl talk,
the way the girl move,
the way the girl smile,
the way the girl dress,
the way the girl live their live.
I hate the girl,
because she never use everything He give the right way,
how she abuse her beautiful voice,
how she abuse her beautiful face,
how she abuse her beautiful smile,
how she abuse her beautiful body,
how she always attract the boy by talking with too soft voice,
how she always attract the boy with their beautiful smile,
how she always attract the boy by wearing the inappropriate dress,
how she always not separate herself from the not ‘Muhrim’ men.
Oh boy,
why you always make the girl cry,
why you always make the girl want you,
why you always make it hard for the girl to control herself,
why you never help her to do the right thing,
why you never allow the girl to have great life,
why you never protect her from yourself,
you always leave it to the girl to decide,
whether to trust you or not,
to let you come into their life or not
to do the right thing or not.
Wallahualam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
Monday, August 9, 2010
Nasihatku Padamu Teman: Diamkan Sahaja
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang,
cukup cintai dia dalam diam,
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya.
Kamu ingin memuliakan dia,
dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kamu tidak mahu merusak kesucian dan penjagaan hatinya,
kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu,
menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu,
kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya,
kerana mungkin sahaja orang yang kamu cinta adalah orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu.
Kerana dalam diammu tersimpan kekuatan,
kekuatan harapan,
hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu,
menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata,
bukankah Allah tidak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
Dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu,
tidak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam,
jika dia memang bukan milikmu,
maka Allah,
melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu,
dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat,
biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri,
dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kamu dengan Sang Pemilik hatimu.
Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah r.a. dan Ali r.a.?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan,
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah.
Simpanlah dalam hati saja semua rasa yang ada,
jika memang dia menjadi milikmu,
itu adalah hadiah kecil yang diberikan ALLAH atas setiap doa tulus yang kamu panjatkan kepadaNya,
tapi jika dia menjadi milik orang lain,
bersabarlah,
kerana Allah akan memberikan yang terbaik untukmu,
yakinlah bahawa kamu telah melakukan kebenaran dengan "DIAM"mu.
Sumber:
http://khamzalia.blogspot.com
p/s:
1) ditujukan khas buat 2 orang teman Tuah dan diri Tuah sendiri, semoga kita sentiasa teguh dalam perjalanan ini
2) Tuah ada edit sedikit beberapa stanza dan perkataan
Sincerely by,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
Thursday, July 29, 2010
Novel Cinta
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Memang hobi Tuah sejak sekolah rendah ialah membaca, tidak mengira bahan. Samada yang fiksi atau bukan, terutamanya yang berbahasa Melayu, bergenre apa sahaja, novel, buku cerita, encyclopedia, surat khabar, majalah, atlas, buku2 sastera seperti sajak, peribahasa, pantun dan sebagainya. Apa sahaja, kecuali buku manual pengguna atau yellow pages.
Tapi, sejak tingkatan 4, Tuah lebih suka membaca novel2 Inggeris seperti Harry Potter series, Lord Of The Rings, Percy Jackson & The Olympians series, Gossip Girl series, It Girl series, Twilight series dan buku karya Dan Brown seperti Angles & Demons & Digital Fortress. Memang tidak lagi Tuah baca novel2 berbahasa Melayu.
Ini kerana, kebanyakan novel berbahasa Melayu meloyakan tekak Tuah. Tidak dinafikan ada beberapa novel Melayu yang bagus seperti karya Faisal Tehrani seperti 1511: Kombat yang memenangi Anugerah Hadiah Satera Utusan dan Ahadiat Akashah seperti Lagenda Budak Setan yang amat popular sebelum zaman Tuah mula bersekolah lagi.
Malangnya, kebanyakan novel Melayu bertemakan kisah cinta. Yang lebih meloyakan, novel2 ini begitu jiwang sehingga tidak mampu lagi untuk Tuah bertahan mengadapnya. Maka, Tuah berhenti membaca novel. Novel Inggeris Tuah kurang berminat atau malas untuk baca.
Abang Tuah pula kemudiannya mencadangkan Tuah mula membaca novel siri Harry Potter. Lama kelamaan Tuah mula berminat dengan novel tersebut, dan juga novel2 Inggeris lain seperti yang Tuah sebut di atas. Novel Melayu sudah tidak Tuah pandang lagi selepas itu.
Tetapi, sejak melanjutkan pelajaran ke Indonesia, Tuah mula berminat kembali untuk membaca novel2 berbahasa Melayu, lebih spesifik yang berbahasa Indonesia.
Tuah bukanlah peminat lagu2 atau drama2 sinetron mahupun filem2 dari Indonesia. Bukan sebab bersifat perkauman, malah lagu2, drama2 dan filem2 yang dari Malaysia juga Tuah kurang berminat.
Namun, novel2 di Indonesia memang banyak yang bagus. Antaranya novel karya Habiburrahman El-Syirazy seperti Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasih 1 & 2, dan Bumi Cinta. Selain itu, Tuah ada baca novel karya pengarang lain seperti Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha karya Taufiqurrahman Al-Azizy.
Novel2 mereka ini bukan sekadar mempunya watak2 yang bagus, jalan cerita atau plot yang mantap dan latar cerita dan tempat yang bagus mahupun bahasa yang mengasyikkan, malah novel2 ini begitu mengusik hati para pembacanya.
Bertemakan religius, novel2 ini sememangnya karya pembangun jiwa. Tuah banyak berubah sejak membaca novel2 seperti ini. Novel2 ini telah menghasilkan suatau yang tidak wujud dalam novel2 Inggeris yang Tuah pernah baca sebelum ini.
Biasanya, jika memilih novel yang Tuah baca pastinya yang popular, terbaik, pemenang anugerah, bestseller, atau yang telah dijadikan siri televisyen mahupun filem. Dan, semestinya novel2 seperti ini mempunyai segalanya; plot, watak, latar dan bahasa2 satera yang mantap dan mengasyikkan.
Tetapi, novel dari Indonesia ini sememangnya suatu yang amat diperlukan para remaja masa kini. Ramai dari pembaca novel dikalangan remaja sehingga dewasa suka membaca novel bertemakan cinta, terutamanya perempuan. Dan, novel cinta seperti inilah yang diperlukan oleh mereka2 ini.
Memang Tuah agak kurang berminat membaca novel2 cinta, tetapi, novel2 ini mempunya cerita cinta yang berbeza dari yang lain. Masih lagi mengutarakan kisah cinta pada lawan jantina, antara lelaki dan perempuan, tapi kisah cinta mereka ini adalah yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadis.
Kalau dulu Tuah pernah dengar ada kaedah berpacaran cara Islam, tapi semuanya tidak betul2 mengikutinya. Tapi, kisah cinta dalam novel2 dari indonesia ini ada kaedah bercinta yang sebenarnya mengikut acuan Islam.
Kalau anda mahu tahu bagaiman caranya bercinta mengikut acuan Islam, rajin2kanlah diri untuk membaca novel2 seperti ini. Tuah yakin yang novel2 ini sudah dipasarkan di Malaysia. Mahu tempah atau pinjam dari Tuah juga dipersilakan.
Pendek kata, bagi para pembaca novel, sila pastikan anda turut mencuba untuk membaca novel2 ini. Memang berbaloi. Banyak yang kita boleh perolehi daripadanya berbanding novel2 yang lain.
Wallahualam.
Sincerely by,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
Monday, May 31, 2010
Kenangan Terindah 3
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Empat hari lepas 27 Mei, bersamaan dengan hari lahir adinda Tuah, Syuhada namanya (Chu nama manja). Maka dengan ini, Tuah nak mengucapkan selamat hari lahir yang ke-12 buat beliau. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa di dalam rahmat dan perlindungan Allah. Juga semoga cemerlang dalam UPSR September nanti. Amin. You can do it, I know you can. Mungkin Tuah boleh bagi last minute talk to you before exam nanti. Moga2.
*********************************************************************************************************
(sambungan dari sini...)
Biasanya dan di mana2, sekolah yang majmuk atau multiracial yang hebat dalam PBSM ni. Tapi, di peringkat sekolah rendah di Melaka, sekolah Tuah yang majoritinya Melayu mendominasi. Dan 2 kali Tuah menjadi ketua kontijen ini. Masa darjah 5, menjadi ketua bagi kontinjen B, darjah 6 kontinjen A.
Dua bulan sebelum perkhemahan sewaktu darjah 5, kami dipanggil oleh guru penasihat untuk diberi taklimat. Yang peliknya, masa tersebut dipertengahan ujian. Tiba2, cikgu masuk dan umumkan, “siapa yang namanya disebut, selepas tamat menjawab semua soalan, sila bergerak ke dewan segera.” Dan, macam yang dijangka nama Tuah disebut.
Ditengah2 ujian, Tuah dan mereka yang juga dalam bilik ujian yang sama dengan Tuah meluru bergerak ke dewan, seronok sangat agaknya. Maklumlah, tahun sebelumnya Tuah tidak disertakan dalam kontinjen, kerana tidak menghadiri pemilihan, kerana demam pada hari tersebut, kalau tidak silap.
Setibanya di dewan, kami dipecah kepada 2 kumpulan mengikut nama yang disebut, tetapi kali ini, nama Tuah dan kawan Tuah, Ahnaf tidak disebut. Kerana, kami berdua sahaja yang perlu menjalani pemilihan. Aduh, sedihnya. Tapi, tidak mengapalah, cuba yang terbaik.
Cikgu Zaleha, guru penasihat kami menerangkan yang kami calon untuk mengetuai kontinjen B. Dan yang tidak terpilih menyertai kontinjen A, bukan sebagai ketua, kerana sudah ada ketuanya. Maka, cikgu suruh kami pilih yang mana satu. Setelah berbincang, kami berdua putuskan mahu melalui proses pemilihan, yang terbaik menjadi ketua.
Bermacam ujian yang kami hadapi. Antaranya, ujian memasang khemah, ujian memasak, ujian berkawad, dan akhir sekali ujian suara untuk menjadi komanden skuad kawad. Semua ujian itu penting kerana di perkhemahan memang ada pertandingan2 tersebut, bezanya disertai satu kumpulan, 7 orang ahli. Akhirnya, keputusan diumumkan seminggu kemudian.
Seperti biasa, Tuah yang terpilih. Memang kurang seronok kalau menjadi kontinjen B, tetapi, menjadi ketua kontinjen B akan membolehkan Tuah menjadi ketua kontinjen A tahun hadapan. Setelah beminggu2 berlatih kawad dan sebagainya, kami pun pergi meyertai perkhemahan tadi.
Yang bestnya, ada seorang ahli dalam kontinjen B yang Tuah minat. Ahha, ni yang tidak mahu cerita ni. Adoiyai! Ok, nanti sahajalah Tuah cerita.
Kontinjen B hanya memperoleh saguhati, dan kontinjen A menjadi juara keseluruhan. Tapi, kami menang kategori kawad. Masa darjah 6, Tuah jadi ketua kontinjen A secara automatik. Dan budak tadi pun ahli kontinjen A, bersama Ahnaf dan 4 orang yang lain. Masa inilah berlangsungnya kenangan terindah Tuah. Nak cerita sikit pasal dia.
Dia merupakan rakan sekelas sejak darjah 4, darjah 3 baru dia masuk sekolah Tuah ini. Darjah 5 baru kami agak rapat, bermula semasa latihan2 sebelum ke perkhemahan ini. Tapi, Tuah buat tidak kisah kat dia. Tapi, masa darjah 6, sebab hampir setiap hari perlu berhubungan dengan dia dengan kerapnya, maka Tuah luahkan juga kat dia.
Masa itu malam kedua perkhemahan. Esoknya kami pulang ke sekolah. Malam itu ada campfire, kumpul semua peserta. Tuah cuba untuk duduk sebelah dia. Mula2 kami berbual pasal perkhemahan, lama2 Tuah cerita juga pasal ‘tadi’. Aduh, seganlah nak cerita! Maklumlah masih kecil lagi.
Yang menjadi kenangan indahnya ialah pada esok harinya. Pada malam itu selepas Tuah cerita segalanya pada dia, dia diam membisu dan terus menjauhi Tuah, mungkin tidak tahu mahu berkata apa. Tuah pun malu berlapis2 dan risau kalau dia ceritakan pada kawan2 yang lain, pasti Tuah di’bahan’ di sekolah nanti.
Esoknya, hari terakhir perkhemahan. Sewaktu majlis penutup, kontinjen A diumumkan sebagai juara keseluruhan, maka Tuah ke pentas untuk mengambil hadiah dan piala pusingan. Beberapa saat selepas Tuah turun dari pentas, nama Tuah diumukan, sebagai peserta terbaik, kategori yang pertama kalinya diwujudkan. Sekali lagi Tuah naik ke pentas.
Seronok bukan kepalang masa itu, bukan sahaja menjadi juara keseluruhan dan menjadi peserta terbaik, tetapi kerana sebelum kami bertolak pulang ke sekolah, dia yang tadi menyatakan hasrat hati yang juga telah lama meminati Tuah. Buat pengetauan anda, dia menjadi tumpuan ramai sewaktu darjah 6, dengan kecantikan dan kepandaiannya. Hehe.
Kami bersama sehingga tingkatan 4 sahaja. Kerana, dia minta putus disebabkan mahu menumpukan perhatian dalam pelajaran kerana akan menghadapi SPM pada tahun berikutnya. Tuah pun tidak kisah pada masa itu, kerana telah pun tawar hati padanya. Makumlah, jarang berjumpa dan berhubungan. Masing2 duduk berjauhan kerana tinggal di sekolah berasrama yang berjauhan.
Kesimpulannya, Tuah suka sangat cerita yang pertama, kerana perkara yang berlaku telah mengubah Tuah dari pelajar yang tidak berdisiplin kepada yang berdisiplin. Tuah juga terpilih sebagai calon ketua pengawas, tapi tidak terpilih pada akhirnya, maklumlah tidak cukup berdisiplin. Yang terpilih adalah Ahnaf tadi.
Cerita yang kedua, Tuah kurang suka, sebab malu pada diri sendiri, kecil2 lagi dah tahu nak bercinta. Sekarang bila tengok budak2 sekolah bercinta sakan di pasar2 raya, Tuah akan tegur dan nasihat mereka. Tuah dulu tiada yang nasihat, ahli keluarga Tuah pun tidak tahu. Kawan2 pun tidak boleh harap.
Akhir kata, mungkin setakat ini sahaja cerita kenangan terindah Tuah. Untuk sekolah menengah banyak sangatlah, malas nak cerita. Jangan kecewa pula, teruskan melawat blog ini kerana banyak lagi cerita2 dan perkara yang Tuah akan utarakan dalam blog ini.
Wallahualam.
p/s:
1) ini memang yang terakhir, post terakhir before exam
2) the new one after exam, maybe on 25th May!
3) final exam is only next week, 3 'brutal' weeks, pray your me and my friend, ok?
Sincerely by,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
Tuesday, May 25, 2010
Kenangan Terindah 2
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
(sambungan dari sini...)
“Di sini saya ingin mengucapkan tahniah kepada kamu semua atas pemilihan kamu sebagai anggota pengawas disiplin dan pengawas pusat sumber sekolah untuk tahun hadapan. Pada saya, penanggungjawaban sebagai pengawas sama ada sebagai pengawas disiplin mahupun pustakawan bukanlah suatu yang muda,” dan seterusnya.
Di akhir ucapan, guru besar sekali lagi mengucapkan tahniah kepada yang terpilih sebagai pengawas. Tuah yang pada masa tersebut masih tekejut dan terpinga2 kerana terpilih sebagai pengawas atau pustakawan masih lagi terdiam tidak percaya. Ingatkan akan di rotan atau paling tidak di marahi guru besar, tapi sangkaan Tuah meleset pula.
Tiba2, cikgu yang mempengerusikan majlis memanggil beberapa nama untuk berjumpa dengan guru besar di pentas. Berderau darah Tuah bila mendengar nama Tuah turut disebut. Apa pula lagi ini? Ingatkan sudah selesai. Mungkin ini tujuan sebenar Tuah diminta ke sini sekarang.
Setelah semua yang dipanggil berada di atas pentas, guru besar mula berbicara, “kamu tahu tidak kenapa kamu diminta oleh guru kelas kamu untuk berjumpa saya sekarang?” Masing2 menggelengkan kepala. Sambil tersenyum, beliau berkata, “sebentar lagi kamu tahu,” lalu beliau menyuruh Cikgu Husin mengumumkan sesuatu.
“Baiklah, di sini saya ingin mengumumkan nama2 pelajar yang mendapat nombor 1 dalam tahun masing2. Tahun 1...” dan seterusnya. “Untuk tahun 3, adalah..” tiba2 nama Tuah disebut. Terkejut sangat Tuah pada masa tersebut, sampai tidak perasan ucapan tahniah dari teman2 yang turut berada di pentas.
Dua kali kejutan pada satu2 masa. Seakan tidak mampu tertahan lagi, Tuah langsung bertemu Akmal yang berada di bawah pentas untuk bersama bersorak gembira. “Tahniah, akhirnya kau dapat masuk kembali ke kelas 1.” Tuah dipanggil semula ke atas pentas untuk berjumpa dengan guru besar.
Di sana, guru besar memberikan surat kepada kami untuk diberikan kepada ibu bapa. Lalu, kami dibenarkan pulang ke kelas masing2.
Itu merupakan antara kenangan yang terindah bagi Tuah. Bukan sahaja dilantik menjadi pengawas disiplin malah berjaya mendapat nombor 1 bagi satu tahun 3. Padahal, Tuah dari kelas kedua di tahun 3 kerana di tahun 2 keputusan peperiksaan merosot kerana sibuk dengan latihan taekwando di waktu petang.
Tapi, ada satu lagi kenangan terindah yang berlaku sewaktu Tuah di sekolah rendah. Banyak juga kenangan terindah dalam hidup Tuah, Cuma kebanyakannya di sekolah menengah. Segan pula nak diceritakan di sini. Takut ‘mereka’ yang terlibat membaca blog ini juga, eventually. Ceritanya begini.
Di sekolah rendah Tuah seorang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah, bukan ahli biasa, tapi ketua atau pengerusi peringkat sekolah. Dan PBSM di sekolah Tuah merupakan antara yang terbaik di Melaka. Bukan Tuah yang kata, tapi ada buktinya.
2 tahun berturut2 sebelum Tuah menyertai persatuan ini, mereka telah menjadi juara keseluruhan dalam Perkhemahan PBSM Peringkat Negeri Melaka. Dan sejak Tuah sertai bermula darjah 4 hingga darjah 6, kami memang juara. Kalau tidak silap tahun berikutnya kami tidak sertai kerana telah menjadi juara 5 tahun berturut2. Tahun seterusnya juara kembali, 2 tahun berturut2.
(bersambung...lagi)
p/s:
1) exam ada lagi 2 minggu, aduh, cuaknya!
2) ada siapa2 yang bosan dengan cerita ini tolong bagi tahu, so that Tuah tak buat sambungannya
3) lepas ini buat pasal lain pula, mungkin
Sincerely by,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
Wednesday, May 19, 2010
Kenangan Terindah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Ini merupakan kisah benar, tetapi, ada tokok tambah sedikit kerana Tuah tidak berapa ingat setiap yang berlaku secara terperinci. Yang pasti cerita ini ada kena mengena dengan Tuah. Enjoy!
Di usia sebelum tadika Tuah seorang yang pendiam, sangat pendiam. Boleh dikatakan apabila orang datang ke rumah Tuah tidak akan ambil kisah langsung, ‘setia’ dengan alat permainan, fokus. Memang Tuah seorang yang fokus.
Pernah sekali tetamu datang ke rumah, kawah abah, Tuah bukan tidak kisah langsung, buat tidak layan sahaja. Selepas salam langsung masuk ke bilik, bermain keseorangan. Kawan2 pun tidak ada, sebab Tuah bukan jenis yang suka merayap ke rumah jiran atau taman permainan.
Tapi, ketika di sekolah rendah Tuah berubah menjadi seorang yang suka bising dalam kelas, bermain dan belajar (lah sangat) dengan kawan2. Memang setiap hari sekolah pagi dan petang Tuah suka bermain. Datang sekolah selalu lewat, tamat perhimpunan harian baru tiba, langsung ke kelas. Kerja sekolah selalu tidak siap, rambut panjang, bising dan selalu didenda oleh guru2.
Namun, penghujung darjah 3 cikgu kelas, Cikgu Zuraidah panggil Tuah ke bilik guru, segera katanya. Selepas pusing2 mencari di mana meja cikgu tersebut, cikgu memanggil dari hujung bilik tersebut. Selepas disuruh duduk baru cikgu berkata, “Ini ada surat untuk ibu bapa kamu, bawa balik dan berikan pada mereka.”
Dengan perasaan takut dan tidak sabar untuk mengetahui isi surat tersebut Tuah langsung menuju ke kelas. Di kelas, Tuah duduk diam membisu, takut melakukan kesalahan dan diberi surat untuk ibu bapa lagi, agaknya. Sampai di rumah Tuah langsung menyimpan surat tersebut dalam almari baju, di simpan dalam2, takut dijumpai ummi.
Seminggu kemudian, Cikgu Zu kelas menyuruh Tuah ke dewan sekolah, kerana guru besar mahu berjumpa. Pelik juga, masakan perlu berjumpa di dewan, bukan di bilik guru besar sahaja. Tanpa berlengah Tuah bergerak ke sana.
Setibanya di dewan, kelihatan ramai pelajar dari darjah 3 hingga 6, juga beberapa pengawas, di sana. Guru besar sedang berada di pentas bersama guru2 disiplin yang garang lagi mengerikan, biasalah, guru disiplin. Semua pelajar di minta untuk beratur beruda2 mengikut tahun, terpisah lelaki di hadapan dan perempuan di belakang. Lalu kami diminta duduk.
Kemudian, Cikgu Husin, guru yang menyuruh kami beratur dan duduk itu menjemput guru besar untuk berucap. Tiba2, Akmal, kawan sekelas yang beratur di sebelah Tuah bertanya, “apa yang mereka mahu ini? Kita baru hendak bermain galah panjang tadi, tiba2 dipanggil ke sini pula.”
“Aku pun tidak tahu, Mal. Cikgu Zu yang suruh aku ke sini tadi. Katanya, guru besar nak jumpa.” “Samalah dengan aku tadi, kacau sahajalah.” Selepas beberapa ketika, Akmal berkata, “oh, aku tahu kenapa..” Tiba2 percakapnnya dihentikan oleh bunyi mikrofon dan jemputan oleh Cikgu Husin kepada guru besar untuk berucap.
Guru besar memulakan bicara, “Assalamualaikum dan selamat tengahari, guru2 dan murid2 sekalian. Di sini saya ingin mengucapkan tahniah pada kamu semua...
(bersambung...)
p/s:
1) mula2 nak buat cerita pasal hari ibu, tapi tiada idea pula, maka buat kisah benar macam ini lebih mudah.
2) sambungannya tidak tahu bila nak buat, haha, kalau ada permintaan mungkin.
Sincerely by,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
Sunday, March 7, 2010
Buku Harry Potter Yang Baru
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Pada Ahad minggu lepas Tuah ada beli buku Harry Potter yang baru, tapi tajuknya lain sedikit:
HARRY POTTER AND THE KUFR OF MAGIC AND THE EVIL OF IT
(yang sebenarnya: The Kufr of Magic and the Evil of Harry Potter)
Berdasarkan tajuknya pasti penulisnya juga bukan J.K.Rowling tapi Al-Ustadz Abu Hamzah Yusuf Al-Atsari. Dan, penerbit novel ini ialah tooBAGUS Publishing, bukan Bloomsbury macam novel siri Harry Potter yang lain.
Buku ini diterbitkan bukanlah bertujuan untuk menyambung siri novel Harry Potter yang ke-8 mahupun untuk menggalakkan, menyokong atau mengutuk sekeras2nya penerbitan novel tersebut. Tetapi, tujuannya adalah untuk menjelaskan kepada masyarakat terutamanya ummat Islam tentang hakikat sihir dan kedudukannya dalam Islam. Serta, untuk menjelaskan penipuan2 dan pembohongan yang ada dalam novel tersebut.
Pada Tuah, setiap peminat atau kipas susah mati (die hard fan) novel atau filem Harry Potter perlu ‘mendapatkan’ buku ini untuk menjernihkan dan memulihkan kembali fikiran mereka yang terpengaruh dengan cerita yang dibawakan penulisnya, J.K.Rowling (kalau ada yang terpesonglah)
Macam Tuah sendiri, tidak perlulah bantuan buku ini kerana sebelum Tuah memulakan pembacaan novel tersebut Ttelah diterapkan di dalam hati Tuah bahawa semua isi novel fiksyen ini adalah rekaan, nama pun fiksyenk, rekaan. Tiada satu pun yang betul yang boleh dijadikan pedoman melainkan benda2 yang dinyatakan adalah selari dengan syarak.
Contohnya, ada 3 Unforgivable Curse dalam dunia magic Harry Potter ini, iaitu Imperius Curse untuk mengawal setiap perbuatan dan fikiran, Cruciatus Curse untuk member penyiksaan yang amat sangat, dan Killing Curse untuk membunuh. Siapa yang melancarkan salah satu Curse ini akan ditempatkan di penjara buat selama2nya. Bukanlah bermakna hokum penjara itu yang selari dengan syarak tetapi hukuman yang paling berat dalam dunia magic tersebut diberikan pada pelaku ketiga2 Curse tersebut.
Tetapi, memang ada banyak benda yang sesat dan menyesatkan dalam novel tersebut. Contohnya Apparation. Mustahil bagi manusia untuk untuk berpindah ke suatu tempat yang jauh jaraknya dengan kadar yang begitu cepat tanpa bantuan teknologi moden atau teknologi jin dan syaitan. Kerana hanya mereka sahaja yang boleh melakukannya. Mungkin ada yang mengimpikan untuk melakukannya tapi tidaklah sampai terbawa2 sehingga memaksa diri untuk megikut telunjuk jin dan syaitan.
Jangan kata Harry Potter, banyak lagi cerita yang tidak logik dan masuk akal malah sesat dan syirik yang ada di pasaran novel mahupun filem. Cerita2 dan novel2 dari Malaysia dan Indonesia juga ada yang begitu. Tetapi, tujuan penerbitan bahan2 tersebut bukanlah untuk menyesatkan atau mensyirikkan Allah tetapi untuk sebagai hiburan sekadar luar dai kebiasaan.
Maksudnya, kalau cerita percintaan, kematian, peperangan, kehidupan seorang ayah atau ibu mahupun kisah seorang pejuang yang normal sudah banyak dan berlambak di pasaran. Bagi Tuah sendiri agak bosan dan muak dengan cerita2 sedemikian. Maka, mereka yang seperti Tuah ini akan mula mencari alternative lain untuk member hiburan pada hati, seperti novel Harry Potter ini.
Tetapi, sebelum memulakan pencarian dan menikmati hiburan2 tersebut perlulah dalam hati itu wujuk rasa taqwa dan ketaatan pada Allah dan rasul-Nya, serta keimanan yang teguh agar tidak langsung terpengaruh dengan anasir2 dan dakyah2 yang sesat yang wujud daripada sumber2 hiburan yang sebegitu. Siapa yang tidak bersedia jangan pula mahu ‘menggatal’ nak ‘menceburi’nya pula, itu yang sesat nanti.
Akhir kata, jagalah diri masing2, keluarga masing2 dan kawan2 masing2. Kalau kita rasa kita dah betul maka buat, kalau tidak betul maka buatlah yang betul. Jangan pula halalkan yang haram dan haramkan yang halal. Itu sesat namanya. Gunakanlah Al-Quran dan Ass-Sunnah sebagai pedoman dan pegangan.
Bak kata Tuah, kubur masing2 berasingan; kubur kau kubur kau, kubur aku kubur aku. Kalau kita boleh berada dalam kubur yang sama maka bolehlah tolong jawabkan nanti, kan? Jadi, sebab kubur berasinganlah maka kita perlu tolong betulkan dan nasihatkan orang lain semasa di dunia ini lagi, sebelum masuk ke kubur masing2.
Wallahualam.
p/s:
1) buku Harry Potter ini cuma ada 219 muka surat tapi memerlukan masa seminggu untuk dihabiskan. Kalau novel Harry Potter yang paling tebal (Harry Potter and the Deathly Hallows) yang ada 680 lebih muka surat Tuah boleh tamatkan dalam 4-5 hari sahaja!
2) Bilalah filem Harry Potter and the Deathly Hallows nak keluar ni? Dah lama menunggu ni.
3) tidak tahan dengan kawan perempuan yang PMS, asyik nak marah dan beremosi sahaja. Bagaimana kalau dah kahwin nanti, setiap bulan perlu mengadap, setiap hari selama seminggu pula tu. Aduh!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
Friday, December 25, 2009
Marilah Berpantun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Mari berpantun. Buat masa pening2 buat revision. Ada yang copy paste juga. Lama2 buat jadi agak mengarut, haha. Enjoy!
Burung puyuh di atas dahan
Kalau hidup hendak selamat
Taat selalu perintah Tuhan
Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan rebahnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Ke akhirat juga akan sudahnya
Redup bulan nampak nak hujan
Pasang pelita sampai berjelaga
Hidup mati di tangan Tuhan
Tiada siapa dapat menduga
Belatuk di atas dahan
Terbang pergi ke lain pokok
Hidup mati ditangan Tuhan
Kepada Allah kita bermohon
Daun tetap di atas dulang
Anak udang mati dituba
Dalam kitab ada terlarang
Perbuatan haram jangan dicuba
Terang bulan terang bercahaya
Cahaya memancar ke Tanjung Jati
Jikalau hendak hidup bahagia
Beramal ibadat sebelum mati
Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat jasad tidak sembahyang
Kulit lembu celup samak
Mari buat tapak kasut
Harta dunia janganlah tamak
Kalau mati tidak diikut
Banyaklah masa antara masa
Tidak seelok masa bersuka
Meninggalkan sembahyang jadi biasa
Tidak takut api neraka?
Dua tiga empat lima
Enam tujuh lapan sembilan
Kita hidup takkan lama
Jangan lupa siapkan bekalan
Kalau Tuan pergi ke Kedah
Singgah semalam di Kuala Muda
Sembahyang itu perintah Tuhan
Jika ingkar masuk neraka
Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat
Pak Kulup anak juragan
Mati diracun muntahkan darah
Hidup di dunia banyak dugaan
Kepada Allah kita berserah
Letak bunga di atas dulang
Sisipkan daun hiasan tepinya
Banyak berdoa selepas sembahyang
Mohon diampun dosa di dunia
Encik Borhan seorang kerani
Terkemut-kemut bila meniti
Tinggalkan sembahyang terlalu berani
Sepertii tubuhnya takkan mati
Sayang-sayang buah kepayang
Buah kepayang hendak dimakan
Manusia hanya boleh merancang
Kuasa Allah menentukan
Masa berada di Pulau Jawa
Rakan diajak pergi menjala
Maha Berkuasa jangan dilupa
Kuasa Allah tidak terhingga
Nyiur mudah luruh setandan
Diambil sebiji lalu dibelah
Sudah nasib permintaan badan
Kita di bawah kehendak Allah
Kemuning di dalam semak
Jatuh melayang ke dalam paya
Meski ilmu setinggi tegak
Tidak sembahyang apa gunanya?
Harimau belang turun sekawan
Mati ditikam si janda balu
Ilmu akhirat tuntutlah tuan
Barulah sempurna segala fardu
Kera di hutan terlompat-lompat
Si pemburu memasang jerat
Hina sungguh sifat mengumpat
Dilaknat Allah dunia akhirat
Anak ayam turun sepuluh
Mati seekor tinggal sembilan
Bangun pagi sembahyang subuh
Minta doa kepada Tuhan
Anak ayam turun sembilan
Mati seekor tinggal lapan
Duduk berdoa kepada Tuhan
Minta Allah jalan ketetapan
Anak ayam turun lapan
Mati seekor tinggal tujuh
Duduk berdoa kepada Tuhan
Supaya terang jalan bersuluh
Anak ayam turunnya lima
Mati seekor tinggal empat
Turut mengikut alim ulama
Supaya betul jalan makrifat
Anak ayam turunnya lima
Mati seekor tinggal empat
Kita hidup mesti beragama
Supaya hidup tidaklah sesat
Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tengah lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung
Bulu merak cantik berkaca
Gugur sehelai ke dalam baldi
Jika tak banyak kitab dibaca
Jangan mengaku khatib dan kadi
Inderagiri pasirnya lumat
Kepah bercampur dengan lokan
Sedangkan nabi kasihkan umat
Inikan pula seorang insan
Anna Abadi pergi berenang
Sambil berenang berdondang sayang
Jika hidup dikurnia senang
Jangan lupa tikar sembahyang
p/s:
1) Terkilan tidak dapat masuk pertandingan pantun baru2 ini. Nasib baik menang. Ada yang kata Tuah tidak layak. Ambil ini buat yang kata Tuah tidak layak.
2) Final exam ada lagi 18 hari sahaja, bila nak habiskan revision NBSS dan EMS ni?!
3) ada yang sambut Krismas ke? Merry Christmast ye.
4) Lagu batch FKUP2008 download sini
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
Saturday, November 14, 2009
Ajal & Maut: Bila Nak Datang Ni?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Allah swt telah berikan kehidupan sementara kepada manusia di dunia ini, kehidupan yang penuh dengan tipu daya. Setiap manusia datang untuk tinggalkan dunia ini. Masa datang ke dunia ini telah Allah buat dengan tertibnya. Tidaklah datang seorang anak dahulu baru datang ayahnya dan tidak pula datangnya seorang ayah dahulu baru datuknya.
Kehidupan di dunia ini adalah mengikut tertibnya iaitu bapa dahulu baru anak. Tapi, untuk tinggalkan dunia ini Allah swt tidak buat ikut tertib tadi. Ada datuk yang berumur 90 tahun masih hidup tetapi anaknya yang berusia 60 tahun telah meninggal dunia, even cucunya yang berusia 30 tahun pun sudah meninggal dunia, apalagi cicitnya yang berusia 10 tahun boleh meninggal lebih dahulu dari dia.
Orang selalunya fikir yang umurnya lebih maka akan terlebih dahulu meninggalkan dunia. Tetapi, malangnya ada yang umurnya lebih masih hidup dan umur yang muda lagi telah meninggal dunia di depan mata umur yang lebih. Bak kata sesetengah orang, umur hanyalah setakat nombor.
Sempena masih ada waktu inilah maka Tuah nak ajak anda sekalian berfikir betapa ajal dan maut tidak akan menunggu kita bersedia atau kita mahu mati atau tidak. Tuah nak cerita sikit mengenai seorang raja di zaman Tuah muda2 dulu, zaman kerajaan Melayu Melaka dahulu.
Pada masa itu pembesar2 kerajaannya juga berada disitu. Dipakaikan mahkota di kepalanya, sesiapa sahaja yang datang di hadapannya akan sembah dan salam dengannya. Maka datang seorang tua berpakaian sederhana, janggut dan rambutnya pun sudah putih, berdiri dijalan yang raja itu lalu. Tapi, dia tidak sembah dan salam raja tersebut. Bahkan disuruh raja itu datang menghampirinya kerana dia mahu memberitahu sesuatu yang penting kepada raja.
Raja tidak bangun dan tidak pergi kepadanya. Maka orang tua tadi datang kepada raja dan pegang tali kuda raja dan mengarahkan raja duduk, sambil berkata, “tiada siapa yang dapat mengingkari kata2ku”. Raja pun bertanya siapa gerangan orang tua itu dan apa yang mahu diberitahu kepadanya. Orang tua itu memberitahu, “rapatkan telingamu ke mulutku”.
Orang tua itu menyambung, “aku adalah malaikat yang diperintahkan untuk mengambil nyawamu”. Mendengar kata2 orang tua itu menjadikan raja terkedu dan menggeletar seluruh badannya. Raja merayu agar jangan mengambil nyawanya. Raja berkata, “aku sedang mabuk dengan masa mudaku, aku tiada persediaan untuk akhiratku, berilah aku peluang untuk membina akhiratku”.
Namun, malaikat atau orang tua itu langsung mengambil nyawa raja masa itu juga, dan raja telah jatuh dari kudanya ke bawah. Beginilah sebenarnya keadaan kehidupan kita di dunia.
Kita tidak akan pernah bersedia untuk mati dengan membina akhirat kita selagi kita sibuk dengan dunia kita, sibuk dengan masa muda kita, sibuk dengan teman2 sepermainan kita. Kita selalu mengatakan mahu bertaubat bemula esok, atau minggu depan atau setelah tua nanti. Walhal bila2 masa sahaja nyawa kita boleh diambil malaikat maut.
Renung2kanlah wahai teman2 sekalian. Seperti di universiti Tuah ini kami disibukkan dengan pelajaran dan program2 yang gunanya untuk persediaan masa mendatang setelah tidak lagi bergelar mahasiswa. Tetapi, berapa sahaja masa yang diperuntukkan untuk membina akhirat kita. Entah bila2 nyawa kita akan diambil. Astaghfirullahhalazim.
Wallahualam.
p/s:
1) Go, Kasturi Go!
2) Lama tak tulis cerpen, merajuk sebab kalah bertanding tidak sama sekali
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
Saturday, October 24, 2009
Tuah Dan Seni
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Biasanya dalam dunia artis skandal yang wujud ialah antara pelakon dengan pelakon, pengarah dengan pelakon, penerbit dengan pelakon atau vip dengan pelakon. Kalau untuk filem Sayang…mak ada skandal ke? Nanti Tuah uraikan.
Sebenarnya nak cerita pasal benda yang Tuah buat minggu lepas. Tuah kini boleh kata yang Tuah versatile sebab semua cabang seni Tuah dah buat except compose lagu, mengukir atau melukis. Untuk minggu lepas Tuah dah bergelar pengarah, penerbit, penulis skrip, cameraman, sound editor, music editor, special effct editor dan yang sewaktu dengannya. Semuanya Tuah buat sekaligus masa nak create filem sulung Tuah iaitu ‘Sayang…mak’.
Kalau sebelum ini Tuah pernah berlakon sketsa dan filem pendek, menulis cerpen, bersajak, menari dan mengarah sketsa dan tarian, serta main percussion dan menjadi conductor sebuah band. Semuanya bermula sekolah rendah sehinggalah di UnPad ini.
Menari memang sejak darjah 2 Tuah dah diajar menari rentak upbeat, darjah 3 lagu 60-an, darjah 4 lagu Melayu asli, darjah lima tarian asli Sarawak dan Sabah, dan darjah 6 Tuah belajar tarian bukan dari Malaysia macam salsa dan tango.
Pasal berlakon ini memang sejak darjah 4 Tuah dah mulakan. Semuanya bertanding masa perkhemahan PBSM peringkat negeri dulu. Setiap tahun sejak darjah 4 Tuah akan masuk bertanding atau buat persembahan sketsa. Tapi, berlakon filem pendek sekali je, masa sekolah menengah. Itupun watak pembantu sahaja.
Pengalaman buat filem baru2 ini memberi 3 pengajaran berharga buat Tuah, jangan kerja last minute dengan orang yang rapat dengan kita sebab kita akan ada belas kasihan terhadap mereka. Dan belas kasihan ini akan membunuh sifat ‘kejam’kita terhadap mereka untuk memaksa mereka untuk buat yang terbaik. Kalau tiada belas kasihan kita akan jadi orang yang kurang perikemanusiaan,tapi itu sahaja caranya nak kerja dengan orang di saat last minute.
Pengajaran yang kedua ialah jangan terus terima apa sahaja tugasan yang diberi pada kita. Sebaiknya kita selidik dahulu samada kita boleh buat atau tidak. Tidak semestinya apabila kita pernah buat benda tu dengan jayanya pada masa lampau bermakna kita akan dapat mengulanginya kali ini. Kenal pasti kekurangan kita pada masa sekarang berbanding masa dulu, perhatikan kesesuaian kerja tersebut dengan kita. Kalau tidak sesuai maka cuba sesuaikan sebaik mungkin, jika boleh. Jika tidak jangan terima tanggungjawab tersebut kerana kita akan menyesal di kemudian hari kerana tidak berjaya melakukannya atau tidak mampu mengulangi kejayaan lampau.
Pengajaran ketiga ialah kalau tugas anda adalah pengarah maka sila jadi pengarah. Jangan jadi yang lain contohnya cameraman, script writer, P.A., atau office boy. Kerana tugas sebagai orang paling atas adalah paling penting berbanding yang lain di bawahnya. Kalau anda tidak yakin anda mampu melakukannya jangan teragak2 untuk resign, jika anda yakin. JIka anda merasa tidak layak kerana tidak larat menanggung tekanan berada di atas jangan cepat melihat ke bawah. Kerana kadang2 tekanan ini hanya wujud apabila anda ada walau sekelumit perasaan tidak yakin pada diri.
Bercerita balik pasal skandal yang wujud untuk filem Sayang…mak, sememangnya tiada. Kalau gossip memang ada juga lah walau tidak tersebar luas. Ada yang cuba menghidupkan kembali gossip antara 2 pelakon utama filem ini tetapi telah dinafikan sekeras2nya oleh pengarah filem tersebut. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan pengarah tersebut maka gossip telah timbul melibatkan pengarah filem tersebut. Ada yang mengatakan pemilihan pelakon filem tersebut ada unsur pilih kasih. Mungkin kerana tidak terpilih untuk membintangi filem tersebut maka gossip tersebut ditimbulkan untuk memalukan pengarah filem tersebut.
Ada gossip lain pula melibatkan pengarah dengan pelakon utama dan pelakon pembantu filem tersebut. Walau ini gossip yang tidak berasas tetapi pengarah tersebut tidak mahu mengeluarkan komen beliau. Katanya, ‘apa salahnya kalau betul pun, jeles ke?’
Wallahualam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
Thursday, October 1, 2009
Sajak Hari Raya
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Okay. Yang sebenarnya sajak ini bukanlah karya Tuah. Memanglah Tuah ada menyumbangkan idea dengan mengolah hampir 100% ayat dalam sajak ini tetapi ini bukan bermaksud sajak ini karya Tuah.
Tuah pun tidak tahu siapa yang punya sajak ini, sebabnya kawan Tuah ambil sajak ini kat internet dan passing to me. Katanya, sajak ini karya orang Indonesia dan dia sendiri telah edit sajak ini untuk memudahkan Tuah menghayati sajak ini. Kerana katanya ada banyak perkataan Indonesia yang Tuah tidak faham, katanya.
So, setelah diberi pada Tuah dan diedit dalam 1 jam maka inilah hasilnya. Sajak olahan Tuah adalah yang paling sesuai. Dan untuk pengetahuan anda, Tuah telah deklamasikan sajak ini masa sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Penuntut Malaysia Di Bandung, Indonesia pada Rabu minggu lepas. Moga dapatlah anda menghayatinya.
Suasana Harapan Lebaran
Olahan: Al-Tuah Al-Shahab, 11.30 pagi, 23 Setember 2009
Menjelang ditinggalkan Ramadhan,
Perasaan bercampur acuk,
Gembira,
Nestapa
Sedih,
Senang,
Namun semuanya tidak beraturan,
Kerana hati ini masih berduka,
Ditinggal bulan penuh keberkatan.
Saat ini,
Jalanan kosong,
Kesesakan sudah hilang,
Di mana-mana pun lengang,
Suasana kota menjadi tenang.
Sungguh,
Ramai yang pulang,
Pulang berpusu-pusu mengambil peluang,
Ke kampung sibuk bercampur senang,
Merayakan kemenangan penuh riang.
Di kala lebaran lebaran datang,
Kecil dan besar,
Miskin dan kaya,
Tua dan muda,
Bergembira laksana pemenang,
Sambil menjamu makanan dihidang,
Mengenakan busana berwarna girang,
Menjalin kasih kian gemilang.
Doa dipanjatkan ada Yang Agung,
Agar umur diperpanjang,
Supaya dapat bertemu Ramadhan mendatang,
Dengan niat dan iman terbilang.
Wallahualam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
Monday, August 3, 2009
Surat Orang Putus...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Ini surat yang telah Tuah jumpa di peti surat (yahoomail inbox) Tuah. Tak tahulah nak percaya atau tidak. Cuba anda baca sendiri dan renungkan isi surat ini.
Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa. Adapun aku dilahirkan
pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi
aku nama tue... maybe hari Isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini
dier merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah cintan-cintun
diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita pasal
aku..tak gitu...
Dan untuk pengetahuan kau... seperti yg kau lihat...dan sememangnya
tidak dinafikan lagi... aku dilahirkan sehensem-hensem umat... kerana
itulah jugak... berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe
diorang... .siap ada listing lagik... tapi ada satu bende yang sedih..
Setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang
naik keta aku... aku pun tak tau apasal.. Intan, awek cun-melecun yang
aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang,
Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku...
dier le awek aku yg paling last...
Muktamad dah nie... surat menyurat takkan dilayan... ..kalo intan
tinggalkan aku... .cam awek awek aku yg dulu... sumpah aku tak nak
kahwin...
Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat
Taman Tasik Taiping... Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku
bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak
bershape macam keris... macam macam dier komplen..dier tau aku keje
sebagai driver...
Takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat
rumah je... tak syok la naik moto... rambut berserabut lar... muka
cair lar... kain terselak lar... malu nanti orang tengok lar... tak
buleh nak seksi lar...
Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete
aku... sure itulah kali last aku akan jumpa Intan... Intan sure akan
mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku
... aku cakap kat dier... .baiklah... .esok aku akan datang naik kete
besar... jauh lagi besar dari kete mesedis... . Seperti yang ku
jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan...
Intan terus menghaibkan diri... ..aku dah agak dah mesti terjadi
punyer... ... . cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat
korang-korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku... or
bakal awek aku... Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku
nie... .satu hari nanti... Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta
aku nie...
Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian Kuala Sepetang Taiping Perak.
~Sapa ada cita2 nak naik?~
1) hari ni judicium 2, macam mana lah result kali ni, mintak2 cemerlang, amin!
2) yey! esok balik Malaysia gak akhirnya, dah dekat setahun dah tak balik. ayuh teman2 tunggu Tuah jengah rumah2 korang nanti, hehe
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
Friday, July 3, 2009
Pantun Lah Pulak
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Dah dekat seminggu takde post baru kan? So, ni Tuah nak kongsi sikit perasaan menyesal yang tak sudah kerana telah bukan sekali dua tapi banyak kali telah lalai dalam menunaikan rukun Islam ke-2 ini. Well, sebahagian kita kalau tak sekarang tapi masa zaman 'jahiliah' dulu mesti selalu atau pernah tinggal solat dengan sengaja, separuh sengaja atau tak sengaja. Maka, tiada cara lain untuk menghapuskan dosa meninggalkan solat ni melainkan taubat nasuha. Hanya Allah sahaja yang mampu menerima taubat kita ni.
Kalau difikirkan sejenak 2 jenak memang pelik kenapa kita boleh tertinggal solat lima waktu ni. Bukan susah atau lama mana pn solat ni. Tapi, kalau hal dunia 90 minit pun kita boleh tunggu (for football fan lah). Untuk mereka yang dah mula terasa2 ni Tuah sediakan pantun ini untuk pedoman dan renungan kita bersama. Semoga kita akan lebih tekun lagi menunaikan perintah Allah ini dan yang lain2nya, amar makruf nahi munkar.
Pantun Apasal Lah Aku Malas Sembahyang
Apasal lah aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
berdiri tanpa roh malam siang....
Apasal la aku malas sembahyang,
kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..
Apasal la ak malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nakmat kenapa aku tak kenang...
Apasal lah aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?
Apasal lah aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukan panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balung sorang-sorang....
Apasal lah aku malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!
*******
Pepatah Tuah: Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal ketiak.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
Saturday, May 30, 2009
Cerita Cawan Cantik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Masa sekolah dulu ada satu karangan yang Tuah tiba2 teringat sekarang. Kan salah satu jenis karangan ialah autobiografi, contohnya Saya Sebatang Pensel. So, masa cikgu suruh buat karangan macam itu so Tuah buatlah karangan bertajuk Saya Sebuah Cawan.
Kalau difikirkan balik memang bosan karangan tu. So, untuk kali ini Tuah cuba buat kembali, remix a.k.a. new version punya. Tapi pendek sahajalah, takde masa nak buat panjang2. Isi yang sama tapi Tuah tukar format dan Tuah bagi tajuk baru, Cerita Cawan Cantik. Kalau boleh nak try balik kat cikgu suruh bagi markah semula, kalau bolehlah. Hehe. Selamat membaca.
Cerita Cawan Cantik
Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik.
Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksudkan tadi berbicara:
Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Sudah beratus kali ku berteriak, "Berhenti! Berhenti!". Namun, tidak diendahkannya malah orang itu berkata, "Belum!"
Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. "Stop! Stop!" teriakku lagi, dalam Bahasa Inggeris, mencuba nasib mungkin dia kurang mengerti Bahasa Melayu. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku.
Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. "Panas ! It's hot!" Teriakku dengan kuat. "Stop ! Cukup!" Teriakku lagi. Tapi orang ini berkata semacam memerliku, "Not enoughlah!" Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku.
Oh, ternyata belum! Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. "Stop! Stop!" Aku berteriak. Wanita itu berkata, "Not enough!"
Lalu ia memberikan aku kepada lelaki tadi yang lalu memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya. "Tolong! Hentikan penyiksaan ini!" Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku.
Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku".
Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Mungkin mereka terharu dengan kisah cawan tersebut. Atau mungkin terkesima dengan keajaiban cawan tersebut yang begitu pandai berkata2, mungkin disebabkan tekanan dan penyiksaan yang telah diterimanya dahulu.
Pengajarannya, seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi, inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi "CANTIK".
Jangan lupa bahawa cubaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Ujian2 ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan (akhirat).
Wallahualam.
Pepatah Tuah: Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat kena saman!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
Sunday, April 19, 2009
English Essay
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Abang kepada Tuah terpikir nak buat cerpen/essay bertajuk love story based on Taylor Swift love story song. The outline will be like this.
1. There is a girl live in Manhattan. Atlas and magazines will be use to draw the place. (perhaps you cold advised on how I could get my hand on The New Yorker)
2. She typical 15 years old new york girl only the fact that she also a doughter to a single father (mom dead) ex-loyer-now-mayor's political adviser make her stay almost out of the circle of school mate.
3. Never dating as any boy could be 'suspect' to her father for taking advantage of her.
4. meet her 'john boy' (JB) on a book club dancing party. (it will be describe as along night)
5. with helps from her nanny she manage to have kind of first date with JB at book signing even at New York Public Library, 5th Avenue. (any other place that would be nice for the first date with reasonable reason?)
6. that meeting follows by another untill her father caught them by himself and give very sharp and straight forward warning-Stay away! or else.
7. then they go saperate ways but the girl didn't really want to until one day she ask him to help her runaway from her father!
8. but JB is a good boy (you know, just like me) and her back to her father. He been accused to influence her and make him move from his school to Darrow School in in Columbia County, New York ( Darrow is a Co-ed College Preparatory Boarding & Day School for Grades 9-12 in New Lebanon, a town in Columbia County, New York, 24 miles southeast of Albany. Darrow is located on Mount Lebanon in the central Berkshires in New Lebanon. can you belive it? new lebanon? nice huh! what , you don't think so?) the girl try to stop him but know the JB don't really have a choice as her father is really connected.
9. the girl heart, as it suppose to be, broke so hard. only if she know there's a deal between JB and her father!
10. on her graduation day (not high school, Princeton! it's like a decade after that) she heard about her JB and decided to look for him and she found him.
11. as expected she pour all her heart to him .
12. then something happen...he take out a small box from his pocket and take out a ring from it.
13. he ask her to marry him but ask about her father and he told the deal between him and her father.
14. and after she accept the proposal, she ask why her father acted like that at the first place, JB only smile and then she suddenly she come to her sense and said
15. "we were both young when I first saw you". (I mean they was just 15 and sixteen new yorker! but just so you know I had never accept the excuse. I know I was young and everything but it dosen't justify the ban on getting married ).
So, amacam? Toleng komen, ye. Kalau boleh segera. Terima kasih, sekian.
Pepatah Tuah: Biar putih tulang jangan kuning gigi (gosok, jangan tak gosok tau!)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
Tuesday, March 10, 2009
Cerpen 'Biar Putih Mata Hitam Jangan Hitam Mata Hati'
Ni adalah cerpen yang Tuah hantar untuk pertandingan tulis cerpen sempena Festival Kesenian Islam anjuran KUBI yang tarikh tutupnya 10 Mac iaitu hari ini. Dah baca tolonglah komen. Rasanya cerpen ini tidaklah begitu mengasyikkan. So, enjoy!
BIAR PUTIH MATA HITAM, JANGAN HITAM MATA HATI
“Salam kemerdekaan tuan. Boleh saya jumpa dengan Komander Ben Azwar sebentar?”
“Siapa namamu dan apa tujuanmu mahu berjumpa dengan tuan komander?” Katanya keras, namun langsung tidak menggerunkanku.
“Saya Salim Al-Muttakhir, tuan. Tujuan saya bertemu tuan komander adalah untuk menyampaikan informasi berkenaan perbincangan rakyat Palestin sebentar tadi,” ujarku.
“Apakah benar kata-katamu ini atau hanya bertujuan untuk mengancam kem kami ini?”
“Tiadalah berani saya untuk bertindak sedemikian rupa, apatah lagi saya masih mempunyai ibu, isteri dan anak-anak tuan. Berilah kebenaran kepada saya tuan, hanya sebentar,” rayuku.
“Baiklah. Engkau tunggu di sini dahulu. Biar aku berbicara dahulu pada tuan komander.”
“Baiklah, tuan. Terima kasih, tuan,” kataku lega.
Tentera tersebut lantas menuju ke khemah yang paling besar dan paling indah yang seakan-akan tereletak di tengah-tengah kem ini. Khemah tersebut di jaga oleh dua orang tentera bersenjata di pintu masuknya. Khemah-khemah yang lain tidak pula mempunyai tentera pengawal di pintu masuknya malah kelihatan begitu buruk sehingga ada bahagian daripada dindingnya yang terkoyak.
Setelah beberapa minit, tentera tersebut keluar khemah besar itu lantas memanggilkan untuk masuk menemui komander.
“Apakah yang kamu mahu wahai manusia? Apakah kau punya informasi baru yang yang berguna untukku?” tanya komander tersebut.
“Sudah tentu wahai tuan yang termulia. Petang semalam telah diadakan rapat khusus antara semua pendudukdi kawasan Gulmira. Saya juga turut menghadirinya, tuan”.
“Apa kaitannya rapat tersebut denganku?” tanyanya.
“Begini, tuan. Dalam rapat tersebut, telah disepakati oleh semua yang menghadirinya dengan sebulat suara akan mengumpul setiap pemuda, kanak-kanak yang sudah layak, orang-orang tua yang masih berdaya, serta wanita-wanita yang berhati waja, untuk bersatu melancarkan serangan hendap terhadap kem ini selanjutnya menghalau kalian semua dari kampung mereka ini. Para pemimpin dari kawasan berhampiran juga telah menyatakan persetujuan untuk turut menghantar bantuan bagi merancanakan rancangan tersebut,” ceritaku panjang lebar.
“Apakah kamu pasti dengan berita ini wahai Salim? Jangan kau cuba menipu dengan tujuan untuk memerangkap kami atau kerana mahu kami berundur. Jika itu niatmu maka nahas menantimu dan keluargamu,” gertaknya padaku.
“Jangan begini, tuan. Saya bersumpah atas nama keluarga bahawa segala kata-kata saya ini adalah benar belaka. Terpulanglah kepada tuan untuk mempercayainya atau tidak.”
“Baiklah, aku percaya informasi daripadamu ini. Apakah yang kau mahu sebagai balasan kepada khidmatmu denganku selama ini? Nescaya akan aku perkenankan permintaanmu itu,” tanya komander tersebut.
“Tiada lain yang saya mahu sebagai balasannya melainkan bekalan makanan selama sebulan unutk keluarga saya dan ubat-ubatan untuk ibu saya yang sedang tenat di rumah. Cukup sekadar ini sahaja, tuan.”
“Jika itu permintaanmu akan aku kotakan. Akan kuarahkan anak buahku menghantarkan bekalan makanan yang cukupuntuk dua minggu dan sedikit ubat-ubatan untuk ibumu dalam dua hari lagi sesudah komfirmasi mengenai maklumatku dibuat. Cukup?”
“Cukup, tuan. Terima kasih, tuan. Semoga tuan segera dinaikkan pangkat kelak,” ujarku.
“Sudah, segeralah pulang ke rumahmu dan pastikan tiada seorang pun daripada ahli keluargamu yang terlibat dalam serangan pada hari esok.”
“Baik, tuan. Terima kasih sekali lagi, tuan,” ujarku lalu pergi.
*****
Kehidupan sebagai tali barut bukanlah kehidupan yang diimpikan oleh anak-anak Palestin, termasuk Salim. Memberi informasi kepada tentera Israel, musuh utama sekaligus pembunuh nombor satu bangsanya sendiri memang memerlukan pendirian atau alasan yang teguh. Jika diberikan pilihan lain, maka dengan segera tanpa berpikir panjang akan dipilihnya jalan tersebut. Bukan tiada penyesalan atau rasa bersalah pada bangsanya, rasa bertanggung jawab, sedih dan kecewa pada diri atau rasa hina pada diri sendiri, tetapi baginya inilah jalan terbaik untuk dirinya yang lemah ini untuk meneruskan kelansungan hidup.
Mungkin, kerana kebaculan pada bangsanya sendiri, maka fikirnya, layaklah sekiranya dia dihina, dicerca bahkan dilaknat oleh jiran tetangga, rakan dan taulan, bahkan cercaan tersebut hadir daripada saudara maranya sendiri. Namun, dia bukan dihina kerana menjadi ‘anjing’ Israel, tetapi kerana keengganannya menyertai tentera pejuang kemerdekaan Palestin, ketidak mahuannya menyertai perang lantas ketakutan mengangkat senjata memikul tanggung jawab sebagai mujahid perang, bercita-cita syahid di medan perang.
Pernah terlintas jauh dibenak Salim sampai bila perlu dia menyeksa dirinya begini, sampai bila dia sanggup membiarkan anak bangsanya diratah mudah oleh tentera zionis Israel dengan kejam dan tiada peri kemanusiaan malah menggunakan informasi yang diperolehi daripadanya, bangsanya sendiri.
Suatu masa, pada hari penyampaian hadiah di sekolahnya, anaknya yang sulung bernama Salam dijemput gurunya menyampai sebuah sajak bertajuk ‘Kami Peduli’ yang mengungkapkan rasa cinta dan kasihnya dia pada anak bangsanya, rasa bersemangatnya untuk menyertai perjuangan rakyat Plestin dan keinginannya untuk mati syahid di jalan tuhan. Sajak tersebut bukan sahaja memalitkan rasa malu pada dirinya malah menghidupkan rasa semangatnya untuk berubah dan menjadi seorang mujahid perang.
Ibunya juga pernah menyatakan rasa bersalahnya padanya kerana terpaksa menjadi penghalang untuknya menyertai peperangan disebabkan perlu menjaganya yang sakit. Dia pernah menyatakan kesediaannya untuk menyertai tentera Palestin ketika usianya 17 tahun kepada panglima pasukan Saifullah, tetapi ditolaknya mentah-mentah kerana ujarnya dia belum layak untuk menyertai peperangan disebabkan masih memikul tanggungjawab menjaga ibunya yang sakit dan tiada penjaganya lagi jika dia tiada lagi di dunia nanti. Maka, disebabkan hal ini maka dibuangnya cita-cita syahid di medan perang jauh-jauh dan berazam menjaga ibu dan keluarganya sehingga akhir hayat.
Apabila ditanya ibunya mengapa tidak memohon sekali lagi untuk menganggotai pasukan Saifullah setelah mengahwini isterinya yang boleh diharapkan menjaga ibu ketika ketiadaannya nanti, maka, segera dijawabnya,
“bukan Salim tidak mahu ibu, tetapi kondisi keluarga kita ini yang menyebabkan Salim tidak sanggup untuk tinggalkan dan apatah lagi dengan kehadiran Salam dan Salmah. Salim sudah berjanji akan menjaga keluarga kita hingga akhir hayat, bu.”
ujarnya lagi. Salim malah tidak sanggup melihat keluarganya kekurangan zat dan nutrisi maka diberi informasi kepada tentera Israel sebagai tukaran kepada makanan yang cukup untuk keluarganya.
Walau bagaimanapun, disebabkan rasa malu pada jiran dan sanak saudara, serta tidak tahan dicerca dengan berbagai cercaan dari mereka maka isterinya mengambil keputusan untuk menggantinya menyertai tentera Palestin dan syahid di medan perang ketika kubu mereka diserbu tentera Israel dengan informasi daripadanya sendiri. Namun, itu tidak sedikit pun merubah pendiriannya untuk menghentikan pengkhianatan pada bangsanya sendiri.
Tetapi, keangkuhannya terlentur juga akhirnya apabila menerima berita kematian kedua anaknya yang masih kecil syahid ketika berperang menentang tentera Israel dengan menyertai pasukan perang kanak-kanak Palestin, sehari sebelum kematian ibu kerana kekurangan bekalan ubat-ubatan. Hal ini langsung memberikan hidayah kepadanya bahawa inilah que atau tanda daripada tuhan yang Maha Bijaksana bahawa sudah tiba masanya mencurahkan bakti pada agama dan bagsanya sendiri. Tiada lagi alasan atau halangan pada dirinya lagi dari berjuang fisabilillah.
Keesokkan harinya, segera dia bertemu panglima tentera Saifullah untuk menyatakan hasrat menganggotai pasukan tersebut serta menyampaikan segala informasi mengenai tentera Israel yang diketahuinya sepanjang menjadi tali barut mereka. Perkara tersebut lantas disambut baik oleh seluruh ahli pasukan Saifullah dan jiran serta saudara maranya yang juga terlibat dalam pasukan tersebut.
“Alhamdulillah, berubah juga akhirnya kamu, Salim,”
syukur mereka semua. Lantas kedudukan pertahanan dalam kem tersebut dan kubu-kubu penting untuk serangan disampaikannya kepada mereka semua.
Selama seminggu merancang serang hendap terhadap kem tentera Israel di kawasan Gulmira ini, akhirnya strategi yang mantap telah terencana, perancangan yang bakal membuahkan hasil telah disepakati semua, yang tinggal hanya saat dan ketika yang tepat untuk melaksanakannya. Dia berharap usahanya kali ini berbaloi dan cukup untuk menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu kepada anak bangsa dan isterinya sendiri selama ini.
Pada pagi Sabtu, ketika tentera Israel yang majoritinya tidak berada di kem tersebut kerana mengadakan acara penyembahan pada hari yang dianggap suci oleh mereka ini di Jerussalam merupakan detik yang sesuai untuk melancarkan serangan menghancurkan kem ini lantas menghalau mereka semua dari kawasan Gulmira. Serangan yang memakan masa setengan hari ini seakan membuahkan hasil kerana dengan mudah di‘kerja’kan oleh pasukan Saifullah ini.
Salim yang tahu persis kedudukan khemah komander Ben Azwar terus menyerbu khemah tersebut.
“Bismillah,”
lantas ditikamnya komander tersebut. Komander tersebut sempat mengaduh,
“Aaa..aduuh..b..bunuh bangsat satu ini. Cepat!!!”
Teriak komander tersebut. Tanpa melengahkan masa senjata pengawal-pengawal komander tersebut lantas memuntahkan ratusan peluru ke tubuh Salim. Dan...
“Laa ilaaha illallaaah!”
Salim menghembuskan nafas terakhirnya bersamaan dengan sempurnanya kalimat agung yang mentauhidkan Allah Azawajalla, tuhan sekalian alam, sekalian makhluk. Syahidnya dia menemui tuhannya, menemui ayah dan ibunya, menemui isteri dan anak-anak yang merindu dan dirindukannya.
Ia gugur dengan seratus peluru bersarang di tubuhnya. Takbir! Allahu akbar!
Sekian, tamatlah cerpen tersebut. Apa macam? Well, Tuah mampu buat sampai situ je. Komen eh, jangan tidak komen. That's all for this time.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Sunday, March 1, 2009
Kemalangan Ngeri Yang Pernah Saya Alami
Sebelum apa-apa, Tuah nak bagi tahu yang karangan di bawah ini bukanlah karya Tuah sama sekali. Tuah ambil dari blog Faizal Tehrani http://tehranifaisal.blogspot.com/ . Tujuan Tuah letak di sini untuk menyatakan kerisauan di hati ini tentang pengaruh tv kepada kanak-kanak even yang dah nak baligh pun. Betapa dalam exam pun masih nak cerita pasal rancangan tv, samada rancangan kanak-kanak atau dewasa. Janganlah antara kita menganggap hal ini sebagai remeh kerana hal remeh akan jadi parah kalau tidak dibendung. Selamat 'menikmati'nya.
Kemalangan Ngeri Yang Pernah Saya Alami
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.
Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.
Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Apaan Lu!" dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
"You better watcha up. Ten times more plus ten times, twentytimes i beat you always."
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara, "Semua butuh minggir". Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Magic sungguh. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
Apa macam? Karangan ini juga menunjukkan betapa rendahnya kualiti berbahasa Malaysia yang ada pada kanak-kanak zaman sekarang. Karangan ini merupakan karya pelajar yang sedang menduduki UPSR. Semoga dapat kita ubah hal ini di masa mendatang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.