Saturday, April 30, 2011

Budak Sekolah Agama, Karkun & Pacaran

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Di zaman bersekolah agama dulu, ramai dari kalangan teman sekolah Tuah tidak berpacaran. Tapi, bukan sedikit yang berpacaran. Bukanlah trend di sekolah Tuah bila berpacar akan cerita pada kawan2. Dan, ramai yang cuba mengelak dari ketahuan teman2.

Yang ketahuan cuma jika terkantoi sedang menunggu bas di Melaka Sentral, sedang lepak2 atau makan di shopping complex, beli tiket wayang di Mahkota Parade dan sebagainya.Jadi, mungkin lebih ramai lagi yang berpacaran tetapi tidak ketahuan oleh Tuah dan rakan2.

Dalam ramai2 budak sekolah Tuah ada sekelompok jemaah yang terasing di dunia dakwah. Semuanya karkun atau tabligh. Selalunya mereka ini tidaklah mengasingkan diri dari orang lain, tetapi mereka yang merasa terasing atau memang mereka ini diasingkan oleh yang lain.

Yang bagusnya, tiada seorang pun dari mereka ini berpacaran. Jangan kata nak berpacaran, langgar peraturan sekolah seperti datang lewat atau keluar rehat lebih awal pun susah nak jumpa. Pendek kata, mereka ini merupakan antara insan2 yang sesuai dipanggil mantan pelajar sekolah agama.

Malangnya, ada beberapa teman Tuah yang karkun ini cuma karkun di sekolah. Maklumlah, ada suasana dan teman2 yang selalu mengingatkan sesama sendiri. Apabila ke institut pengajian tinggi semuanya membawa haluan masing2 , dan di sini bermulanya masalah dan perjalanan hidup mereka yang sebenar.

Ada yang kata sebab mereka ini datangnya dari sekolah satu jantina, atau pun dari sekolah agama. Maka, berlaku kejutan budaya ke atas mereka. Seperti teman2 yang lain, Tuah juga mengalaminya. Dulu, tidak kisah nak berdandan ke kelas, nak control macho dan sebagainya sebab semuanya lelaki. Geli atau gay rasanya kalau berbuat sedemikian di sekolah.

Tetapi, di IPT yang turut di huni oleh pelajar perempuan, kami mula berubah. Mula mengenal erti hidup sebagai remaja lelaki. Ada yang kata dah terlambat. Tetapi tidak bagi kami. This is the right time. Sebab zaman remaja adalah zaman mencuba sesuatu yang baru. Dan kami mula untuk matang di usia ini.

Namun, disebalik banyak nasihat dan pengajaran serta pelajaran yang kami dapati di sekolah dulu, ramai dari kalangan kami yang tersungkur. Dan yang paling menyedihkan ada antara yang tersungkur ini adalah mereka yang dari kumpulan karkun tadi. Kalau kena pada yang lain memang tak pelik pun bagi Tuah.

Bila di analisis semula, baru Tuah perasan apa punca kepada permasalahan ini. Mereka ini karkun hanya kerana ustaz, senior atau teman, bukan demi Allah. Maka, setelah tamat sekolah mereka tidak lagi rajin mengikut program2 tabligh samada yang harian, mingguan mahupun bulanan. Mungkin kerana merasa bosan dengan dunia dakwah ketika di zaman sekolah lagi.

Di IPT Tuah ini juga terdapat 2 karkun yang tidak lagi aktif. Seorang lagi perlu gesaan baru nak bergiat. Yang Tuah risaukan ialah yang seorang ini. Sibuk dengan pacarnya ke hulu ke hilir. Kalau dulu agak malu jika ketahuan Tuah, tetapi kini tidak lagi. Mungkin telah hilang malunya. Nauzubillahiminzalik.

Lepas baca satu artikel pasal susahnya nak ajak bekas pelajar sekolah agama ikut program dakwah, Tuah cuma tersenyum sendirian. Jangan kata orang lain, Tuah sendiri agak sulit untuk ikut flow mereka di sini. Banyak kurang dari lebihnya. Mungkin setelah Tuah cuba nasihat dari atas sampai ke bawah baru semuanya akan berubah seperti asalnya, insyaAllah.

Tetapi, untuk mereka yang tidak tahu atau tidak perasan, kebanyakan mereka yang bersekolah agama bukanlah atas kehendak mereka sendiri melainkan atas desakan keluarga. Seperti juga Tuah. Sebelumnya adalah bilis, tamat sekolah menjadi jerung. Sebelumnya nakal, selepasnya jahat dan macam iblis. Mungkin di situ masalahnya.

Wallahualam.




p/s:
1) buat mereka yang tertanya2, karkun tu orang yang ikut gerakan tabligh yang biasa dilihat berdakwah dari rumah ke rumah
2) buat teman yang malas nak kira, ni post yang ke 150 Tuah, jadi ada 50 lagi (150 sahaja? walhal sudah 4 tahun berblog ni, sangat tidak produktif langsung)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.