Saturday, December 12, 2009

3G: Gila Geli Geleman

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Tengok orang kelilinga berpacaran menghamparkan kembali kenangan Tuah di zaman jahiliah dahulu yang juga sibuk nak berpasang2an. Almaklumlah, masa itu Tuah hotstuff, masih muda maka darah muda ini mahu cuba semua, mahu buat semua, mahu tunjuk power! Orang lain hendak berpacaran kita pun hendak juga.

Biasanya kalau masa dating apa yang dilakukan oleh pasangan2 seperti ini? Macam biasalahkan, nak jumpa setiap masa, lepak2, makan2, tengok wayang, dan kalau yang gila belajar siap belajar sama2. Baru namanya sehidup semati, sehati sejiwa seharmoni. Haha, memang mengarot masa itu.

Tetapi, rasa malu dalam diri masih ada. Malu pada teman, malu pada keluarga, malu pada orang sekitar dan lain2. Malu apa? Malulah orang tengok, lepas itu mengata, ‘diorang ni asyik berkepit sahaja setiap masa, tiada kerja lainkah? Tidak tahu halal haramkah? Tiada orang tegurkah? Mesti dah terlanjur ni. Mesti tidak cukup perhatian keluarga. Mesti ada krisis keluarga.’ Dan macam2 lagilah.

Malu itu memang sentiasa ada dalam diri. Tapi, kalau dah tidak malu, maka berbuat sesuka hatilah. (Al-hadis). Cumanya kemahuan itu sentiasa lebih kuat daripada rasa malu. Malu tapi mahu. Syaitan telah berjaya dalam usahanya untuk menyesatkan manusia. Nauzubillah. Jadi, kalau mahu dengan keluarga mesti kena sorok dari keluarga.

Macam Tuah, seorang pun dari ahli keluarga Tuah tidak tahu kisah hidup Tuah samada di sekolah, di asrama, di kolej mahupun di universiti, Sebabnya, Tuah bukan jenis yang suka berkongsi cerita dengan orang lain, apatah lagi rahsia. Memang penyimpan rahsia terbaik di dunialah Tuah ini. Cuma sebahagian yang sangat kecil sahaja yang Tuah akan bercerita dengan keluarga. Tidak suka orang tahu kisah suka duka, biar Tuah tanggung sendiri segalanya.

Kalau dengan awek pun Tuah tidak akan cerita rahsia. Tapi, kalau orang nak cerita rahsia atau nak luahkan isi hatinya ynag terpendam maka Tuah adalah pendengar terbaik. Kalau boleh bagi nasihat maka Tuah akan bagi, kalau tidak macam curah air ke daun keladi sahajalah. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Orang itu lega, Tuah tidak seksa apa2.

Cerita pasal sorok daripada keluarga ini, biasanya kalau pasangan yang betul2 seirus maka mereka tidak akan sembunyi2lah. Tapi, kalau yang tidak serius atau masih ragu2 dengan pasangannya maka mereka akan teragak2 untuk cerita. Kalau dah nak terserempak dengan keluarga cepat2 elak. Tuah tiada pengalamn tersebut pula.

Sebenarnya mereka yang berpacaran sebelum nikah adalah mereka yang mementingkan diri sendiri. Mereka hanya mementingkan hawa nafsu sendiri untuk berpacar, tanpa memikirkan balasan yang akan diterima oleh pasangannya nanti di akhirat. Balasan pada dirinya memang telah lama dilupakan.

Mereka juga tidak memikirkan akhirat dan azab di akhirat nanti. Tanpa memikirkan halal dan haram mereka sanggup bergelumang dengan dosa, terutamanya pasangan yang sudah melepasi batas dalam kain. Sudah terlambat baru nak menyesal. Sudah terlanjur baru nak berfikir. Sudah terhantuk baru nak terngadah. Nasi sudah menjadi bubur. Jemput2 sudah menjadi lempeng
Apabila menyedari tiada manfaat barulah nak bertaubat.

Kemudian, mula menyalahkan orang lain. Pada masa tersebut hilanglah segala kemanisan berpacar, hilang segala kegembiraan dan keseronokkan ketika berpeleseran dahulu. Sepatutnya dari mula dahulu lagi ‘berfikir sebelum buang’.

Insaflah wahai teman. Cinta dan hati hanya untuk Allah dan untuk yang sepatutnya, suami atau isteri kita nanti. Bersabarlah untuk sedikit masa lagi sebelum kahwin. Kalau sudah tidak mampu menunggu, sila kahwin sahajalah. Jangan lupa jemput Tuah. Sekarang memang merasa sangat nak makan nasi minyak. Jangan pula kahwin masa Tuah tidak bercuti. Tuah cuti sahaja maka buatlah majlis kahwin, eh?

Kalau tidak mampu nak kahwin, maka berpuasa sunatlah. Kalau tidak pun banyakkan amal soleh, ingat pada Allah banyak2 dan selalu. Ingat pesan Tuah. Bukan sahaja ‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia’, tetapi ‘Hidup Dan Mati Adalah Kerana Allah, Bukan Kerana Kekasih.

~sempat bergambar dengan Dr. Susanti Natalia Sirait,
ketika extramural di RSM Cicendo~
Wallahualam.

p/s:
1) harap2 tiada yang berkecil hati, Tuah cuma mahu anda menjadi hamba Allah yang lebih baik, selamat di dunia dan di akhirat...
2) post ini ditaip kerana Tuah dalam dilemma nak confess ke tidak...hati kata segerakan, takut terlepas, iman kata jangan, nanti menyesal...
3) tengah 'panas' dengan someone, banyak betul godaan syaitan pada Tuah sekarang!
4) best juga tulis postcript banyak ni, hihi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

4 comments:

  1. Salam,
    bab ketam batu ni memang seronok nak cerite. Ada yang kata kalau tak rase tak tahu. Aku dah tahu walaupun tak rase...percaya tak? Kawinlah dulu...Pasal confess perasaan kat awek tu baik takyah, kalau jodoh tak ke mana..dalam penjara pun ade orang menikah(malah di Kem PLKN pun ade!)Jadi baik simpan je cerite hati tu. dah nak kawin nanti baru mintak tangan dia (ask for her hand). Settle. kalau dah jodoh dia dgn orang lain, kite pun tak kan jadi penghalanhg atau pelambat jodoh si dia...kan? Tapi kalau rase terbuku kat hati bagi tahu family je. Macam mak aku( dan tuah) sporting abis. (cuma jangan harap nak kawin lagi tak dapat DR atau Dr.) Bab puasa sunat tu memang senang dicakap tapi susah nak buat terutama yang kuat nafsu(makan or else...) Jadi jalan lain adalah sibukkan diri dengan dakwah..nanti Allah jaga. Aku dah nak terkena dah dulu panahan setan CUPID ni tapi Allah selamatkan. So good luck!

    ReplyDelete
  2. salam,
    Dil terima nasihat tu sepenuh jiwa..
    tp xtahan ni, hihi

    ReplyDelete
  3. Akibat kalau confess-

    1) prmpuan tu x suka-kena reject- malu- tak tahu mana nak letak muka (kalau confess tak semestinya prmpuan tu tak akan melepas)

    2) prmpuan tu suka- 'terima' pengakuan (dan beri pengakuan balas? hurm) - mungkin x declare apa2 tapi prmpuan tu ttp akan terbayang2, terfikir2, yela org dah suka - bila dua2 tak kuat (andai kuat sekalipun, syaitan sntiasa ada utk melemahkan) - teruskan ke langkah seterusnya and so on and so on- boleh fikir sendiri kot apa akan jadi.

    Andai tak ada perancangan kukuh untuk menikah, let her be.

    Andai tahu keluarga tak bagi menikah, dan tak bersedia utk menghadapi halangan tu (either dgn pujuk parents ke apa) jangan berani nak kacau anak dara orang, sebab hakikatnya anda belum jadi lelaki kalau benda macam tu pun tak boleh nak handle (haha, dahsyatnya ayat nih)

    Lindungilah prmpuan tersebut dari diri anda sendiri, sebab perempuan, sekuat mana pun, akan lemah bila sampai bab2 cintan cintun ni

    Kesimpulannya, buatlah apa yang Allah suka dan jangan buat apa yang Allah tak suka.

    sekian terima kasih

    ReplyDelete
  4. salam,
    apsal sume komen pasal postcript je nih,
    insyaallah Tuah kawen dulu br couple..
    n Tuah percaya yg gurl tu not in to cuople b4 married but married b4 couple,
    dont worry b happy...hehe

    ReplyDelete

Write a great comment, not the good one, thanks!