Friday, March 26, 2010

Nama Yang Di'haram'kan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Sebab kekangan masa nak buat post baru maka Tuah buat post kali sahaja kali ini (pendek ke?), berasal dari satu website ni, iaitu www.asyraaf.net.

Memang mengenai nama yang di'haram'kan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Bukan haram, tapi, dilarang untuk didaftarkan pada sijil lahir.

Ada yang tidak dibenarkan sebab tidak sesuai, dan ada yang disebabkan tidak bagus. Bacalah sendiri.



NAMA YANG DITEGAH ATAU DILARANG

1) Nama gelaran yang dianugerahkan kerajaan

Tun, Tan Sri, Datuk, Datin, Puan Seri, Dato Seri, Datuk Paduka, Datuk Patinggi, Datuk Wira Jaya, Datuk Bentara Dalam, Datuk Bentara Luar.

2) Nama pangkat atau jawatan

Haji, Nabi, Imam, Rasul, Mufti, Ketua Menteri, Kadi, Perdana Menteri, Gabenor, Sarjan, King, Hakim, Permaisuri, Guru, Ustaz, Shahbandar, Ustazah.

3) Gelaran keturunan

Syed, Sharifah, Tunku, Tengku, Nik, Wan, Raja

4) Nama profesional

Doktor (Dr), Ir (Engineer), Professor, Akauntan, Audit, Diplomat

5) Nama kepahlawanan

Mahaguru, Pahlawan, Pendekar, Panglima, Bomoh, Pawang, Dukun, Satria

6) Nama lucah atau yang lucah bunyinya

Nonok, Bontot, Bola Besar, Kote, Faraj, Shahwat, Zina, Kopek, Pundek, Punat, Khalwat, Zakar, Kulup, Coli, Liwat

7) Nama-nama buruk

Buruk, Malang, Sial, Derita, Haram, Pungut, Hapak, Baruah, Bunting



NAMA YANG TIDAK SESUAI

1) Nama binatang atau serangga

Babi, Monyet, Keldai, Rimau, Lipan, Buaya, Belalang, Semut, Ular

2) Nama buah-buahan, sayursayuran, tumbuhan, makanan

Ciku, Pisang, Keladi, Kucai, Terung, Karet, Serai, Jintan, Kunyit, Halia, Bawang Merah, Kelapa, Santan, Lidi, Nasi, Bubur, Ketupat, Laksa, Sirap, Cendol, Lempeng, Daun.

3) Nama-nama lucu

Kecut, Kutai, Kuyok, Boyak, Kudung, Pendek, Panjang, Tinjau, Apek, Lonjong, Kuding, Tunggal, Sinon, Ketiak, Leper, Kemek, Janggut, Tanduk, Kerepot

4) Nama-nama kejadian alam

Gunung, Salji, Suria, Pelangi, Awan, Bintang, Bulan, Guruh, Petir, Panas, Hujan, Bumi, Langit, Gelombang, Laut, Batu, Angkasa Nama-nama alat perkakas lSenduk, Piring, Mangkuk, Cawan, Katil, Tilam, Garpu, Tingkap, Pagar, Lesong, Berus, Parang, Tajak, Golok

5) Nama-nama warna

Hitam, Putih, Jingga, Merah, Coklat, Kuning

6) Nama-nama huruf atau angka atau gabungan kedua-duanya

D, K, P, Z, 001, 007, K 7, K 4, Zerozero Seven

7) Nama perhiasan atau pakaian

Cincin, Subang, Anting-anting, Mutiara, Benang, Kain, Baju, Rantai, Seluar, Kasut

8) PERKATAAN ARAB YANG MAKNANYA TIDAK ELOK

Narul (neraka), Zaniah (penzina perempuan), Zani (penzina lelaki), Khinzir (babi), Zakar (kemaluan lelaki), Faraj (kemaluan perempuan), Wati (persetubuhan).

9) NAMA INDIA YANG TIDAK ELOK MAKNANYA

Ammakannu, Andayan, Annachi, BatumalaiBotha, Baby, Ettikkan, Idache, Idayan, Kalavani, Kali, Karuppan, Kathammah, Madasamy, Mottayan, Muthammal, Mukayi (Mookayee), Mooli, MachappuPapa, Prayasamy, Periyannan, Sadachi, Sigappi, Sinnayee, Sengan, Satan, Sembu Setty, Thambi, Kulli, Thangachi, Udukayee, Uthandy, ValuVellayan, Valoo.

10) NAMA CINA YANG TIDAK ELOK MAKNANYA

Hokkian:

Ah Chaw (ular), Ah Goo (kerbau), Ah Gong (orang gila), Ah Kooi (hantu), Ah Loo (keldai)

Kantonis:

Ah Seh, Ah Nyau, Sor Chai, Ah Kwai

Mandarin:

Ar Ser, Ar New, Ar Ngong, Ar Kwe, Ar Loo



Kalau kita tengok nama2 di atas, ada ke ibu bapa yang sanggup letak nama anak pelik2 ni. Sedih anak tersebut bila dah besar nanti. Janganlah buat anda sebegitu rupa. Berilah nama yang baik, supaya apabila maksudnya baik, maka anak tersebut juga akan sebaik namanya itu.

Akhir kata, kalau mahu menamakan sesuatu terutamanya orang berilah nama2 yang baik, walaupun setakat nama panggilan. Macam nama Burn, apahal tu? Atau itu terjemahan nama Bakar? Banyaklah nama2 panggilan yang tidak bagus. Kalau macam Tuah, bagus sangatlah itu, kan?

Wallahualam

~ini logo Asyraaf: Persatuan Kebajikan Asyraaf Malaysia,
untuk golongan Syed/Sharifah~

p/s:
1) exam ada lagi seminggu lebih sedikit sahaja, cuaknya dah tiba!
2) kami tidak rasist, cuma sayang bangsa sahaja
3) ramai permbaca keliru dengan post2 sebelum ini mengenai si dia, sebenarnya si dia bermaksud motorsikal vespa, bukan orang (kecuali pada siapa yang tahu, huhu!)
4) rindu sangat2 dengan orang2 kat Terendak!


Sincerely by,



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Saturday, March 20, 2010

Kita Dan Kotak Bergambar

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Dalam filem atau siri television penonton diajar kalau mahu melupakan seseorang samada bekas kekasih atau kekasih gelap atau kasih yang tidak kesampaian, kita perlu mencari orang lain sebagai pengganti.

Dan, selalunya watak utama yang buat macam itu tapi akhirnya dia dapat juga seseorang itu kerana mereka berdua telah di’takdir’kan untuk bersama.

What the fish!

Kemudian, kita juga diajar untuk mendapatkan sesuatu atau seseorang kita perlu berkorban segalanya, apa sahaja semata2 untuk mendapatkannya, terutamanya seorang awek.

Dan, macam2 lagi sesebuah filem atau siri tv itu mengajar kita penontonnya, bab cinta terutamanya cerita orang bermata sepet dari Jepun dan Korea (not that I watch).

Itu baru filem atau siri tv, kalau novel lagila (lagi gila).

Sebab berlambak sangat novel cinta, dulu2 pun Tuah ada baca novel cinta yang mana tiada perkataan cinta pada tajuk judulnya.

Novel2 Melayu zaman Tuah sekolah menengah majoritinya adalah novel cinta.

Gayanya seperti sudah tiada lagi cerita lain pula.

Tapi, Tuah ada juga baca novel non-cinta.

Memang seronok baca novel cinta di zaman sekolah dahulu, memang segan nak mengaku depan kawan2, tapi kerana minat yang mendalam dalam membaca novel terpaksa korbankan juga ke’macho’an masa itu.

Tapi, masa itu tidak tahu betapa seksa rasanya cinta, cuma boleh mengetahuinya sahaja, tidak merasainya.

Pada masa itu, yang Tuah tahu ialah cinta bukan sekadar pada teman sejenis atau awek tetapi juga kepada anggota keluarga, rakan taulan, agama dan negara.

Well, itu semua sebab Tuah dahulu bersekolah di sekolah semua lelaki, jadi tidak terfikir langsung pasang awek2 ni.

(Nasib baik tidak jadi homo)

Apa yang Tuah cuba nak sampaikan pada post ini ialah ntah.

Haha.

Ni bkn Tuah yg tulis ye, tp org lain. Tuah tak bape tenang skrg sbb dia nk exam lg 2 mggu, huhu.

Dia tgh cuak skrg ni. Tlg doakn kjyaan dia ye, cuak gila ni.

Konklusi pd post ni Tuah kt jgn sibuk becinta skrg, blajar dlu smpi abes (mksdny smpi grad, dpt 1st degree) br pikir pasal cinta2 o’ kawen2 ni, kata Tuah.

So, enjoy yr life, hv a break n hv a kitkat. Hehe.

Wallahualam.
~Tuah layan 22 jenis tv series, wow!~

p/s: 5-8 April mendatang ada ujian pertengahan tahun untuk angkatan 2008 dan 2009 Fakultas Kedoktoran Universitas Padjajaran. Wish us all luck.

Sincerely by,



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Tuesday, March 16, 2010

Pada Semua Bakal Pengantin

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Hari ini bertarikh 16 Mac, bersamaan dengan hari lahir ayahanda Tuah yang tercinta, Abdul Hamid Bin Haron. Maka dengan ini, Tuah nak mengucapkan selamat hari lahir yang ke-57 (kalau ikut kad pengenalan) buat beliau. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa di dalam rahmat dan perlindungan Allah. Juga semoga sentiasa berbahagia disamping isteri dan anak2 tersayang (kecuali Tuah di sini). Amin.

****************************************************************************************************************

Ada sekali masa tengah duduk berbual dengan ummi Tuah, cerita pasal sepupu Tuah kahwin atau pasal budak2 perubatan, tiba2 ummi tanya ada tidak sharifah dalam kelas Tuah. Masa itu ketika belajar di Unity College (City Univercity College sekarang). So, Tuah jawab ada seorang, tapi dia buat pra-perubatan, Tuah buat foundation science.

Lepas itu ummi tanya lagi, lawa tidak? Perangai baik tidak? Dan yang terakhir ummi tanya berkenan tidak? Bagi seorang lelaki macam Tuah masa itu jawab lancer sahaja; lawa juga, perangai tidak berapa kenal tetapi macam baik sahaja, dan tidak pasti berkenan atau tidak. (Pada yang rasa mengenali budak tersebut tolong jangan cerita benda ini pada dia, please!)

Ummi pun apa lagi, disuruhnya Tuah untuk berkenalan lebih rapat dan kalau boleh ikat terus. Sebab katanya, susah nak cari sharifah yang mahu jadi doktor ni. Lagi pun ummi memang mahukan menantu seorang professional, tidak mahu menantunya menjadi suri rumah sepenuh masa, macam dia.

Tuah yang terkedu masa itu menjawab ringkas sahaja, kalau bakal isteri nanti belajar medic tapi tidak jadi doctor boleh? Ummi kata jangan menyiksa anak dara orang macam itu. Penat2 dia belajar tinggi2 kemudian suruh memerap sahaja di rumah. Tuah bagi alasan pula yang Tuah lebih suka kalau anak Tuah yang jadi doktor suatu masa nanti, bukan isteri Tuah. Then, Tuah tukar tajuk perbualan, kerana tidak mahu lawan cakap ummi lagi.

So, setakat ini tiada lagi sharifah yang bakal belajar perubatan yang Tuah minat. Pertamanya sebab tidak pernah lagi jumpa. Yang keduanya Tuah tidak berminat beristerikan doktor, maka Tuah tidak mencari pun. Bukan tidak berminat pada doktor perempuan tetapi tidak mahu beristerikan orang2 yang kariernya sibuk.

Tuah tidak keberatan jika isteri Tuah mahu berkarier tetapi janganlah kerja yang sentiasa sibuk. Cukuplah Tuah seorang yang sibuk sebagai doktor nanti (insyaallah, amin). Sebabnya, jika kedua2nya sibuk siapa pula yang akan memerhatikan anak2 (insyaallah, amin) ketika mereka membesar. Ada yang kata serahkan pada orang gaji, senang dan ramai sahaja anak yang cemerlang walau kedua ibu bapa bekerja.

Memang benar tetapi rasanya lebih ramai yang cemerlang itu hanya dalam pelajaran, bukan mental, rohani dan akhlaknya. Adakah kita mahu anak kita mengenal kita melalui gambar semata2 atau sebagai the real person? Memanglah fardhu ain bagi setiap manusia untuk belajar tetapi dalam konteks mengejar yang lebih penting dari yang penting maka adalah tidak digalakkan untuk wanita bekerja di zaman ini.

Di zaman yang mencabar buat ibu bapa untuk melahirkan mujahidin masa depan serta jambatan kepada kebangkitan Islam ini, tidak sepatutnya dipandang ringan perhatian yang tidak berbelah bagi dari ibu bapa terutamanya ibu yang juga mampu menggoncang dunia tanpa menumpahkan keringat dan darah seperti mana wajibnya seorang lelaki untuk berjuang di medan juang, mencari nafkah dan berjihad dijalan Allah s.w.t.

Tugas utama seorang isteri adalah menjaga kebajikan suami dan anak2, kemudian barulah bersama2 suami berjihad dijalan Allah s.w.t.. Tidak boleh disamakan peranan seorang wanita sebelum dan selepas kahwin sepertimana peranan lelaki yang sama sejak baligh sehingga syahid mempertahankan maruah diri, keluarga dan agama masing2.

Ramai dikalangan wanita kini yang lebih mementingkan kepuasan hati berbanding tanggungjawab menjaga kebajikan keluarga. Adakah mereka kini telah dibutakan dengan kepuasan dunia yang memerlukan wang dalam apa juga hal? Adakah tidak cukup gaji suami untuk menampung hidup berkeluarga menjadikan mereka susah? Jadi, solusinya adalah isteri bekerja membantu suami mencari nafkah? Hakikatnya ramai yang mahu merasakan hidup yang lebih mewah, bukan lebih mudah.

Ada yang mengatakan pasangan suami isteri perlulah saling bantu membantu dalam menjaga kebajikan keluarga. Tetapi, kalau isteri pulang lebih lewat daripada suami dan langsung mahu berehat, maka siapa yang akan melakukan kerja rumah?. Lalu ada yang mencadangkan si suami yang perlu membantu melakukan kerja rumah yang sepatutnya si isteri buat jika tidak bekerja seperti memasak, mengemas rumah menyiapkan dan menghantar anak ke sekolah.

Apa hal ni? Adakah perkara yang tujuannya untuk membantu si suami menjadikan suami pula mambantu si isteri? Tuah akui dalam rumah tangga perlulah bantu membantu antara suami isteri tetapi dalam situasi sebegini tidak nampak kelebihan sinergis antara keduanya.

Kemudian ada pula yang mengatakan boleh sahaja mencari pembantu rumah bagi menyelesaikan kerja2 rumah. Tuah dan bapa Tuah tidak bersetuju dengan pendapat ini. Bagi kami, adalah tidak selesa jika ada orang luar yang wujud dalam rumah sendiri. Memanglah dia dapat membantu meringankan kerja si isteri tetapi bukan menggantikan isteri, yang menggantikan pula si suami bekerja.

Sebelum suatu pasangan itu menentukan sama ada si isteri perlu bekerja atau tidak, mereka perlu benar2 memikirkan adakah kelebihan lebih banyak dari kekurangan jika si isteri bekerja, pada urusan keluarga, anak2 sekarang dan di masa depan. Bukan langsung tidak boleh bekerja tetapi jangan yang sentiasa sibuk sehingga perhatian pada anak2 terabai.

Sesungguhnya perhatian terhadap anak2 bukan sahaja penting dari seorang ibu sahaja malah seorang bapa. Jika seorang ibu sibuk sehingga perhatian pada anak2 kurang maka bolehlah si ibu berhenti kerja atau mencari kerja yang kurang sibuk. Tetapi kalau si bapa? Pandai2lah mencari ruang untuk bersama keluarga. Jangan dibiarkan si isteri keseorangan menjadi ibu mithali.

Akhir kata, Tuah bercakap ini berlandaskan pengalaman Tuah melihat bagaimana ummi Tuah mendidik kami 7 beradik sehingga semuanya berjaya ke menara gading dan menjadi insan yang bukan calang2 insan. Semoga anak2 kita juga berjaya seperti adik2 beradik Tuah berjaya.

Wallahualam.

~isteri mithali: benarkan polygami,
kalau suami berkelayakan?~

p/s:
1) Jangan marah ye kawan2 medic perempaun sekalian, ini sekadar pendapat. Kalau tidak bersetuju sila beri pendapat dan teguran pada Tuah, insan yang lemah dan hina di sisi Allah ini
2) Sekali lagi diharapkan agar mereka yang mengenali sharifah di atas tidak menceritakan post ini pada dia, minta sangat2
3) Alhamdulillah, Tuah tidak lagi seperti ‘pungguk rindukan bulan’ sekarang, sejak ‘ia’ menimpa Tuah lebih setahun lepas. I’m not over her, but I’m cool now.
4) sudah2, LI embryo musculoskeletal tak sempurna lagi, erk...


sincerely,




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Thursday, March 11, 2010

Tuah Berfal'sampah'

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Setiap perkara yang alami, normal, fitrah akan berlaku seperti biasa, secara alami, dianggap normal kerana mengikut fitrahnya. Sebaliknya, benda yang tidak alami, abnormal, bukan fitrah juga akan menjadi alami, normal, fitrah jika berlaku seperti kebiasaannya ia berlaku.

Tetapi, benda yang alami boleh menjadi alami, benda yang normal boleh menjadi abnormal, benda yang fitrah boleh menjadi tidak mengikut fitrah dan sebaliknya, jika ada sesuatu yang memulakan, menjadikan, yang triggered sesuatu itu untuk berlaku. Faham tidak ni?

Tuah pun tidak berapa pasti dengan falsafah yang Tuah cuba utarakan ini. Sebabnya, Tuah masih lagi berada dalam proses percubaan dan ujikaji bagi membuktikan falsafah ini. Tuah buat sendiri benda ini bukan kerana sengaja mahu membuat falsafah, malah tidak tahu nak buat pun atau mengujunya, tetapi Tuah kini berada dalam keadaan yang wujud dalam proses ujikaji atau percubaan tersebut.

Mari Tuah terangkan lebih lanjut. Sejak akhir2 ini tahap ibadah Tuah dan kawan2 telah Tuah perhatikan. Maka, apa yang Tuah lihat, setiap dari kami ini selalu naik dan turun dalam beribadah. Ada yang lebih banyak menurun, ada yang lebih banyak menaik. Jadi, ketika menaik atau menurun tersebut Tuah cuba perhatikan apa yang menyebabkan berlaku kenaikan dan penurunan itu.

Dalam beberapa minggu ini, dapat Tuah perhatikan penurunan kuantiti ibadah kami ini adalah disebabkan oleh sesuatu, di’trigger’ oleh sesuatu. Contohnya, ada yang mahu melakukan solat asar secara berjemaah di masjid, tetapi kerana tuntutan nafsu yang mahu bersukan, maka mereka telah keluar dari fitrah untuk berjemaah dalam solat untuk melakukan sesuatu yang bukan fitrah iaitu solat bersendirian.

Contoh yang lain, ada yang hatinya telah terpikat pada seorang rakan sejenis, lalu sentiasa terkenangkan orang tersebut. Hati mereka kurang khusyuk lagi dalam beribadah. Semakin lama, hati mereka kurang patuh pada tuntutan fitrah untuk melakukan ibadah seperti membaca Al-Quran, Al-Hadith atau Al-Matsurath, tetapi lebih berkehendak untuk membaca sms atau status ym dan facebook orang tersebut.

Adapun contoh yang sebaliknya pula seperti seorang kawan Tuah yang tiba2 merasakan segala yang dilakukannya terasa begitu susah, semua ujian yang dihadapinya terasa sangat susah untuk dihadapi, kini mula berubah untuk lebih rajin beribadah. Dia lantas menyediakan jadual hariannya yang mana dilebihkan masa beribadah lebih dari masa berehat, bersukan dan berhibur.

Tuah ada 2 orang kenalan yang mengalami perkara yang sebaliknya berlaku pada mereka. Seorang baru dilantik ke jawatan pemimpin persatuan dan seorang lagi baru sahaja melepaskan jawatan sebagai pemimpin persatuan. Apa yang berlaku pada mereka?

Yang baru dilantik ini dahulunya seorang yang agak malas untuk solat di masjid tetapi tidak menolak untuk diajak berjemaah di rumah. Yang seorang lagi memang selalu hadir dalam kuliah2 maghrib dan subuh. Tetapi, selepas masing2 melalui perlantikan dan perlepasan jawatan mereka berubah.

Yang baru dilantik langsung rajin menjaga solat berjemaah, maklumlah persatuan yang dipimpin bercirikan agama. Yang seorang lagi tidak lagi kelihatan dalam majlis2 ilmu itu lagi. Alhamdulillah solat berjemaah di masjid masih lagi dapat dikekalkannya. Apa yang telah berlaku pada mereka?

Sesuatu yang berlaku dalam hidup bukanlah sesuatu yang dirancang oleh kita tetapi oleh Allah rabbuljalil. Mungkin apa yang cuba dilakukan pada kita adalah sebagai pedoman dan contoh kepada orang lain di sekitar mereka, dan mungkin juga sebaliknya. Yang penting ialah bagaimana kita bertindak balas dengan setiap yang berlaku.

Macam Tuah sendiri pernah mengalami penurunan kadar ibadah hanya kerana seorang perempuan. Perempuan tersebut bukanlah seorang yang social atau seksi atau biasa2, tetapi dia adalah idaman bagi setiap muslimin, contoh isteri solehah. Oleh sebab terpedaya dengan sikap dan sifatnya maka Tuah menjadi tidak keruan jadinya. Tapi, sekarang Tuah sudah dapat mengawal hati. I’m over her.

Apa yang Tuah merepek sekarang pun tidak Tuah tahu. Yang pasti, kalau kita nak sesuatu kita perlu korban sesuatu. Maka jangan pula dikorbankan sesuatu yang baik untuk sesuatu yang tudak baik, tetapi sebaliknya. Pastikan yang apa yang kita buat adalah betul atau bersedialah untuk bertaubat, atau pun bersedialah untuk menghadapi siksaan yang telah dijanjikan Allah s.w.t.

Akhir kata, mulakanlah harimu dengan doa, diisi dengan doa, dan diakhiri juga dengan doa. Semoga kita berada dalam golongan orang yang akan ditempatkan di dalam syurga Firdausi nanti. Amin.

Wallahualam.
~Logo Bandung: Bandung Bermartabat~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Sunday, March 7, 2010

Buku Harry Potter Yang Baru

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Pada Ahad minggu lepas Tuah ada beli buku Harry Potter yang baru, tapi tajuknya lain sedikit:

HARRY POTTER AND THE KUFR OF MAGIC AND THE EVIL OF IT
(yang sebenarnya: The Kufr of Magic and the Evil of Harry Potter)

Berdasarkan tajuknya pasti penulisnya juga bukan J.K.Rowling tapi Al-Ustadz Abu Hamzah Yusuf Al-Atsari. Dan, penerbit novel ini ialah tooBAGUS Publishing, bukan Bloomsbury macam novel siri Harry Potter yang lain.

Buku ini diterbitkan bukanlah bertujuan untuk menyambung siri novel Harry Potter yang ke-8 mahupun untuk menggalakkan, menyokong atau mengutuk sekeras2nya penerbitan novel tersebut. Tetapi, tujuannya adalah untuk menjelaskan kepada masyarakat terutamanya ummat Islam tentang hakikat sihir dan kedudukannya dalam Islam. Serta, untuk menjelaskan penipuan2 dan pembohongan yang ada dalam novel tersebut.

Pada Tuah, setiap peminat atau kipas susah mati (die hard fan) novel atau filem Harry Potter perlu ‘mendapatkan’ buku ini untuk menjernihkan dan memulihkan kembali fikiran mereka yang terpengaruh dengan cerita yang dibawakan penulisnya, J.K.Rowling (kalau ada yang terpesonglah)

Macam Tuah sendiri, tidak perlulah bantuan buku ini kerana sebelum Tuah memulakan pembacaan novel tersebut Ttelah diterapkan di dalam hati Tuah bahawa semua isi novel fiksyen ini adalah rekaan, nama pun fiksyenk, rekaan. Tiada satu pun yang betul yang boleh dijadikan pedoman melainkan benda2 yang dinyatakan adalah selari dengan syarak.

Contohnya, ada 3 Unforgivable Curse dalam dunia magic Harry Potter ini, iaitu Imperius Curse untuk mengawal setiap perbuatan dan fikiran, Cruciatus Curse untuk member penyiksaan yang amat sangat, dan Killing Curse untuk membunuh. Siapa yang melancarkan salah satu Curse ini akan ditempatkan di penjara buat selama2nya. Bukanlah bermakna hokum penjara itu yang selari dengan syarak tetapi hukuman yang paling berat dalam dunia magic tersebut diberikan pada pelaku ketiga2 Curse tersebut.

Tetapi, memang ada banyak benda yang sesat dan menyesatkan dalam novel tersebut. Contohnya Apparation. Mustahil bagi manusia untuk untuk berpindah ke suatu tempat yang jauh jaraknya dengan kadar yang begitu cepat tanpa bantuan teknologi moden atau teknologi jin dan syaitan. Kerana hanya mereka sahaja yang boleh melakukannya. Mungkin ada yang mengimpikan untuk melakukannya tapi tidaklah sampai terbawa2 sehingga memaksa diri untuk megikut telunjuk jin dan syaitan.

Jangan kata Harry Potter, banyak lagi cerita yang tidak logik dan masuk akal malah sesat dan syirik yang ada di pasaran novel mahupun filem. Cerita2 dan novel2 dari Malaysia dan Indonesia juga ada yang begitu. Tetapi, tujuan penerbitan bahan2 tersebut bukanlah untuk menyesatkan atau mensyirikkan Allah tetapi untuk sebagai hiburan sekadar luar dai kebiasaan.

Maksudnya, kalau cerita percintaan, kematian, peperangan, kehidupan seorang ayah atau ibu mahupun kisah seorang pejuang yang normal sudah banyak dan berlambak di pasaran. Bagi Tuah sendiri agak bosan dan muak dengan cerita2 sedemikian. Maka, mereka yang seperti Tuah ini akan mula mencari alternative lain untuk member hiburan pada hati, seperti novel Harry Potter ini.

Tetapi, sebelum memulakan pencarian dan menikmati hiburan2 tersebut perlulah dalam hati itu wujuk rasa taqwa dan ketaatan pada Allah dan rasul-Nya, serta keimanan yang teguh agar tidak langsung terpengaruh dengan anasir2 dan dakyah2 yang sesat yang wujud daripada sumber2 hiburan yang sebegitu. Siapa yang tidak bersedia jangan pula mahu ‘menggatal’ nak ‘menceburi’nya pula, itu yang sesat nanti.

Akhir kata, jagalah diri masing2, keluarga masing2 dan kawan2 masing2. Kalau kita rasa kita dah betul maka buat, kalau tidak betul maka buatlah yang betul. Jangan pula halalkan yang haram dan haramkan yang halal. Itu sesat namanya. Gunakanlah Al-Quran dan Ass-Sunnah sebagai pedoman dan pegangan.

Bak kata Tuah, kubur masing2 berasingan; kubur kau kubur kau, kubur aku kubur aku. Kalau kita boleh berada dalam kubur yang sama maka bolehlah tolong jawabkan nanti, kan? Jadi, sebab kubur berasinganlah maka kita perlu tolong betulkan dan nasihatkan orang lain semasa di dunia ini lagi, sebelum masuk ke kubur masing2.

Wallahualam.
~rindu nak baca novel Harry Potter~

p/s:

1) buku Harry Potter ini cuma ada 219 muka surat tapi memerlukan masa seminggu untuk dihabiskan. Kalau novel Harry Potter yang paling tebal (Harry Potter and the Deathly Hallows) yang ada 680 lebih muka surat Tuah boleh tamatkan dalam 4-5 hari sahaja!
2) Bilalah filem Harry Potter and the Deathly Hallows nak keluar ni? Dah lama menunggu ni.
3) tidak tahan dengan kawan perempuan yang PMS, asyik nak marah dan beremosi sahaja. Bagaimana kalau dah kahwin nanti, setiap bulan perlu mengadap, setiap hari selama seminggu pula tu. Aduh!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

Wednesday, March 3, 2010

Kau Jumpa, Kau Suka, Kau Takluk...Hatiku

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Hari ini bertarikh 3 Mac, bersamaan dengan hari lahir abang kepada Tuah, Almalik Azlan. Maka dengan ini, Tuah nak ucapkan selamat hari lahir yang ke-25 buat beliau. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa di dalam rahmat dan perlindungan Allah. Dan, dapat jodoh segera, hehe. Amin.

****************************************************************************************************************

Siapa pernah dengar ayat ini:

VENI VIDI VICI,

maksudnya:

AKU DATANG, AKU LIHAT, AKU TAKLUK?

Ini merupakan ayat popular yang biasa disebut apabila bercerita mengenai Gaius Julius Cezar. Dia merupakan seorang diktator yang terkenal di zaman Empayar Rom dahulu. Pada zaman tersebut, kalau tidak silap, Rom telah menguasai 1/3 dunia, lebih separuh bertambah ketika di bawah kekuasaan dia.

Tapi, empayar yang dibangunkannya musnah di zaman anak saudara dia, Julius Augustus Cezar a.k.a. Octavius. Ada sumber sejarah mengatakan sebab keruntuhan ini ialah seorang perempuan bernama Cleopatra, seorang permaisuri Mesir ketika itu, yang juga menjadi perhatian ketua tentera empayar Rom ketika itu, Mark Antony. Memang terbaiklah Tuah boleh ingat sampai sekarang semua ini.

Kalau tengok kes Napolean Bonaparte, seorang emperor di Perancis dan raja di Itali, sebab kejatuahan empayar dia juga ialah kerana seorang perempuan, kalau tidak silap nama dia Marie Louise dari Austria.

Kalau tengok pemimpin2 dunia yang lain macam Alexander The Great, King Henry VIII, Hercules dan lain2 juga jatuh atau mati di sebabkan oleh perempuan. Cuma dalam kes King Henry VIII dan Napolean Bonaparte mereka lebih mengejar untuk mendapatkan keturunan, maka berlaku konflik di situ. Kalau kes Alexander dan Hercules di sebabkan oleh kecemburuan isteri atau pasangan masing2.

Cuba tengok sebab berlakunya perang antara Troy dan Greek, juga kerana seorang perempuan. Oleh sebab berlakunya perang itu, Troy hancur lebur, langsung tiada tinggalan yang boleh jadi bukti jelas kewujudan kota tersebut. Memang dahsyat perang tersebut, hanya keranan seorang perempuan.

Nampak macam semuanya salah perempuan.

Tapi, hakikatnya, lelaki2 itu juga turut bersalah. Kalaulah tidak terpengaruh dengan pujuk rayu dan godaan perempuan2 tersebut maka tidak berlaku kemusnahan dalam karier mereka masing2. Even Nabi Adam a.s. juga terpengaruh dengan godaan Hawa. Betapa besarnya pengaruh seorang perempuan.

Dewasa ini, banyak masalah sosial yang nampak macam berpunca dari lelaki atau perempuan. Namun, sebenarnya, dua2 yang bersalah. Jangan hanya tahu menuding jari tapi kesalahan sendiri tidak disedari. Semut di seberang nampak, gajah depan mata tidak kelihatan di pandangan. Macam biasa ummi Tuah kata, kekotoran belakang telinga orang sahaja yang kita nampak, sendiri punya tidak pula.

Maka, cermin2lah diri, sebelum melihat salah orang lain. Bukan tidak boleh untuk menegur sesama manusia, tapi janganlah menjadi seorang hipokrit, yang hanya pandai berkata2. Kalau boleh sebelum proses menegur orang berlaku pastikan kita tidak melakukannya, atau kita telah mula untuk tidak melakukannya.

Contohnya, macam seorang daie di tempat Tuah belajar ini yang sibuk membicarakan tentang betapa haramnya ber’couple’. Tapi, dia sendiri tidak menjaga tingkah laku dan adab pergaulan sehingga pernah ditegur namun tidak juga berubah. Kalau dia baca post ini, tolong ubah ya, Tuah tidak mampu menanggung ‘seksa’ mangganinya lagi, tergoda juga nanti pula, wakaka.

Akhir kata, tepuk dada, tanya iman. Sendiri mahu ingatlah. Semoga kita semua berada di jalan yang lurus selamanya, dan tergolong dalam kalangan orang yang diredhai Allah dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya yang maha nikmat.


~dia yang bernama Gaius Julis Cezar~

Wallahualam.

P/s:
1) kerja lab aktiviti untuk Jumaat tidak siap lagi, boleh pula buat post baru ini, haha.
2) ada kawan Tuah yang mahu berkahwin bulan depan. Moga termakbul dan kekal bahagia sepanjang hayat.
3) bila pula giliran Tuah ni? Lama lagi rasanya, tidak bersedia lagi ini, calon sudah ada, haa.
4) ada yang minta dibuat sambungan post 'Tuah Nak Kahwin Dengan...', Sudah siap, cuma akan di terbit pada post yang ke-200 nanti, hehe.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.