Monday, October 6, 2008

Raya Oh Jakarta

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh,
Pertama skali saya ucapkan syukur ke hadrat Allah yg telah membantu kita semua menjalani bulan yg penuh keberkatan dan keampunan iaitu Ramadhan al-mubarak. Seterusnya saya nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kpd semua pembaca setia blog ini, maaf zahir dan batin saya pohonkan.
Tamatnya bulan puasa ini tidak bererti kita mengurangkan amalan ukhrawi kita setiap hari. Qiamullail bleh diteruskan setiap hari atau at least one a week. Puasa bleh diteruskan pada Syawal ni dgn puasa 6 dan seterusnya puasa2 sunat yg lain seperti puasa isnin khamis dan lain2. Tapi, tamatnya bulan puasa ni bermaksudnya bulan Syawal atau lebih suka dipanggil bulan raya. Yey2, hari raya! Sempena umat Islam merayakan Aidil Fitri ni, nak cerita pasal sambutan hari raya yg pertama yg disambut di luar Malaysia iaitu di Indonesia sekaligus yg pertama tanpa famili berdekatan. Bleh tak? Bleh? Time kasih...
So, mmg la sdih sbb xdpt beraya dgn abah dan umi serta adik-beradik dan sedara-mara lain. Lagi2 xdpt cium tgn dan peluk abah dan umi selepas solat hari raya tahun ni. Jadi, demi mengelakkan raya tahun ni diselubungi kesedihan dan air mata, Tuah join la satu rombongan bersama batch FK'08 secara beramai2 (mmg ramai, 110 org!) ke Jakarta, jalan2 skali la.
Tapi, malam sebelum pegi ke Jakarta tu, kitorg main mercun, best tu! Jgn jeles! Mungkin sbb dah lama tak main tu yg lupa cara nak main beberapa mercun, kesian. Nak dijadikan cerita, 9 malam 29 ramadhan tu dalam 10 org pergi ke ruang lapang depan Masjid Raya Ibnu Sina (masjid kat dalam bale Unpad ni la). Mercun yg dibeli Tuah kat PaUn (Pasar Minggu Unpad), ahad sehari sblum tu ada bnyk jenis. Masa kitorg main tu ramai yg tukang tgk je. Yg btul2 main Tuah, Naiem, Fahmi dan Naz. Lebih kurang 10 minit lepas tu, mungkin sbb dgr bunyi bising mercun tu (masjid tu btul2 dpn hostel), bdk perempuan ramai2 dtg siap bwk bunga api skali. Diorg dtg join skali, tp main bunga api je la. Bnyk gak yg dtg, bnyk gak bunga api yg diorg main, siap dpt satu lagi, haha.
So, dlm sejam kitorg main mercun tu (mercun yg terbang tggi pastu letup kat atas ada, mercun lalat ada, mercun letup kat tanah ada gak), smpilah giliran mercun terbesar sbgi klimaks mlm tu. Lepas bakar bdk2 pun bertempiaran lari kesekitar. Bila mercun tu terbang ke atas, tak meletup pun, just tukar2 warna, mcm bunga api. Suma tensen je tgk, sbb saiz besar bajet meletup kuat dan bnyk la, tp, hampeh je. Lepas habis je sume mercun tu, kitorg pun balik bilik, setelah letih main mercun dan siap bergambar lagi, haha, mmg happening gila. Mmg best la mlm tu!
So, esok pagi tu dlm pukul 6 pagi kitorg kumpul kat dpn hostel, tggu utk naik bas. Mmg lambat pun bdk2 ni turun. Lepas sibuk kira suma dah smpi and briefing pasal tentatif rombongan, siap bajet bilik hotel, kitorg suma naik bas. Tepat pkl 7 pagi, dgn dua bas (59 org satu bas) kitorg memulakan perjalan dari Unpad menuju ke destinasi pertama, Bogor (bukan terus ke Jakarta).
So, dlm tiga setengah jam lepas tu (siap tidur skali on the way), kitorg smpai la ke Bogor yg dikatakan sejuk tu (takde sejuk mana pun). Tmpt pertama kitorg jln kat Bogor tu ialah Taman Bunga or Kota Bunga. Mmg xbnyk pun bunga kat taman tu, tapi, ada rumah2 yg lawa2 dlm tu dan ade Little Venice. Dlm Little Venice tu ada tasik yg bleh thn besr gak r. Dlm tu juga ada binaan mcm Replika Singa mcm Singapore pnya, dinding muka2 ex-president of U.S. President dan mcm2 bangunan yg mcm kat oversea. Tapi, nak masuk kene bayar IR12000 sekali msk. Setelah lebih kurang 3 jam ada kat situ kitorg berangkat ke tempat kedua: Masjid At-Taawun a.k.a. masjid puncak.
Perjalanan ke masjid puncak ambil masa dalam sejam gak la. Tapi, terasa kejap sbb dlm on the way tu sempat tido, bangun2 je terus sampai. Masjid tu mmg jauh ke dalam, keliling ada kebun teh dan sejuk jugak la. Kat masjid tu kitorg solat zohor dan asar jamak qasar, lepas tu ambik gambar background kebun teh. Takde yg special pun kat situ, so, just boring one and a half hour. Lepas duduk2 rehat melepaskan penat, kitorg pun meneruskan perjalanan ke tempat seterusnya iaitu ke hotel di Jakarta. Tapi, kitorg berhenti sekejap kat RnR utk beli mknn berbuka, takut tak sempat sampai berbuka kat hotel. lepas sejam berhenti kat situ, kitorg mulakan perjlnn ke hotel.
Lebih kurang pukul 7 mlm, kitorg smpi ke Jakarta then lepas tu pusing2 cari hotel. Akhirnya setelah beberapa minit mencari jumpa juga akhirnya hotel yg dicari2 selama ini: Hotel Cempaka Sari. Dalam 30 minit lepas tu, kitorg akhirnya dpt juga check in. Hotel tu mmg tak grand, tapi selesa gak la utk tido semlmn. Lepas check in dan solat maghrib dan isyak jamak qasar, kitorg pun duduk rilex dlm bilik. Mlm tu sapa yg nk kluar jln2 kene pegi sndiri. Tapi sekitar hotel tu takde ape2, kluar sekejap mlm tu pegi kedai beli air dan keropok pastu balik stay kat bilik je. Lepas kepenatan seharian, tanpa buat apa2 lepas tu, terus tidur.
Esok pagi lepas solat subuh, semua bersiap2 berbaju Melayu dan terus check out, naik bas bertolak ke Kedubes (Kedutaan Besar) Malaysia. Lebih kurang pukul 6.30 pagi kitorg sampai ke Kedubes dan terus ke dewan solat. Tepat jam 8 pagi mula solat raya. Lepas khutbah raya, ada makan2, mcm2 ada. Lepas kenyang makan dan bergambar sakan, kitorg bergerak ke rumah pegawai MARA dan JPA, dan pengarah dan timbalan pengarah Kedubes. Banyak gak makan masa tu, even lepas makan banyak kat Kedubes. Lebih suma tukar baju, kitorg bergerak ke Taman Mini (sepatutnya ke DuFan a.k.a. Dunia Fantasy, themepark).
Lepas tiga jam lebih kitorg duduk dalam bas, akhirnya sampai ke Taman Mini. Masuk situ takde benda pun dlm tu. Kat situ kitorg mkn malam dan solat maghrib dan isyak, jamak dan qasar. Lama gak lepak kat situ, bergambar sakan dan pusing2, kitorg pun decide nak mulakan perjlnn pulang ke Bandung. Dalam jam 10 lebih baru kitorg ke tiba di Unpad. Maka, tamatlah perjlnn rombongan beraya di Jakarta. Setelah penat seharian, lepas kemas2 skit terus tidur mlm tu.
So, secara keseluruhannya dari segi mengelakkan kesedihan di raya kali ini, mmg mission accomplished. Tapi, klu dari segi rombongan mmg tak best keseluruhannya, sbb tak pegi DuFan dan Bogor tak berapa best seperti yg disangka sblm ni. Mcm mana pun kitorg happy la raya kali ni sbb dpt raya pertama kali di kedutaan, tapi klu bleh tahun depan mmg rasa nak balik Malaysia raya kat sana.
Jadi, sampai sini post utk kali, tggu sampai kali lain utk buat post baru. Mungkin lama lagi kot sbb soon akan mula busy study and exam is getting near. So, adios amigos.
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment

Write a great comment, not the good one, thanks!