Saturday, November 7, 2009

Nak Sound Orang Ni!

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Macam mana nak pandai kalau tak belajar. Ustaz kat sekolah dulu selalu cakap pasal tawakkal. Katanya, kalau nak cemerlang dalam urusan dunia ini kena selalu bertawakkal kepada Allah. Tapi, di sebalik itu usaha yang banyak dan istiqamah juga penting untk mencapai kejayaan dalam sesuatu, termasuklah dalam pelajaran dan dakwah.

Sebenarnya Tuah bukan nak cerita pasal tawakkal mahupun exam walau baru tamat mid sem exam. Tapi, yang Tuah nak cerita ini bukanlah sesuatu yang disenangi oleh majoriti kawan Tuah. Sebabnya mereka2 ini pasti terkena. So, sesiapa yang terkena tolong maafkan Tuah. Tiada niat nak lukakan hati anda mahupun mencari ‘pasal’ dengan anda.

Tuah pernah ditegur oleh teman2 mengenai cara Tuah berpakaian. Dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Ada yang tegur ke arah yang lebih baik dan ada yang menjurus kepada keburukan. Memanglah kadang2 Tuah berpakaian agak tidak sesuai dengan keadaan atau tidak bertempat. Parents Tuah pun tegur. Memanglah tidak sesuai keluar rumah dengan t-shirt yang lusuh atau koyak sana sini. Masa tu zaman jahiliah lagi, so macam2lah yang Tuah pakai.

Tapi, sejak zaman renaissance lagi Tuah sudah tidak lagi berpakaian sedemikian. Dan sejak itulah Tuah mula ditegur kawan2 yang Tuah maksudkan awal2 tadi. Bukanlah Tuah ni pakar dalam berfesyen tapi pengalaman hidup di sekolah semua lelaki (some preferred to say ‘all boys’ but I like to use Bahasa Malaysia) memang banyak membantu Tuah untuk berpakaian mengikut kesesuaian.

Tambahan lagi, di sekolah dulu Tuah selalu bergaul dengan budak2 lembut yang mana telah banyak mengajar Tuah tentang dunia fesyen lelaki. Mereka bukan sahaja mengajak kepada metrosex tetapi termasuklah penjagaan imej sesuai dengan kredibiliti Tuah sebagai hot stuff di sekolah (lelaki semua!).

Tuah suka bersederhana dalam segalanya, so pakaian juga sederhana. Tidak suka yang menonjol dan ‘meletup’ bak kata kawan2 Tuah yang lembut tadi tu. Asalkan tidak memalukan diri dan tidak menarik perhatian orang lain sudah cukup bagi Tuah. Yang penting mengikut hukum syarak. Bukan setakat menutup aurat malah menutup segala sesuatu yang tidak perlu untuk Tuah tunjukkan.

Bagi Tuah, lelaki tidak susah untuk menutup aurat, kerana aurat mereka ini cuma dari belly button untill knee. Dan ada yang rasa aurat sampai ke buku lali. Lainlah kalau perempuan yang auratnya seluruh anggota badan melainkan muka dan pergelangan tangan ke jari. Suara mereka juga aurat, Cuma tidak ramai yang sedar atau buat2 tidak sedar.

Memang suara tu sepatutnya aurat pada mereka kerana kaum lelaki adakalanya tertarik pada suara mereka ini. Itu sebabnya kaum lelaki suka ajak berborak dengan kaum perempuan walau tidak ada isi perbualan. Kalau bab telefon tu tengok sahajalah couple yang setiap masa ber’gayut’. Tolong kawal suara anda wahai kaum Hawa kerana suara anda akan menaikkan nafsu syahwat kaum lelaki, selalunya.

Oleh sebab itu Tuah jarang berbual even bertanya khabar dengan perempuan kerana tiada kekuatan untuk meredakan nafsu tatkala mendengar suara mereka yang gemersik bagai alunan biola yang dimainkan Vannesa Mae. Kalau benda yang sangat penting baru Tuah akan berhubungan dengan perempuan. Kalau boleh Tuah hanya ym sahaja.

Maka, ada yang kata Tuah sombong atau garang. Memang kelakar apabila dengar dari kawan2 yang kata Tuah sombong mahupun garang. Kalau sombong tu ada dalam 10% betul tapi garang sangat tidak tepat. Jangan kata garang, marah orang pun tidak pernah. Tuah memang menyombongkan diri dengan kaum perempuan, baru boleh jadi hot stuff, haha. Bukan itu niat Tuah sebenarnya, cuma mahu kawal nafsu diri yang kuat mengganggu hati ini.

Kalau garang itu bukanlah Tuah sengajakan. Memang Tuah jarang senyum depan kaum Hawa, tapi kalau dengan lelaki siap bergelak sakan bukan main besar lagi. Tuah memang tidak garang apalagi pemarah. Seriously, anda pernah tengok Tuah marah di depan anda mahupun di blog ini? Memang tidak pernah sama sekali. So, macam mana nak jadi garang kalau tidak pernah marah, kan? Lawaklah anda semua!

Berbalik pasal ditegur oleh kawan2, memang Tuah tidak suka, tidak suka ditegur, hati batu! Ada yang kata Tuah tidak pandai nak matchingkan pakaianlah, tidak bertempatlah, dan ada yang tidak setuju dengan pendapat Tuah pasal cara berpakaian. Yang peliknya Tuah tidak berani nak tegur seorang perempuan ni pasal pakaiannya yang tidak bertudung dan lompong sana-sini, tapi dia selamba tegur Tuah tidak up to date.

Tuah bukanlah anti pakaian warna putih. Memang cantik kalau tengok peremuan berbaju kurung atau jubah atau kebaya putih. Cantik dan seksi. Itu masalahnya, pakaian warna putih sangat seksi pada wanita. Sudah bertahun pengalaman di sekolah ‘menonton’ kawan2 perempuan berbaju kurung sekolah putih. ‘Cantik’ sahaja. Nampak luar dalam. Itu ke yang mereka mahu?

Memang berpakaian cantik adalah hak asasi setiap manusia. Tapi, bukan yang memaksa kaum lelaki mencungkil mata apabila melihatnya. Memang apabila kaum wanita berpakaian seksi ramai lelaki yang minat padanya. Yang berminat hanyalah lelaki yang suka pada peremuan yang seksi. Kalau tidak seksi mereka sudah tidak berminat. Anda mahu lelaki yang begitu ke?

Cuba fikirkan apa yang Tuah cuba utarakan pada post kali ini. Tuah memang tidak pandai nak tegur directly, sebab setiap kali Tuah cuba mesti menimbulkan ketidak puasan hati mereka yang ditegur. Tuah cuba buat kebaikan, niat yang betul tapi cara yang tidak tepat agaknya, Tuah terima sahajalah. Moga ada manfaat untuk kita semua.

Wallahualam.

~ni fesyen juga, ada sesiapa yang nak cuba?~

p/s: kalau nak berak, berak dalam jamban, jangan berak dalam gelas! Kalau nak berdakwah, berdakwahlah ikut ‘tempat’nya, jangan berdakwah tidak ‘bertempat’, fikir2kanlah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

3 comments:

  1. TOLONG TUKAR BACKGROUND OR FONT COLOR! SEKSA NAK BACA! Bila dah tukar nanti bagi tahu okey?

    ReplyDelete
  2. Sorry lupa nak komen pasal artikel...
    Tengok Grey's anotomy E21 & E22 Season 5. Untuk makluman kawan2 Tuah, adik berTuah aku ni orang yg paling cool dalam family, satu2 nya cucu Tok Haron (atuk kitaorang belah ayah) yang Tok Haron mintak nak bela, paling susah nak dimarahi sebab cool sangat (dan jarang bagi reason nak marah kat dia),paling segak bila berfesyen dan one of the best leader my primary school ever had ever produce. Kalau korang kenal dia betul2 korang mungkin mintak dia jadi PM. Aku bukan cakap (tulis)begini sebab dia adik aku, tapi sebab aku kesian kat korang kerana tak manfaatkan peluang untuk berkawan dengan orang macam dia.

    Pasal korang yang suka pakai baju tak cukup kain, melunakkan suara depan lelaki bukan mahram, dulukan hati,awek,parent,dan kawan2 dari pada Allah, aku suka bersangka baik je(macam adik aku lagi sorang, abang kepada tuah)pada korang dan nak ajak Tuah bersama2 bersangka baik dengan korang dengan berkata "diorang cuma nak membuktikan hadis2 Nabi Muhammad S.A.W. tentang tanda2 hari kiamat, mengenai kerosakan umat di akhir zaman, adalah benar!" Wasalam.

    ReplyDelete
  3. salam,
    NANTI TUKARLAH, NAK TUKAR SEMLM, INTERNET XDE LAK,
    kenapa dgn greys e21 & e22?
    dah deletelah!
    komen terlalu pedas, harap sapa yg baca ada air di sebelah utk hilangkan pedas tu, huhu
    xdelah cool sgt, cuma sejuk je, hehe
    tp sume fakta tu btul, terutamanya bab rugi klu x kwn, coz i'm the best buddy in the world!

    p/s: to abg sulung Tuah, thanx 4 d comment

    ReplyDelete

Write a great comment, not the good one, thanks!