Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Sem baru, buku baru, group baru, time table baru, subject baru, suasan baru dan seksa pun baru. Yang lama hanya tinggal faculty and hostel. Tabiat dan perangai tak tahulah dah baru or still yang lama. Apa yang pasti, sem ke-2 daripada 7 semester kat UnPad ni akan dilalui dengan 1001 macam cerita suka dan duka mahupun kesenangan dan kesengasaraan. Takut pula bila sebut kesengsaraan. Macam sem baru ni akan memberikan kesengasaraan kepada Tuah. Masa sem 1 dulu seksa rasanya nak membiasakan diri dengan Sistem Kredit Semester (SKS) yang memeningkan tu, tapi sekarang dah faham (rasanya) dah. Sekarang dah tahu how is exam, lecture, lab activity, tutorial and kemahasiswaan or kokurikulum tu sebenarnya. Nasib baik masuk sem 2 ni tak ada orientasi macam masa awal 1st sem dulu. Kalau ada lagi memang masak la jawabnya.
Yang bestnya pasal sem 2 ni antaranya subject baru sem ni, iaitu reproduction. Memang best seperti yang dijangka sebelum ni. Tapi, yang menjadi problem subject ni adalah budak perempuan. Sebabnya, waktu discussion bila2 and kat mana2 pun, bila cerita pasal kemaluan or sex stuff je diorang mesti segan2 dan malu2 plak. Tuah tak tau la kalau ada budak laki yang macam tu juga, tapi Tuah cool je. Bukan kita cerita pasal nak buat sex or benda2 lucah, even ada belajar erection, orgasm and ejaculation, tapi cuma nak study pasal system repro je. Rilex and sempoi sudah, right?
Buku2 baru pun banyak juga, siap berjilid2 lagi. Ketebalan dan kemahalan setiap buku tak perlu ceritalah. Ada macam2 tajuk antaranya Williams Obstetrics, Berek & Noac's Gynecology dan banyak lagi. Tapi, ada juga buku lama yang masih digunakan. So, tak perlulahlah nak beli semua buku baru.
Jadual baru pun ingatkan lebih singgang dari sem 1, tapi makin sesak dan padat. Kelas yang penting pula cuma 2 jam seminggu, yang lain cuma tambahan. Well even tak berapa penting untuk repro tapi tetap ada exam untuk every kelas, so still important, right? So, memang rasa malas nak pegi kelas tapi tetap perlu juga.
After all, study still on, class still perlu pegi juga, assignment still kena buat juga dan rehat pun mesti secukupnya, tak lebih tak kurang. Kalau jadi medical student tak rasa seksa macam ni tak medical student la namanya. Bak kat Han-Je Hyun dari tv series Fullhouse, “Aza aza fighting!”
Waakhirul, salam study dari Tuah untuk semua student Malaysia especially yang study oerseas or lebih tepat lagi kat Indonesia dan terutamanya kat Bandung di UnPad more precisely. Study rajin2 dan jangan buang duit study abroad dan jauh dari family tapi takde hasil, orait? Sampai sini je lah untuk kali ini. Sekian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
No comments:
Post a Comment
Write a great comment, not the good one, thanks!