Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang.
Sengaja Tuah mulakan post hari ini dengan mengungkapkan kalimah tersebut yang merupakan sepotong ayat Al-Quran daripada surah Al-Fatihah iaitu ayat pertama dalam surah pertama dalam Al-Quran. Bukan berniat untuk menyamakan post Tuah dengan surah ummul kitab tersebut tetapi sebagai salah satu usaha mengagungkan Al-Quran even hanya sepotong ayat.
Oklah. Sebenarnya topik Tuah kali ini cerita tentang kenapa kita as a Muslim khususnya Tuah akan memulakan sesuatu dengan membaca basmalah. Sebelum ni kalau buat sesuatu mesti dimulakan dengan basmalah kecuali menulis or menaip. Kalau anda semua perasanlah semua post Tuah tidak mulakan dengan basmalah. So, mula hari sekarang, Tuah berazam nak memulakan sesuatu termasuk menulis or menaip dengan basmalah. Insyallah.
Nak dijadikan cerita, Khamis lepas Tuah ada pergi tasqif Tafsir Fizilail Quran kat Masjid Ash-Syakir di Cikeruh, Jalan Sayang. Tasqif tu disampaikan oleh Ustaz Dede Rodin. Masa tu tafsir surah Al-Fatihah.Tapi, dua jam tu cerita pasal ayat 1 iaitu Bismillahirrahmanirrahim. Mungkin sebab ustaz tu ajar nahu (grammar) bahasa Arab sekali kot, tu yang lama.
Tapi, cerita pasal bismillah ni, kenapa kita biasa mulakan sesuatu dengan kalimah agung ini. Bila nak start baca doa baca basmallah, nak start menulis baca basmallah, ada yang sesetengah tu bila buka laptop ada program yang akan mulakan dengan basmallah, dan macam-macam start lagilah. So, bila nak start something je baca basmallah. Ha, ini yang Tuah nak cerita sikit.
Macam Tuahkan, memang semua benda Tuah buat akan dimulai dengan bsimillah. Anda pun mesti macam tu juga kan? Bila buat sesuatu? Yang baiklah, so jangan buat benda tak baik, macam nak pecah rumah pun mulakan dengan basmallah siap niat lagi, "sahaja aku pecah rumah orang kerana..." Tapi, persoalannya kenapa basmallah? Ini bagi Tuahlah.
Sebenarnya, ada beberapa sebab dimulakan dengan bismillah, bukan selawat ke or alhamdulillah. Pertama, kan maksud bismillah tu dengan nama Allah. So, Allah ni kan tiada mula dan tiada akhir. So, Dialah yang mula-mula sekali ada, sebab Dia tidak pernah tiada. So, disebabkan Allah yang mula-mula ada kita mulakan sesuatu dengan nama-Nya.
Kedua, tengok niat kita. Niat kita buat apa saja sebab nak dapat redha Allah kan? So, kalau buat sesuatu untuk Allah, maka mulakanlah dengan nama-Nya. Kalau macam tu barulah betul-betul kita buat kerana Allah, dengan nama Allah.
Ketiga, kitakan makhluk yang lemah, tiada kekuatan. Semua kekuatan datangnya daripada Allah s.w.t. So, kalau nak buat sesuatu kita mesti perlukan bantuan-Nya. Mohon diberi kekuatan zahir, batin dan emosi. Jadi, untuk dapat kekuatan tu kita kenalah mintak bantuan pada Allah. Moga dengan memulakan dengan nama-Nya, mintaklah supaya bukan sahaja diberi kekuatan pada masa sebelum atau masa nak mulakan sesuatu tapi supaya sepanjang kita buat pekerjaan tu diberi kekuatan yang memadai untuk berjaya buat dengan terbaik sekali sampai habis pekerjaan tu.
Keempat, supaya ini dapat menjadi bukti di akhirat bahawa kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut nama-Nya dalam setiap pekerjaan, maka kita akan sentiasa mengingati-Nya. Macam kita selalu memikirkan pasal orang yang kita sayang. Kita bukan kadang-kadang, tapi selalu menyebut namanya. So, kalau kita sayang pada Allah, maka kita akan selalu mengingat-Nya, kita akan selalu menyebut nama-Nya.
Kelima, dengan berbuat sesuatu kita juga berharap mendapat pahala, yang diharapkan kekal di sisi Allah. Maka, jika kita mulakan sesuatu dengan dimulai Bismillah maka insyaallah pekerjaan tu mesti yang baik, takkan buat benda jahat baca bismillah. Maka, diri kita akan dilindung dari berbuat jahat dan apabila berbuat baik maka niat kata tidak salah, ikhlas serta bermanfaat kepada kita di dunia dan di akhirat.
Keenam, kita juga berharap agar dengan berbuat sesuatu pekerjaan, maka hidup kita ni diberkati, lebih-lebih lagi kita selalu mengingati Allah s.w.t. Memang susah nak dapat keberkatan, tapi ini merupakan salah satu cara kita nak dapat keberkatan hidup, dalam apa juga yang kita buat.
Mungkin ada yang betul dan ada yang salah pada pandangan Tuah ni, tapi, memang inilah yang Tuah selalu tanamkan dalam hati, supaya tidak sia-sia semua pekerjaan yang Tuah buat sehari-hari. Paham ke tidak? So, renung-renungkanlah. Akhir kata, marilah kita sama-sama bertakbir (kalau dapatlah bersama-sama). Takbir! Allahuakbar!
p/s: Tasqif tu kat Masjid Asy-Syakir, Cikeruh, Jalan Sayang. Second masjid kat jalan Sayang. Setiap Khamis jam 4-6 petang. Ada tafsir Al-Quran, fiqh sunnah, kisah tokoh Islam dan akhbar Islami. Penceramah tukar-tukar. Jemputlah datang. Budak kat bale nak pergi sama boleh gak, roger je.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment
Write a great comment, not the good one, thanks!