Thursday, January 28, 2010

Wawasan 2010 Oh Melaka

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Akhirnya tiba juga tahun 2010. Tuah memang menunggu2 tahun ini. Sebab negeri Melaka ada slogan yang perlu di’tunai’kan iaitu Melaka Maju 2010. Tapi, banyak juga negeri lain yang kata nak maju juga 2010 ni. Mungkin negeri2 ini akan nampak maju pada hujung 2010.

Untuk tahun 2010, Melaka akan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) ke-14 buat pertama kalinya. Malangnya, Tuah tidak dapat bersama dengan seluruh rakyat negeri Melaka menganjurkannya kerana ianya dijalankan pada bulan Jun.

Bukan sahaja tiada cuti pada masa tersebut malah Jun merupakan bulan yang mana saban tahun akan berlangsungnya peperiksaan akhir bagi kami siswa FK UNPAD. Nampak sangat tiada rezeki Tuah nak bersama2 meraikannya. Tidak mengapalah, sukan SEA tahun depan akan dijalan di Indonesia, mintak2 Tuah ada masa lapang pada masa itu.

Berbalik semula kepada slogan Melaka Maju 2010, pada tahun ini Melaka akan mempunyai lapangan terbang antarabangsa sendiri di Batu Berendam. Jadi, bolehlah Tuah balik Malaysia langsung ke Melaka, dari Jakarta ke Melaka. Sebelum ini hanya ada Jakarta-KL atau Bandung-KL. Lagipun lapangan terbang tersebut Cuma 5-10 minit sahaja daripada rumah Tuah.

Katanya juga, Melaka akan ada sistem monorail seperti yang ada di KL. Tapi, janjinya hanya untuk sekitar bandar Melaka sahaja. Tambahan pula, negeri ini juga akan ada sistem perkhidmatan bas seperti RapidKL, bertujuan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di bandar Melaka yang semakin lama semakin teruk.

Buat masa ini hanya 2 benda itu sahaja yang baru akan ada di Melaka pada tahun ini. Maklumlah, Melaka kan negeri kecil sahaja, terletak pula jauh dari Kuala Lumpur. Melaka perlulang bangun sendirian ditambah dengan ketiadaan hasil bumi yang boleh diniagakan seperti timah di Perak atau petroleum di pantai timur dan Sarawak mahupun hasil hutan seperti di Pahang atau Sabah.

Negeri Selangor contohnya begitu beruntung kerana Kuala Lumpur terletak di dalamnya, yang mana dapat membantu pembangunan negeri tersebut, kalau berdasarkan pemerintahan Barisan Nasional dululah. Namun, di bawah Pakatan Rakyat sekarang tidak tahu apa yang baru di Selangor.

Apa lagi yang patut ada di Melaka, atau kata lainnya apa yang Melaka tiada melainkan semuanya ada. Macam ada di Melaka. Tempat2 pelancongan seperti Eyes Of Malaysia, Eyes On Melaka dan Menara Taming Sari kini wujud di Melaka. Kompleks membeli belah yang diantara terbesar di Malaysia juga ada di Melaka iaitu Dataran Pahlawan MegaMall. Setakat Mydin ada 2 di Melaka, yang terbsesar di Malaysia salah satunya. Jusco juga ada 2, salah satunya juga terbesar di Melaka.

Dari segi sukan, Melaka ada 2 stadium negeri, Stadium Kubu atau sekarang dikenali sebagai Stadiaum Hang Tuah dan Stadium Hang Jebat yang letaknya 5 minit dari rumah Tuah. Komplek suka juga ada 2 di Melaka. Malah akan di tambah 1 lagi berhampiran Stadium Hang Jebat untuk digunakan pada SUKMA nanti.

Dari segi pendidikan, Melaka kini mempunyai Kolej Universiti Teknologi Islam bertaraf Antarabangsa. IPT milik penuh kerajaan negeri ini juga letaknya 5 minit dari rumah Tuah. Tapi, sekolah berasrama penuh di Melaka cuma ada 2, MRSM ada 2 sekolah agama kerajaan pusat ada 2, maktab perguruan ada 2 dan sekolah agama bertaraf antarabangsa ada 1. Katanya pada tahun ini bilangan tersebut akan ditambah.

Pendek kata semuanya ada di Melaka, termasuklah penjara yang terbesar di Malaysia seterusnya terbesar di Asia Tenggara, suatu yang menjadi igauan buruk bagi rakyat Melaka yang sebelum ini mempunyai sebuah sekolah ‘budak jahat’ iaitu Henry Gurney. Penjara ini juga letaknya 5 minit dari rumah Tuah. Haish, risau2.

Kesimpulannya, walau negeri Melaka ini kecil namun macam2 benda boleh wujud di sini. Bak kata orang Melaka, kecil jangan di sangka kecik, besar jangan disangka besau. Cukai pun yang terbanyak diberikan kepada kerajaan pusat adalah dari negeri Melaka.

Jadi, Tuah ingin bertanya anda semua adakah ini ciri2 negeri maju yang anda fikirkan? Bagaiman pula ciri2 negeri atau negara maju bagi anda? Tuah juga ingin bertanya, apa lagi yang ada di negeri lain, yang berfaedah yang tiada di Melaka, yang boleh atau tidak boleh berada di Melaka? Fikir2kan.

Wallahualam.
~Melaka & Mohd Ali~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.