Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Ada 1 artikel Tuah jumpa mengatakan yang otak lelaki lebih 50% memikirkan mengenai sex. Ada pula yang kata setiap 7 saat lelaki akan fikir pasal sex. Kalau lelaki sahaja mesti sex, seperti tiada benda lain lagi yang lelaki perlu fikirkan.
Tuah rasa, jangankan mahu dikatakan semua atau majoriti, minoriti pun sangat sedikit. Hanya orang gila sahaja yang begitu, gila sex. Mustahillah kalau ditanya pada semua lelaki betul ke begitu? Adakah mereka juga begitu? So, macam mana? Apa yang Tuah boleh nyatakan di sini memang fikiran dan percakapan lelaki mudah untuk terjerumus atau terarah kepada sex.
Pengalaman Tuah sendiri berkawan dengan mereka ini, kalau bercerita atau berbual yang tidak ilmiah, pada mulanya mereka akan cerita pasal bola, game, atau movie. Kemudian, lama kelamaan akan berubah menjadi cerita berkaitan sex. Tidak banyak sedikit mesti ada. Bezanya Cuma lucah atau tidak, ilmiah atau bukan.
Kalau Tuah perhatikan lelaki boleh dibahagi kepada 3 kumpulan. Pertama, yang kalau cerita pasal sex mesti nak lucah. Kedua, tidak lucah, tapi berilmiah. Selalunya secara serius. Ketiga, yang langsung mengelak bila dibuka tajuk sex, langsung tinggalkan perbualan sebelumnya atau cuba tukar tajuk.. Tuah pun tidak pasti samada mereka ini tidak suka, tidak berminat atau segan.
Pada Tuah sendiri, Tuah masuk kumpulan kedua. Bukan tidak boleh bercerita mengenai sex. Tetapi, biarlah kena cara dan keadaan. Bukan atas tujuan nafsu semata2 tapi untuk tambah pengetahuan, yang mungkin berguna untuk masa depan (haha, agak keterlaluan masa depan!).
Kadang2 ketika sedang lepak dengan mereka yang dari kumpulan pertama mesti basically ceritanya adalah sex. Mungkin awal2 atau sedikit2 adalah cerita pasal benda lain, tapi selalunya pasal sex. Bila dah sampai takat lucah sangat mereka akan gelak berdekah2. Pernah Tuah cuba ubah tajuk. Malangnya, sekejap sahaja terkeluar tajuk. Tidak lama kemudian kembali ke tajuk lama. Tuah langsung angkat kaki.
Adakalanya, boleh dilayan juga cerita mereka ini selagi tidak terasa nak termuntah anak tekak ini. Tapi, selalunya sakit telinga mendengarkan perbualan mereka ini. Boleh bernanah kalau duduk berbual lama2 dengan mereka ini. Tidak kisahlah di mana pun, di meja makan, dalam kelas, dalam masjid pun ada.
Pernah juga Tuah tegur mereka yang seperti ini. Kalau tidak tahan sangat Tuah cakap senang sahaja. Cuba buka hadis ke 15 dalam hadis Arbain An-Nawawi, dari Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda,
‘sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, menghormati tetangganya, dan memuliakan tetamunya.’ H.R.: Bukhari dan Muslim
Kalau tidak mahu berkata perkara yang baik, sila diam. Mereka pun mula angkat kaki, beransur pergi. Selama 2 ke 3 hari Tuah tidak jumpa mereka bercerita pasa sex lucah lagi. Tetapi, lama kelamaan mungkin kerana tidak tahan, terlepas juga cakap mereka di depan Tuah. Sabar sahajalah.
Seperti yang Tuah sebut awal2 tadi, ada ke cara atau keadaan yang sesuai untuk cerita pasal sex ni?
Adakalanya remaja perlu didedahkan kepada sex. Sebagai mereka yang matang, beritahu mereka yang tujuan sex adalah untuk kebaikan sahaja. Contohnya, untuk mengeratkan hubungan antara suami dengan isteri, atau untuk mendapatkan anak. Dan ada satu sahaja cara untuk menyalurkan keinginan sex, iaitu dengan berkahwin. Cerita pula kebaikan2 kahwin berbanding sex di luar nikah, dan keburukan2 sex luar nikah.
Kalau mahu bercerita mengenai sex perlulah bertempat. Maksudnya antara suami isteri, dengan orang yang sesuai macam kaunselor perkahwinan, ustaz atau doktor. Boleh juga bercerita dengan kawan2 hanya untuk menambah ilmu, bukan untuk benda2 yang tidak elok, untuk memuaskan nafsu semata2 atau bahan gelak ketawa. Seperti cerita kedai kopi dan sebagainya.
Kalau tengok cerita dari Barat tidak kisahlah dari US atau Europe memang banyak lawak lucah, lebih lucah lebih kelakar. Maka, ramai remaja2 kita yang tengok cerita2 macam ini juga mahu meniru benda yang sama. Mereka fikir lawak ke? Padahal menyakitkan telinga kita yang mendengarnya.
Entahlah, memang betul agaknya lelaki selalu terpikir pasal sex. Lelaki yang lemah atau tiada imannya. Selalulah ingat Allah dan banyakkan berdiam kalau tidak mahu binasa kerana mulut. Bak kata pepatah, keran pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Tapi, Tuah nak tanya lah, yang perempuan macam mana ye? Sama ke atau lebih lagi, cuma mereka pandai sorok. I wonder, tell me.
Wallahualam.
~well, Tuah penyokong Malaysia di World Cup nanti,
bila? tidak tahu pula~
Sincerely by,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
Salam..
ReplyDeletesaya masih baru di sini dan ini baru pertama kali. Tajuk agak menarik sebab sy juga selalu terfikir ttg fakta ini. Saya pk jugak takkan pak2 ustaz pn smpai macam tu kan asyik berfikir pasal seks. Artikel ni mnjawab sedikit sebanyak persoalan saya.
Kalau perempuan saya rasa hampir sama. Cuma intensity dan frequency-nya saja yang kurang. Secara jujur, bila usia dah mencecah pertengahan 20-an ni, topik yang paling hangat dibincangkan ialah perkahwinan. Bila cerita pasal perkahwinan sedikit sebanyak akan terkait dengan seks. Mungkin disebabkan di lingkungan saya, bercakap mengenai seks bukan sesuatu yang memalukan (pelajar2 medik). Kami sering juga berbincang tentang topik ini tapi dari segi sex education bukan melucah. Perbincangan seperti ini amat membantu utk kawan2 yang kurang sikit ilmu mengenainya. Kadang2 kami menyentuh juga tentang hukum satu2 perlakuan.Apa yang patut dan tidak dilakukan.
Dan mungkin ada juga kadang kala di kalangan kami yang melucahkan sesuatu perkara tapi perempuan senang dialihkan topik perbincangannya. Tukar topik bab2 shoping terus lupa topik sebelumnya..takpun berbalik ke topik perkahwinan, suka sangatlah perempuan bercerita bab2 pelamin, baju pengantin..itulah hakikat perempuan. Ada banyak lagi perkara nk difikirkan selain seks.Ini cuma pendapat saya sebagai seorang perempuan dan di kalangan kawan2 perempuan saya..
salam,
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian saudari...
Tuah menulis artikel ini tidak lain hanya utk membetulkan salah tanggap atau persoalan2 yg mungkin muncul dlm fikiran kawan2 perempuan...
Tuah juga ada terbaca yg pemikiran perempuan dlm hal ini tidak jauh bezanya dari lelaki,
cuma lebih bermoral dan tertutup,
for certain girl only lah...
but, at least Tuah harap tidak rasa kurang selesa dengan artikel ini...
p/s: Tuah jg student medic, I understand:
"Mungkin disebabkan di lingkungan saya, bercakap mengenai seks bukan sesuatu yang memalukan (pelajar2 medik)"