Friday, November 27, 2009

Aidil Adha, Minal Eid Wal Faiz

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Hari ini adalah Hari Raya AIdil Adha. Perayaan ini merupakan salah satu dari 2 perayaan terbesar bagi seluruh umat Islam. Ada perayaan kecil ke? Mestilah ada, dan yang bestnya hari raya aidil adha pada tahun ini jatuh pada hari raya kecil bagi umat Islamyang disambut setiap minggu iaitu hari Jumaat.

So, pada hari ini, ada 2 khutbah yang Tuah dengar, 1 khutbah raya pada pagi hari tadi, yang disampaikan oleh Dr. Mohd Asri Zainal Abidin a.k.a. Dr MAZA, dan khutbah Jumaat pada tengaharinya. Kedua2nya kisah Ibrahim dan Ismail a.s., dalam menghadapi dilema antara kasih sayang dan ketaqwaan.

Dan banyak juga ceramah yang telah diadakan sebelum tarikh raya tersebut, yang majoritinya berkisar pengorbanan dan ketaqwaan 2 orang hamba Allah ini kepada tuhannya. Sejarah2 lama dirungkai kembali, cerita2 yang berasal dari Al-Quran juga telah diketengahkan semula. Tetapi, semuanya sebelum perayaan Aidil Adha, selepasnya tiada peringatan yang berkaitannya lagi, macam tahun2 lepas. Kenapa ye?

Sebut pasal ceramah, Tuah ada terlibat dalam menganjurkan 1 ceramah sempena aidil adha pada Isnin lepas bertajuk, Jalinan Kasih Sayang & Ketaqwaan, kalau tidak silap. Tuah dan beberapa teman lainlah yang telah merancang dan melaksanakan program ini. Dah lama tidak buat kerja ini. Last time kat sekolah dulu, sebab ahli BADAR sekolah, kalau tidak tiada harapanlah.

Bersambung dari perenggan ke-3 tadi, apa agaknya penyebab kepada ketiadaan lagi cerita pasal Ibrahim dan Ismail a.s. selepas sambutan raya haji ini? Mungkin mereka disibukkan dengan perkara 2 atau isu2 lain yang lebih penting untuk ditablighkan atau ditazkirahkan. Kenapa hanya hampir kepada hari raya ini barulah nak cerita pasal kisah tersebut?

Ikut pengalaman Tuah, hanya hampir nak raya haji ini baru ada cerita2 pasal korban. Lama sebelum itu tiada, lepas itu pun tiada. Bukankah kisah ini merupakan kisah yang agung yang perlu diulang berkali2 bukan setakat setahun sekali. Mungkin ada sebab lain yang Tuah tidak tahu. Kalau anda tahu sila bagi tahu. Nak yang putih, yang goreng tidak sedap.

~sempat bergambar dengan DSSK dan Dr MAZA~

Cerita pasal Dr Asri di perenggan ke-2 tadi, memang pelik pada mulanya kenapa dia boleh nak datang Bandung ini, dengan Datuk Seri Shahidan Kassim (DSSK). Dah lah datang petang semalam, esok petang dah balik. Rupanya, memang saja2 je DSSK tu nak datang jalan2 ke Indonesia ini, nak jumpa kami pelajar2 yang menuntut di sini, nak beraya bersama2.

Yang bestnya mereka (seramai 12 orang, tidak termasuk isteri2) datang tidak tangan kosong. DSSK siap support 4 ekor lembu dan bagi kami semua pelajar yang sembahyang raya bersama2 duit raya IDR100k. Dan yang paling best dalam rombongan dia ada sekali DR MAZA tu. Itu yang paling Tuah tunggu2 selama ini, nak berjumpa dan bersalaman dengan beliau.

Yang bestnya lagi, masa malam dia tiba ke Bandung ini, dia terus bagi ceramah yang mantap. Tidak tahu tajuknya apa tapi dia cerita pasal mazhab sikit, pasal qurban sikit dan pasal mengajar tanpa tauliah sikit. Itu yang paling kelakar tu. Sikit2 dia perli JAIS. Mentang2 dia baru2 ini pernah ditahan JAIS kerana mengajar tanpa tauliah. Kecoh 1 negara. Khutbah raya yang dia bagi pagi tadi pun mantap,pasal qurban dan taqwa.

Sebenarnya post ni nak cerita pasal raya korban, pasal sambutan kat sini, tapi tiada yang menarik sangat. Sama macam tahun lepas juga. Cuma ada kehadiran DSSK dan Dr MAZA. Kalau bolehnak balik juga ke Malaysia, tapi cuti pendek sangat, sehari sahaja. Baik sambut ramai2 kat sini, lebih lumayan.

Tapi, sambut raya bukan pasal sambutan raya semata2 tapi pasal penghayatan pada kisah pengorbanan Ibrahim dan Ismail a.s. yang kurang dihayati oleh umat sekarang. Yang mereka tahu, apabila tiba 10 Muharram, samada pergi menunaikan haji di Mekah atau nak sembelih lembu atau kambing, masak dan makan. Tidak sampai tujuan qurban itu sendiri. Rugi sangat2 setiap tahun.

Waakhirnya, exam ada lagi sebulan setengah lagi. Semoga masa cuti ini daat digunakan untuk menambah giat kegiatan belajar Tuah untuk menghadapi final exam semester ke-3 ini, yang jatuh seminggu selepas birthday Tuah dan ummi. Nanti Dil hantar kat hari jadi kat ummi.

Semoga kita semua dipanjangkan umur dalam keadaan sihat walafiat hendaknya supaya dapat sekali lagi bertemu dengan aidil adha tahun hadapan, insyaal. Adios amigos. Go! Kasturi, Go!

Wallahualam.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

No comments:

Post a Comment

Write a great comment, not the good one, thanks!