Tuesday, July 13, 2010

5 Tahapan

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Semasa minggu peperiksaan yang lepas, Tuah ada pergi dengar khutbah Jumaat, macam biasalah tiap2 minggu. Cuma yang tidak biasanya ialah pada hari itu khatib (penyampai khutbah) meggunakan bahasa Indonesia @ B.I. dalam menyampaikannya. Kerana, pada kebiasaannya khatib akan menggunakan bahasa Sunda, bahasa tempatan di sini.

Pada hari tersebut, Tuah solat di masjid yang berlainan dari kebiasaan. Agak jauh dari rumah. Kerana kesuntukan masa untuk tiba di rumah setelah pulang dari Kota Bandung berurusan di pejabat imigresen. Itu pun, setibanya di dalam masjid tersebut, khutbah langsung bermula.

Oleh kerana tergesa2, maka Tuah tidak membawa catatan. Oleh kerana tidak membawa catatan, maka Tuah hanya menggunakan telefon bimbit sahaja untuk mencatat. Oleh kerana hanya menggunakan telefon bimbit, maka Tuah hanya dapat mencatat beberapa isi penting dari khutbah tersebut. Dan, oleh kerana isi2 penting sahaja yang Tuah dapat catat, maka hanya pada hari ini sahaja dapat Tuah nukilkan di blog ini.

Dalam khutbah tersebut, khatib mengatakan ada 5 langkah untuk kita menjadi seorang hamba Allah yang berjaya. Yang kalau kita berjaya lakukan mengikut peringkatnya maka syurgalah tempat kita di akhirat nanti, redhalah yang kita dapat seumur hidup kita.

Pertama, jadilah seorang mukmin, iaitu menjadi seorang yang yakin dan percaya pada rukun iman. Percaya akan wujudnya dan berkuasanya Allah s.w.t serta sifat2-Nya yang lain. Percaya akan adanya malaikat2 yang maksum dan menjalankan perintah Allah dengan patuh dan bersungguh2. Juga percaya pada kebenaran kitab2, nabi2 dan rasul2-Nya, dan kedatangan hari kiamat serta percaya pada ketentuan qada’ dan qadar-Nya.

Kedua, jadilah seorang muslim, iaitu mereka yang bukan sahaja beriman, tetapi turut mengaplikasikan keimannya dengan lisan dan perbuatan, dengan akhlak dan peribadi seorang muslim, samada secara sosial atau ritual, dengan sepenuh hatinya, bukan sekadar menurut perintah Allah semata2.

Ketiga, jadilah seorang mukhsin, iaitu seorang yang memberi manfaat pada makhluk Allah, tidak kira yang manusia atau bukan, yang kaya atau bukan, yang baik pada kita atau bukan dan pada yang muslim atau bukan. Jadilah sebaik2 manusia dan contoh kepada umat dan makhluk-Nya yang lain, seperti yang ditunjukkan baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Keempat, jadilah seorang mukhlis, iaitu seorang yang ikhlas dalam setiap perbuatan dan kata2nya. Imam Ghazali pernah berkata, “semua manusia itu rosak kecuali mereka yang berilmu; semua yang berilmu itu rosak kecuali mereka yang beramal, dan semua yang beramal itu rosak kecuali mereka yang ikhlas.

Kelima dan terakhir, jadilah seorang muttaqin, seorang yang darjatnya tertinggi. Ibadahnya semata2 kerana Allah, amal solehnya semata2 kerana Allah, segala percakapannya kerana Allah, segala perbuatannya kerana Allah dan sifat2nya lahir dari hasil ketaqwaannya kepada Allah.

Kalau dilihat dari kelima2 tahapan ini, di tahap manakah anda berada rasanya? Mungkin ramai daripada kita mengaku yang mereka seorang musim atau mukmin, tetapi adakah ciri2 tadi bersesuaian dengan mereka sendiri? Adakah kita sudah berada di tahap yang paling tidak pun di tahan yang pertama? Mungkin tidak, mungkin jauh panggang dari api, mungkin bagai laangit dan bumi bezanya.

Tidak kiralah di mana tahap kita ketika ini, yang penting selepas ini kita perlu berusaha untuk bukan sahaja untuk menjadi seorang mukmin atau muslim, tetapi juga seorang mukhsin, mukhlis dan akhirnya muttaqin, insyaAllah, kalau kita bersungguh2.

Akhir kata, semoga kita mendapatkan apa yang kita mahukan dalam hidup ini, samada di dunia mahupun di akhirat kelak. Yang penting kita usaha sampai berjaya. Never give up and die trying. Amin.

Wallahualam.

~hehe, macam boleh sahaja sebegini~



Sincerely by,






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.