Sunday, February 22, 2009

Puisi Ummiku

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Puisi ni untuk pertandingan deklamasi puisi anjuran KUBI pada Mac 2009. Kalau dah baca tolong comment kat emel Tuah smfadzil_tuah@yahoo.com. Terima kasih.


Ummiku
by Al-Tuah Al-Shahab, 9.08 pagi, 22 Februari 2009


Dialah ummiku,

embun penyejuk bagi jiwa yang hangat,

cahaya penerang bagi jiwa yang gelap,

pensyarah bagi jiwa yang kosong,

tanpa ijazah mahupun gelaran.

mengalunkan ayat-ayat cinta,

ketika cinta mula bertasbih,

ketika bersimpuh di atas sejadah cinta,

ketika bersemayam dalam mihrab cinta,

ketika cinta berbuah syurga,

ketika pudarnya pesona Cleopatra,

demi mencari redha dari-Nya,

Tuhan sekalian alam sekalian makhluk.


Apakah ketikaku,

sudah mengecap kebahagiaan dunia,

sudah bertimbun harta dunia,

sudah mencapai kejayaan menggunung,

apakah daku ingat pada ummiku,

guru pertamaku,

ustazah pertamaku,

guru besar pertamaku,

lecturer pertamaku,

dekan pertamaku di fakulti pertamaku,

apakah daku lupa akan janjiku pada tuhanku,

menjaga ummiku hingga akhir hayatku,

dikala suka mahupun duka,

ketika angin dunia menerjah laju,

tidak akan daku lupakanmu,

wahai ummiku,

ummiku yang satu.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

4 comments:

  1. erm..best2..tapi kurg feeling..:p hehhe..duha tk reti jgak nak wat puisi2 atau sajak nih..tapi maybe ltak ayat2 sdeyh sket kot..baru cam btambah best laa :D

    pastu cam pndek je..ke mmg slalunye length die cni?

    ReplyDelete
  2. kira temanya ibu la nie?
    pembuka da ok..
    tapi kat tgh2 tue..
    why not u use ur own word ke?
    mybe lebih puitis..
    sekadar cadangan~

    ReplyDelete
  3. pembuka da ok..
    tp ayt kat tgh2 tue..
    why not u use ur own word?
    lebih puitis lg kot
    sekadar cadangan~

    ReplyDelete
  4. pasal length memang Tuah tak tau, tapi nak bagi sedey lagi Tuah tak reti, sebab Tuah ni takde feeling, jarang or boleh kata tak pernah nangis...
    kat tengah2 tu yg mana? tu word sendiri la suma except part yang guna judul buku...dah lupa lah ayat2 puitis zaman highschool dulu..huhu
    thanx 4 comment

    ReplyDelete

Write a great comment, not the good one, thanks!