Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh,
1 Muharam dan 1 Januari merupakn tarikh bermulanya tahun baru dan kehadirannya disambut setiap tahun. Suatu yg menjadikannnya dinantikan semua pihak adalah kerana pada kedua hari tersebut diisytiharkan cuti umum, yey! Persamaan lain bagi kedua hari trsbut ialah sambutan hangat yang diberikn oleh 'penggunanya'. Jadi, kali ini Tuah akan mengisahkn sambutan tahun baru pertama kali Tuah di negara orang bagi kedua-dua hari tersebut.
Dimulakn dengan tahun hijrah sebab 1 Muharam datang dulu. Pada petang Ahad sebelum tahun baru, Tuah dan rakan2 beramai2 turun ke masjid sebelum masuk waktu maghrib. Dikhabarkn bahawa akan diadakan bacaan doa akhir dan awal tahun secara berjemaah. Maka berbondonglah rakan2 even yg tak pernah turun solat jemaah di masjid kecuali jumaat pun turun jugak. Tapi, setibanya di masjid 20 minit sebelum magrib selepas siap mandi apa suma, kitorang pun tunggu untuk bacaan doa akhir tahun berjemaah. Tunggu punya tunggu lebih kurang 5 minit lagi nak magrib, setelah merasakn takde bacaan doa berjemaah maka masing2 baca doa masing2 secara masing2. Selepas magrib kitorang tunggu kejap untuk bacaan doa awal tahun antara kitorang. Lepas tazkirah ringkas daripada Luqman, kitorang pun mengaminkn doa yang juga diketuai oleh Luqman. Selesai solat isya' berjemaah, kitorang solat hajat di surau Baitu Al-Arbaah berjemaah. Maka tamatlah sambutan tahun baru hijrah untuk 1430 pada malam itu dengan meriahnya.
Namun cerita sambutan tahun baru masihi lebih meriah. Selepas maghrib malam Rabu tersebut, Tuah dan rakan2 bergerak ke Jatos untuk menyambut tahun baru di sana. Setibanya di Jatos, kelihatan ratusan org berkumpul didepan Jatos. Setelah diteliti barulah kelihatan susuk tubuh angggota band yg membuat persembahan pada malam itu. Dimulai dengan band yang macam 'sampah', ditambah dengan panas dan keadaan yang sangat amat terlalu sesak itu maka kitorang dengan tak teragak2 terus meluru ke KFC dalam Jatos untuk lepak santai. Setelah menjamah aiskrim dan chicken fillet maka kitorang keluar balik ke depan Jatos tadi. Disebabkan lagu yang dialunkn band tersebut begitu menarik maka kitorang terus ke depan pentas dan tanpa segan silu untuk turut joget sekali beramai2. Setelah countdown maka puluhan bunga api dinyalakn menandakan bermulanya tahun baru 2009. Kedengaran deruman motosikal yang kuat oleh mat2 rempit yang turut berada di sana. Setelah tamat konsert tersebut maka tamatlah sambutan tahun baru bagi 2009 tamat iringan doa memohon agar diberkati, dirahmati dan diberi kejayaan sepanjang tahun.
Apa yang menjadi ketidakpuas hatian Tuah ialah kenapa acara sambutan tahun baru hijrah tidak semeriah tahun baru masihi dan kenapa tidak diadakan sambutan yg hangat oleh masyarakat umum. Akan tetapi, kenapa pula sambutan tahun baru masihi yang begitu meriah dan hangat itu tidak pula diiringi dengan acara doa atau acara2 berbentuk kerohanian. Marilah kita fikirkan bersama, mungkin pada sambutan pada tahun mendatang akan dapat kita ubah seperti yang diharapkan.
Akhir kata, Selamat Menyambut Tahun Baru 1430 dan 2009 pada tahun ini dan semoga kita diberkati, dirahmati, di beri kesihatan, kejayaan dan kemenangan di dunia dan di akhirat.
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment
Write a great comment, not the good one, thanks!