Saturday, June 6, 2009

Jangan Marah, Janganlah Marah, Marahlah Jangan!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Abu Hurairah r.a. menerangkan bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w:
"nasihati aku," baginda menjawab, "jangan marah." Maka diulangnya beberapa kali, kemudian Nabi bersabda, "jangan marah."

Petang tadi ternampak dari tingkap bilik (memang suka menjengah tingkap tengok siapa yang lalu, especially yang ...), ada dua orang budak kecil, baya2 darjah 1-3, main layang2 (tengah musim layang2 kot sekarang ni sebab ramai budak yang main di sekitar bale ni). Tiba2 datang seorang budak lagi besar dari 2 orang budak tadi. Budak tu datang terus tumbuk salah seorang budak tadi sampai terduduk. Budak yang terduduk tu bangun ingatkan nak lawan balik tapi mungkin mengenangkan hadis di atas maka dia yang tengah marah tu terus tenang, lepas tu siap boleh gelak lagi. Kawan dia yang seorang lagi tu muka dah pucat even tak kena usik pun. Budak yang baru datang tu merah padam muka dia tiba2 lepas tu nak tumbuk sekali lagi budak tadi, tapi budak yang cool tu mengelak, memang cool dan penuh style budak tu elak. Lepas banyak cubaan baru berjaya mengena budak cool tadi tu. Lepas tu baru budak tolak budak tu sekali tolak dan terbaring terus. Kuat juga budak tu even badan dia sekeping dan budak yang seorang lagi tu boleh tahan debab jugalah.

Tiba2 Tuah teringat hal kat sekolah dulu. Tuah macam budak yang cool tu pernah orang cuba nak cari pasal tiba2 tapi Tuah cuba untuk tahan marah yang pastinya sangat membara sebab budak yang cari pasal tu memang Tuah panas dengan dia dah lama cuma belum rasa nak letup je lagi. Dah lah masa tu depan hostel junior, budak tu nak tunjuk kuat pulak. Kalau nak diikutkan hati memang nak letupkan je kepala budak tu kat situ juga. Tapi mengenangkan ikut rasa binasa, ikut hati mati, ikut selera obese, ikut iman cemerlang dunia akhirat maka Tuah tak layan sangat budak tu. Tapi dendam tetap dendam, maka cerita tidak berakhir di situ.

gambar hiasan

So, malam tu, lebih kurang jam 2 (masa line clear sebab warden last round jam 1, lepas tu round waktu subuh), lepas di batu api oleh rakan2 dan syaitan2 (yang ni bukan kawan) maka Tuah suruh budak2 ni panggil budak tu yang dah tidur masa tu kat bilik dia pergi ke bilik 'neraka' (bilik ni memang port nak merokok, belasah budak dan pekerjaan yang sewaktu dengannya). Bila budak tu sampai je dengan boxer dan tak berbajunya budak2 lain suruh dia berdiri kat tengah2 kitorang yang dalam 30-40 orang ni. Malam tu ramai yang 'turun' sebab 'lauk' bukan budak tu seorang, tapi ada 3-4 'lauk' lain. Dengan kata lain 'kenduri' bulanan lah sebenarnya. Oleh kerana Tuah taknak tunggu lama sangat Tuah suruh 'lauk'kan budak tu dulu. 1st round sparring 1 on 1 dengan Tuah, tengok sapa menang. Lepas dah tak larat nak sparring budak2 lain yang dari tadi geram nak 'lauk' sekali budak tu pun join. Lepas tu apa yang jadi tak perlulah dceritakan kerana anda pasti taknak dengar!

The point is, jangan cuba cari pasal dengan Tuah, nama pun Tuah. Tapi bukan tu yang Tuah nak sampaikan sebenarnya, bukan nak mengenangkan zaman jahiliyah kat sekolah dulu, bukan nak buka aib sendiri or jauh sekali nak tunjuk kuat kat sini. Masa sekolah dulu tak pernah dengar pasal hadis di atas bukan lah alasan yang menghalalkan tindakan kejam tersebut. Betul, memang kejam, sekarang baru Tuah perasan yang tindakan tu kejam. Tapi, mana letaknya perikemanusiaan Tuah dan kawan2 masa tu memang tak dapat dikenal pasti. Kerana nafsu amarah yang membuak2 menyebabkan perikebinatangan yang muncul. Astaghfirullahalazim! Tapi lepas habis Tuah dan budak tu dah in good term, cuma takdelah baik sangat, dan harap2 tiada dendam antara kami. Masa nak SPM tu macam biasa masing2 mintak maaf.

Apa yang cuba sampaikan ni ek? Mesti anda kata takde benda sebenarnya yang Tuah nak sampaikan, cuma saja nak buat post baru lepas dah seminggu takde post baru. Tuah cuma tetiba mengenangkan kisah zaman sekolah dulu bila ternampak budak2 yang main layang2 tadi tu. Kalau boleh taknaklah berlaku lagi kat UnPad ni, dengan Msian or Indon. Memang rasa marah tu akan sentiasa mengganggu kita even kita cuba untuk buang jauh2. Berdasarkan 2 kisah tadi mana yang baik jadikan sempadan, yang buruk jadikan ikutan. Eh, terbalik ke?

banyak movie yang meng'halal'kan pergaduhan

*******

Pepatah Tuah: Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain, tak payah cerai pun boleh kahwin lain, hehe

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.