Tuesday, March 24, 2009

Rindu Untuk Berbuat Kebaikan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Alhamdulillahi rabbil alamin. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Maha Pengasih dan Penyayang. Pemilik hari pembalasan. Kepada-Mu kusembah, dan kepada-Mu kupinta pertolongan.Tujukkanlah aku jalan yang lurus. Jalan yang Engkau beri nikmat kepadanya, bukan mereka yang dimurkaidan bukan pula mereka yang sesat.

Di keheningan subuh ini akhirnya dapat juga Tuah menahan rasa mengantuk yang menyelubungi diri. Akhirnya, dapat juga Tuah luangkan masa yang berguna di pagi hari untuk berpesan dengan kebenaran dan kesabaran. Sesungguhnya, Tuah dalam kerugian jika buang masa yang tidak tahu berapa lama lagi ada untuk terus meningkatkan amalan di dunia milik Allah ini.

Sepulangnya dari extramural di Hospital Hasan Sadikin Khamis lepas, Tuah banyak berfikir, terutamanya tentang mati, bagaimana mati, caranya mati, consequences mati, kehidupan setelah mati dan bekalan untuk mati. Masa di bahagian forensik, ada sekujur tubuh yang telah diambil nyawanya lebih awal sedikit daripada Tuah, tunggu untuk dibiopsi. Kemalangan kereta api. Tiada kesan yang buruk kelihatan, cuma luka-luka kecil dan mukanya agak penyek seperti dihentam sesuatu. Terlintas difikiran, bagaimanalah rupa Tuah mati nanti. Ya Allah, matikanlah daku dalam kematian yang baik, jangan Kau matikan aku dalam kematian yang hina. Amin.

Sabtu lepas, batch FK'08 ada mengadakan Program Heart to Heart, sehari bersama anak-anak kurang bernasib baik di Pesantren Ash-Shofwah, Cileunyi. Yang menariknya, kami yang 50 orang lebih kurang ni pun tiada yang boleh menandingi ke'power'an budak-budak yang 20 lebih orang ni dalam menghafaz Al-Quran. Umur baru sekolah rendah, paling kurang dah 1 ke 2 juzuk hafal. Tuah hafal juzuk ammar je, itu pun ada kantoi sikit-sikit. Semoga segala sumbangan kami baik dari segi material, bergotong-royong membersih rumah dan masjid mereka, serta mengembirakan hati mereka dengan bermain dan berborak bersama-sama dapatlah sedikit meringankan beban yang ditanggung oleh kanak-kanak ini.

bergambar bersama mereka yang dirindui walau baru jumpa 3 hari lepas

Dah lama rasanya tak buat kebaikan sehingga memuaskan hati orang lain. Sebelum ni buat kebaikan untuk diri sendiri je, nak dapat pahala nak masuk syurga. Tapi, untuk orang lain? Maka ketika di padang mahsyar, tatkala dihisab amalan anak-anak Adam, akan ditanya oleh Allah, apakah yang telah dilakukan dengan kesihatan yang diberikan, masa mudanya, harta dan ilmunya, masa lapangnya dan apa yang dilakukan untuk agama-Nya. Even soalan tu dah bocor, macam soalan dalam kubur siap bocor jawapan sekalipun susah untuk pastikan kita dapat jawab tak? Astaghfirullahhalazim. Tubna ilallah, warajakna ilallah, wanadimna ala mafaalna.

Masa pilih lagu untuk pertandingan nasyid, Tuah jumpa lagu ini. Tajuknya KepadaMu Kekasih. Nyanyian M. Nasir, Hattan dan Jamal Abdillah. Insyaallah akan disampaikan masa pertandingan teresebut. Berkisar mengenai perhambaan diri kepada Allah. Marilah sama-sama kita hayati lirik lagu ini, semoga ada manfaat dan pengajaran yang boleh kita ambil darinya, insyaallah. Sekian.

KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

KepadaMu Kekasih
Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri

Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

KepadaMu Kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

No comments:

Post a Comment

Write a great comment, not the good one, thanks!