Thursday, July 29, 2010

Novel Cinta

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Memang hobi Tuah sejak sekolah rendah ialah membaca, tidak mengira bahan. Samada yang fiksi atau bukan, terutamanya yang berbahasa Melayu, bergenre apa sahaja, novel, buku cerita, encyclopedia, surat khabar, majalah, atlas, buku2 sastera seperti sajak, peribahasa, pantun dan sebagainya. Apa sahaja, kecuali buku manual pengguna atau yellow pages.

Tapi, sejak tingkatan 4, Tuah lebih suka membaca novel2 Inggeris seperti Harry Potter series, Lord Of The Rings, Percy Jackson & The Olympians series, Gossip Girl series, It Girl series, Twilight series dan buku karya Dan Brown seperti Angles & Demons & Digital Fortress. Memang tidak lagi Tuah baca novel2 berbahasa Melayu.

Ini kerana, kebanyakan novel berbahasa Melayu meloyakan tekak Tuah. Tidak dinafikan ada beberapa novel Melayu yang bagus seperti karya Faisal Tehrani seperti 1511: Kombat yang memenangi Anugerah Hadiah Satera Utusan dan Ahadiat Akashah seperti Lagenda Budak Setan yang amat popular sebelum zaman Tuah mula bersekolah lagi.

Malangnya, kebanyakan novel Melayu bertemakan kisah cinta. Yang lebih meloyakan, novel2 ini begitu jiwang sehingga tidak mampu lagi untuk Tuah bertahan mengadapnya. Maka, Tuah berhenti membaca novel. Novel Inggeris Tuah kurang berminat atau malas untuk baca.

Abang Tuah pula kemudiannya mencadangkan Tuah mula membaca novel siri Harry Potter. Lama kelamaan Tuah mula berminat dengan novel tersebut, dan juga novel2 Inggeris lain seperti yang Tuah sebut di atas. Novel Melayu sudah tidak Tuah pandang lagi selepas itu.

Tetapi, sejak melanjutkan pelajaran ke Indonesia, Tuah mula berminat kembali untuk membaca novel2 berbahasa Melayu, lebih spesifik yang berbahasa Indonesia.

Tuah bukanlah peminat lagu2 atau drama2 sinetron mahupun filem2 dari Indonesia. Bukan sebab bersifat perkauman, malah lagu2, drama2 dan filem2 yang dari Malaysia juga Tuah kurang berminat.

Namun, novel2 di Indonesia memang banyak yang bagus. Antaranya novel karya Habiburrahman El-Syirazy seperti Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasih 1 & 2, dan Bumi Cinta. Selain itu, Tuah ada baca novel karya pengarang lain seperti Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha karya Taufiqurrahman Al-Azizy.

Novel2 mereka ini bukan sekadar mempunya watak2 yang bagus, jalan cerita atau plot yang mantap dan latar cerita dan tempat yang bagus mahupun bahasa yang mengasyikkan, malah novel2 ini begitu mengusik hati para pembacanya.

Bertemakan religius, novel2 ini sememangnya karya pembangun jiwa. Tuah banyak berubah sejak membaca novel2 seperti ini. Novel2 ini telah menghasilkan suatau yang tidak wujud dalam novel2 Inggeris yang Tuah pernah baca sebelum ini.

Biasanya, jika memilih novel yang Tuah baca pastinya yang popular, terbaik, pemenang anugerah, bestseller, atau yang telah dijadikan siri televisyen mahupun filem. Dan, semestinya novel2 seperti ini mempunyai segalanya; plot, watak, latar dan bahasa2 satera yang mantap dan mengasyikkan.

Tetapi, novel dari Indonesia ini sememangnya suatu yang amat diperlukan para remaja masa kini. Ramai dari pembaca novel dikalangan remaja sehingga dewasa suka membaca novel bertemakan cinta, terutamanya perempuan. Dan, novel cinta seperti inilah yang diperlukan oleh mereka2 ini.

Memang Tuah agak kurang berminat membaca novel2 cinta, tetapi, novel2 ini mempunya cerita cinta yang berbeza dari yang lain. Masih lagi mengutarakan kisah cinta pada lawan jantina, antara lelaki dan perempuan, tapi kisah cinta mereka ini adalah yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Hadis.

Kalau dulu Tuah pernah dengar ada kaedah berpacaran cara Islam, tapi semuanya tidak betul2 mengikutinya. Tapi, kisah cinta dalam novel2 dari indonesia ini ada kaedah bercinta yang sebenarnya mengikut acuan Islam.

Kalau anda mahu tahu bagaiman caranya bercinta mengikut acuan Islam, rajin2kanlah diri untuk membaca novel2 seperti ini. Tuah yakin yang novel2 ini sudah dipasarkan di Malaysia. Mahu tempah atau pinjam dari Tuah juga dipersilakan.

Pendek kata, bagi para pembaca novel, sila pastikan anda turut mencuba untuk membaca novel2 ini. Memang berbaloi. Banyak yang kita boleh perolehi daripadanya berbanding novel2 yang lain.

Wallahualam.



Sincerely by,






Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.