Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ummi, Ya ummi!

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Kalau ditanya bagaimana mahu memberitahu seseorang yang kita suka padanya mesti ramai boleh jawab. Kalau ditanya bagaimana mahu menegur dengan berhikmah mesti ramai juga yang boleh jawab. Dan, kalau ditanya bagaimana caranya menutup aurat samada lelaki atau perempuan tentu sahaja ramai yang boleh jawab.

Tapi, kalau ditanya, sebagai lelaki bagaimana mahu menegur seorang perempuan yang pakaiannya seksi, ketat,  tidak menutup aurat dalam erti kata sebenar, pasti susah hendak dijawab. Kenapa ya? Atau hanya Tuah seorang sahaja yang mengalaminya.

Pernah banyak kali Tuah menegur teman2 baik lelaki mahupun perempuan yang pakaian mereka tidak sesuai dengan keadaan. Kalau nak pakai seluar pendek, pakai dalam bilik sendirian bolehlah, jangan di padang bola, tempat umum. Kalau tidak mahu bertudung jangan keluar rumah, ramai lelaki bukan muhrim yang mahu melihat rambut anda. Tapi, Tuah juga yang kena balik.

Ada yang tidak mahu bertegur sapa lagi selepas insiden tersebut. Ada yang bermasam muka dihadapan kita, dan ada yang langsung mahu memutuskan silaturrahim dengan kita, tidak mahu berkawan lagi. Padahal, kadang2, orang yang kita tegur tersebut kita sayangi sangat2. Mungkin kalau orang tersebut tidak atau kurang kita kenali pasti agak susah untuk kita tegur, kan?

Jadi, pada sesiapa yang ada cara terbaik untuk menegur perempuan itu tolong bagi tahu. Tuah tidak tahan lagi melihat pakaiannya yang begitu menonjol. Tiada ke teman2 perempuan yang menegurnya? Tolonglah kami kaum lelaki yang lemah imannya ini.

**********************************************************************************

Sebenarnya nak buat post sempena hari ibu tapi tidak tahu nak tulis apa. Yang Tuah tahu nak cakap ini kat ummi:

Selamat Hari Ummi,

buat ummi yang tercinta,

seluruh cinta dan kasih diserahkan pada ummi,

keranamu ummi,

dapat anak2mu melihat indahnya bulan dan bintang,

dapat mengenal siapa Allah,

anak2mu semuanya khatamkan Al-Quran di usia yang begitu kecil,

anak2mu cemerlang dalam pelajaran,

sanggup berjauhan dari keluarga di Miri demi memastikan pendidikan agama anak2 ummi terjamin di Semenanjung,

anak2mu menjadi anak2 mithali dan menjadi kebanggan Bin Shahab dan Bin Idrus,

anak2mu menjadi manusia yang dihormati dan disegani bukan setakat saudara mara dan kawan2 tetapi juga sesiapa yang mengenali kami semua,

menjadikan Dil seorang manusia yang tabah dan sabar dengan ketabahan dan kesabaran yang ummi tunjukkan dalam melahir, membesar, mengasuh dan mendidik anak2mu sedari kecil sehingga kini,

dan juga dalam mengahadapi kerenah2 manusia disekitarmu yang tidak tahu malu mahu merendah2kan mu,

ummilah serikandi dalam hidup Dil,

yang sentiasa menjadi manusia pertama dalam hati,

pedoman buat ibu2 dan bakal2 ibu di luar sana untuk menjadi seorang ibu sejati,

hadiah terbaik buat Dil dari Allah sejak saat Dil dilahirkan.

Mungkin pada orang lain Dil anak yang taat pada ibunya, pada ummi Dil seorang yang degil dan keras kepala, tapi Dil telah cuba sedaya upaya untuk menjadi anak terbaik yang bukan sebarang ibu boleh dapat, walau terpaksa 'melawan' ketaatan Abang Eddy dan Abang Lan pada ummi. I've and I'll, as long as I live, be your greatest son. I promise. Happy Mother Day!

(Ok, nak kena stop ni, dah nak nangis dah...nak balik jumpa, peluk dan cium ummi!)

**********************************************************************************

Ni sajak Tuah buat masa suatu pertandingan puisi dahulu, ditujukan khas buat ummi:


Dialah ummiku,

embun penyejuk bagi jiwa yang hangat,

cahaya penerang bagi jiwa yang gelap,

pensyarah bagi jiwa yang kosong,

tanpa ijazah mahupun gelaran.

mengalunkan ayat-ayat cinta,

ketika cinta mula bertasbih,

ketika bersimpuh di atas sejadah cinta,

ketika bersemayam dalam mihrab cinta,

ketika cinta berbuah syurga,

ketika pudarnya pesona Cleopatra,

demi mencari redha dari-Nya,

Tuhan sekalian alam sekalian makhluk.


Apakah ketikaku,

sudah mengecap kebahagiaan dunia,

sudah bertimbun harta dunia,

sudah mencapai kejayaan menggunung,

apakah daku ingat pada ummiku,

guru pertamaku,

ustazah pertamaku,

guru besar pertamaku,

lecturer pertamaku,

dekan pertamaku di fakulti pertamaku,

apakah daku lupa akan janjiku pada tuhanku,

menjaga ummiku hingga akhir hayatku,

dikala suka mahupun duka,

ketika angin dunia menerjah laju,

tidak akan daku lupakanmu,

wahai ummiku,

ummiku yang satu

**********************************************************************************

Nak sambung buat kerja yang bertimbun atau ulang kaji pelajaran untuk peperiksaan akhir yang tinggal 28 hari lagi ni? Atau tidur awal dan bagun awal esok? Kelas penuh pula tu esok! Adoyai! Siapa yang suruh gatal2 ambil jurusan yang memnyibukkan ni? Hah?!

Wallahualam.
~Selamat Hari Ummi, buat ummi dan Aunty Ana~

Sincerely by,




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.