Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. atas limpah taufiq dan hidayahnya, Tuah masih lagi mengamalkan ajaran Nabi s.a.w., menyampaikan dan memberi peringatan. Dalam kesibukan beramal soleh kita selalunya melupakan akan nasib kaum kerabat dan kawan taulan yang tidak mampu untuk mengamalkan suruhan-Nya.
Kita hanya mementingkan diri sendiri, hanya mementingkan amal sendiri, mahu masuk syurga seorang diri. Walhal, jika belum sampai takat kita melebihkan orang lain berbanding diri sendiri maka kita belum lagi dikira beriman. Manusia terbaik sepatutnya memberi manfaat kepada orang lain. Bukan memberi mudharat.
Tuah selalu menyalahkan waktu, tidak cukup masa katanya. Padahal, dia hanya mempunyai masa untuk benda2 lagha, perkara2 maksiat. Kalau masa dapat kita urus dengan cemerlang maka kita tergolong dalam kalangan orang yang cemerlang, cemerlang menjaga masa, bukan masa menjaga kita.
Antara rutin Tuah yang bermanfaat selain amal ibadah harian adalah membaca akhbar harian dan menonton Buletin Utama di Tv3. Tidak mahu menjadi kawan2 yang hanya mahu disuap dengan isu2 semasa. Melangok sahaja bila ajak berbual pasal negara. Selain itu, hanya perkara yang merosak iman sahaja yang dilakukannya. Macam mana mahu menjadi sebaik2 umat.
Sebaik2 umat itu adalah mereka yang mengajak melakukan kebaikan dan mencegah berlakunya kemungkaran. Jangan kata nak mencegah orang lain, diri sendiri tidak terurus, tidak tercegah. Hanya tahu menurut nafsu serakah yang sudah mendaging dalam hati yang dahulunya suci, tetapi kini kian hitam, kian busuk. Tolong Tuah!
Bercerita mengenai mencegah orang sekitar daripada melakukan kemungkaran, ada yang kata kalau berdakwah dengan berkuasa ianya akan jadi lebih mudah, lebih berkesan dan lebih jitu. Benar ke? Tuah tidak percaya memegang tanggung jawab sebagai pemimpin dan pendakwah adalah senang. Tetapi, sukar tidak bermakna mustahil untuk dilaksanakan, hanya mereka yang berkelayakan sahaja yang mampu menjalaninya.
Antara ciri seorang pemimpin yang bagus ialah menepati janji dan masa serta teguh dan tetap pendiriannya. Mengenai tepat atau tidak keputusan itu dibuat adalah cerita lain. Yang penting tidaklah terlalu mengarut sesuatu keputusan atau pendirian itu.
Kini, Tuah sedang cuba untuk melatih diri kembali menjadi seorang yang teguh, tetap dan berterusan dalam berpendirian. Sifat yang pernah hinggap dalam diri Tuah suatu ketika dahulu ini telah lama meninggalkan dia. Mungkin sudah lama tidak mengetuai mahupun menganggotai sesuatu persatuan seperti yang dilakukannya di zaman mudanya di sekolah dahulu.
Bak puisi karya Tun Mahathir Mohammad dalam ucapan pergulungan sempena Mesyuarat Agung UMNO tahun berapa tidak ingat, bertajuk Melayu Mudah Lupa. Sesungguhnya bukan Melayu sahaja yang mudah lupa, tetapi semua manusia mudah lupa. 'Nyanyuk' agaknya setelah hidup yang kononnya lama.
Manusia kian lupa akan nikmat2 yang dikurniakan Allah s.w.t. terhadapnya, lupa akan suruhan-Nya untuk melakukan amal soleh, dan lupa akan tegahan-Nya daripada melakukan amal keji dan munkar. Sudah lupakah kita akan sumpah kita ketika di azali bahawa Allah tuhan yang disembah. Mengapa tidak diendahkan peringatan Dia?
Peringatan2 yang telah jelas dikhabarkan dalam kalam-Nya Al-Quran tentang amal kita di dunia yang sebentar sahaja lagi akan musnah. Tentang amal yang akan kita bawa untuk menghadap tuhan rabbuljalil. Jangan lupa teman2 sekalian. Ingatkanlah orang2 disekitar anda. Sesungguhnya anda hanya layak menjadi sebaik2 umat.
Wallahualam.
p/s:
1) Tuah join koir competition jumaat lepas, kelmarin tahu2 dapat no 2. Padahal orang lain berlatih 2 minggu dapat no 3, 4, 5 dan no 1 lah. Kitorang berlatih 2 1/2 jam sahaja. Alhamdulillah.
2) Malam penutup Bulan Persada Melayu Tuah buat 2 persembahan yang memalukan. Silat memang terang2 kantoi step. Itu pun hasil kerja last minute, training 1/2 jam sahaja, gila betul!
3) Persembahan ke-2 nyanyian 2 lagu, Relaku Pujuk dan Ghazal Rabiah. Memang teruk dan memalukan. Tahu suara tidak sedap nak perform juga. Tidak mahu lagilah lepas ini. Taubat!
4) Tuah nak join Permai'10 Bandung! Please, eh?!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
yes syukur2 putih menang gak,mula2 second,nanti kite lah first :p
ReplyDeleteps:azam tuh dah macam onh dengar mse filem dulu,amhu berlatih dari awal,haha.koir next yaer,start third yr,tros berlatih la.
salam,
ReplyDeletehakhak...
stiap benda nk buat mesti ada azam yg jauh lebih baik dr yg nk dibuat,
mcm pekse nk 4 flat je target,
even kita rasa mampu 3.9 je, hehe