Tuesday, June 29, 2010

Innocent-Man

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Masa cuti panjang seperti ini rasa macam mahu tidur sepanjang masa, ganti tidur yang tidak cukup sebelum dan masa minggu peperiksaan. Ada juga rasa mahu berjalan2 seluruh Indonesia. Ada juga rasa mahu habiskan semua novel2 best yang Tuah jumpa just before exam. Adoiyai, tidak tahulah mahu buat apa sebenarnya.

*******************************************************************************************************

Sejak kecil orang anggap Tuah budak baik, anak yang taat dan mudah dipelihara, murid yang berdisiplin sampai dilantik jadi pengawas sekolah, seorang muslim yang alim dan taat pada suruhan dan larangan tuhannya, seorang lelaki yang baik, gentleman, jujur dan setia sebagai kekasih.

Kata2nya hanya yang benar, tidak pernah menipu, nasihat dan tegurannya yang benar2 belaka. Kalau diberi peluang menjadi pemimpin pasti cemerlang apa yang dipimpinnya. Pendek kata Tuah telah dianggap seorang manusia yang hampir sempurna, hampir maksum, seumur hidup oleh orang yang mengenalinya secara zahir.

Tetapi, bagi mereka yang mengenalnya secara zahir dan batin pasti mengatakan yang sebaliknya. Bukanlah jahat sangat Tuah ini, cuma bukanlah sebaik yang disangka. Tuah sendiri sudah bosan dianggap sebegitu baik, seperti orang yang pernah buat silap secara sengaja, sebagai innocent-man.

Bukan Tuah minta, bukan Tuah suka, dan bukan tidak best pun. Siapa kata tidak best, cuma Tuah tidak suka. Fitrah seorang manusia tidak suka buat benda jahat, tidak mahu buat benda jahat, termasuk menipu, hipokrit, mengampu dan sebagainya. Sudah sampai tahap muak.

Tuah pernah cuba untuk menjadi sebaik seperti innocent-man tu, tetapi sama sekali gagal, hanya mampu bertahan 2 hingga 3 bulan sahaja, melebur seperti leburnya ais jika direndam dalam air panas.

Ada juga kawan2 yang mengadukan perkara yang sama pada Tuah. Dan dengan mudahnya Tuah jawab atau nasihatkan yang paling penting adalah niat dan cara kita. Kalau niat sudah betul tengok cara kita pula. Kalau niat dan cara sudah betul baru kita tengok apa orang kata.

Selagi apa yang orang kata tidak menjejaskan kita dari melakukan amal kebaikan maka jangan ambil peduli. Kalau terjejas betulkanlah, berubahlah semampu mungkin. Buatlah sesuka hatimu selagi tidak malu dan salah. Dan yang paling penting selalulah minta petunjuk dan ampun dari Allah s.w.t.

Tetapi, apabila benda ini terkena batang hidung Tuah sendiri langsung Tuah buntu, tidak tahu mahu buat apa. Tuah pasrah sahaja. Kalau buruk Tuah cuba baiki, kalau baik Tuah teruskan. Tuah pula bukan jenis dengar nasihat orang, dengar kata orang, keras kepala tidak ingat dunia. Ada satu batu besar duduk dalam ini kepala.

Tuah cerita di sini bukan untuk membuka pekung di dada, Cuma mahu orang sekeliling lebih mengenali diri Tuah yang sebenarnya. Tuah bukan sebaik2 manusia, walau datangnya dari sekolah agama, dari keluarga yang baik2, nampak macam soleh luarannya, dan sebagainya.

Pendek kata, ‘don’t judge a book by it’s cover’. Well, for my case ‘don’t jugde me by my appearance’, the 1st impression. Get to know me first then you will know who I really am. Okay?

Wallahualam.



~haha, ini memang lawak~

Sincerely by,





 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

No comments:

Post a Comment

Write a great comment, not the good one, thanks!