Tuesday, August 17, 2010

Politik Oh Politic...

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Politik. Apa yang terlintas di fikiran anda bila terdengar perkataan politik? Apa pendapat anda tentang politik? Politik di Malaysia? Apa ideologi politik anda? Anda berada di pihak yang mana? Adakah anda kini sudah layak untuk bergelumang dengan dunia politik? Sudahkah anda layak untuk memilih?

Apabila usia anda mencecah 21 tahun, soalan2 ini akan hadir dan bermain2 di fikiran anda. Soalan2 ini juga bukan mudah untuk dijawab walau anda telah berusia 50 tahun, jika anda belum pernah menceburkan diri dengan senario politik, terutamanya dalam negara sendiri sejak muda.

Ini kerana, dunia politik ini Tuah ibaratkan seperti jingsaw puzzle. Selagi anda menemui tempat letaknya kepingan terakhir bagi melengkapkan gambarnya, walau ianya begitu jelas dihadapan anda, maka anda tidak akan tahu gambaran atau keadaan mahupun situasi yang sebenarnya berlaku. Jika anda hanya bergantung pada orang lain untuk menyelesaikannya maka anda tidak akan faham cara untuk ‘mendalami’nya.

Jika anda tersalah letak justeru ia akan menghasilkan gambaran yang salah. Maka anda yang akan menanggung segala akibat dari pilihan anda itu. Sebaliknya, jika pilihan anda itu betul, tidak semestinya gambaran yang anda dapat itu adalah yang anda cari2 atau yakini selama ini.

Bukan niat Tuah untuk menakut2kan anda atau mahu menunjuk2 ilmu di dada mengenai dunia politik kerana Tuah juga baru setahun jagung dalam hal ini. Tetapi, setiap hari Tuah tetap berusaha untuk memahami konsep dan cara kerja berjalannya politik, samada politik kecil mahupun besar, demokrasi atau bukan demokrasi dan sebagainya.

Setelah mengetahui apa erti dan kaedah politik maka mudahlah bagi untuk menentukan pilihan mana yang sesuai untuk anda, jika anda perlu menunaikan tanggung jawab sebagai rakyat sesebuah negara, yang perlu mengundi bagi memilih wakil anda di suatu perhimpunan yang akan menentukan nasib bangsa, negara mahupun dunia.

Tuah yakin dan percaya, majoriti mahupun semua pembaca blog ini sudah layak untuk mengundi, sudah berusia 21 tahun dan ke atas. Maka, menjadi kewajipan bagi anda untuk mendaftar seterusnya mengundi apabila tiba waktunya nanti.

Tuah juga yakin dan pasti, ramai dari anda yang bukan sahaja tidak pernah menunaikan tanggungjawab anda itu malah belum lagi menjadi seorang pengundi berdaftar. Mungkin belum muncul kesedaran anda untuk itu.

Nasihat Tuah, bukan menjadi kewajipan yang mutlak untuk anda untuk menjadi pengundi berdaftar dan keluar mengundi. Tetapi percayalah, undi anda adalah suatu yang akan membawa kejayaan kepada agama, bangsa dan negara anda di masa depan, insyaAllah.

Wallahualam.

p/s:
1) Tuah sendiri pun tidak tahu mengapa tiba2 cerita pasal topic ini. Sila jangan tanya dia.
2) kepada teman2 dari Indonesia, selamat menyambut Hari Kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-65. Dirgahayu Indonesia!




Sincerely by,




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

2 comments:

  1. Wah! al Tuah telah kembali! Kalau nak sembang politik boleh contact abg. je. banyak boleh ceriter. dari yg ikut sunnah sampailah yg ikut punnah.

    ReplyDelete
  2. salam,
    ni post lama dah ni...
    insyaAllah kalau ada masa boleh cerita politik..

    ReplyDelete

Write a great comment, not the good one, thanks!