Sunday, April 11, 2010

1 Islam, Akhlak Didahulukan, Ibadah Diutamakan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Sabda Nabi Muhammad s.a.w: Aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

Itu sahaja? Iyalah.

(bersambung...)

**************************************************************************************************************************

Di sini Tuah ingin mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan abah dan ummi Tuah yg terchenta lagi tersayang yang ke-27, semalamlah tapi, hehe. Semoga lebih berbahagia hendaknya walau anakanda tersayangmu ini (anak yang lain jangan cemburu pula!) berjauhan di sini. Amin ya Rabbal alamin.

**************************************************************************************************************************

(Sambungan yang di atas...)

Seandainya semua ilmuan Barat ditanyakan apakah yang diperlukan oleh Barat dalam membawa mereka keluar dari zaman kegelapan ke zaman Renaisance? Sudah pasti jawapan mereka keteguhan dan kesempurnaan akhlak. Mengapa? Kerana, tanpa akhlak kita tidak dipandang manusia, tanpa akhlak kita hina bukan sahaja di sisi Allah, malah di sisi manusia.

Dalam mempelajari akhlak, kita perlu faham mengapa misi diutusnya Nabi Muhammad s.a.w. adalah untuk menyempurnakan akhlak. Mungkin ada yang bertanya, bagaiman pula dengan amal ibadah, apakah bukan tujuan disutusnya Baginda untuk mengajarkan manusia cara2 beribadah?

Dalam surah Al-Anbia ayat 107, Allah s.w.t. berfirman mafhumnya: Tidaklah Aku mengutusmu melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.

Nabi kata untuk akhlak, Allah kata untuk rahmat, maksudnya?

Maksudnya, akhlak yang dibawa oleh Baginda itulah yang dinamakan rahmat, buat sekalian alam. Kalau semua orang berakhlak, baik hati, mengamalkan sifat mahmudah, dan menjauhi sifat mazmumah, maka bukankah akan aman dunia ini.

Pernah dengar lagu nasyid ini:

Alangkah indahnya hidup ini,
Pemimpinnya adil mengasihi rakyat,
Ibubapa mendidik dengan penuh kasih sayang,
Anggota masyarakat tolong menolong bekerjasama.

Itu semua yang dinamakan rahmat untuk manusia sementara hidup di dunia ini. Dan, untuk mendapatkannya pembinaan akhlak perlu diutamakan. Tapi, persoalannya di sini, adakah akhlak itu lebih penting daripada ibadah?

Mungkin sebahagian daripada anda akan kata ya, dan majoritinya akan kata tidak. Bagi Tuah ya, kerana ibadah itu tujuannya adalah untuk membaik pulih akhlak. Kalau tidak, solat yang didirikan akan tinggal solat untuk jasmani sahaja.

Dalam surah Al-Ankabut ayat 45: Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan munkar

Maka, siapa yang rasa akhlaknya tidak juga bagus, amal keji dan munkarnya masih ada dipersilakan untuk melihat kembali kesempurnaan solat masing2. Belajarlah solat semula, sepertimana kita baru mula2 belajar solat dahulu kala, tapi dengan dalil yang kuat, bukan mengikut2 sahaja atau taqlid.

Bagaimana pula solat akan memperbaiki akhlak? Syarat diterima solat seseorang hamba itu telah dinukilkan oleh Allah dalam sebuah hadis kudsi, riwayat Az-Zubaedi:

Aku hanyalah menerima solat hamba-Ku yang tunduk dengan keagungan-Ku, kerana solatnya itu tidak berbuat zalim kepada makhluk-Ku, tidak dalam terus menerus melakukan maksiat kepada-Ku, menjalani hari2nya dengan berzikir, mengasihi orang miskin, orang yang bekal perjalannya habis dan orang yang ditimpa musibah dan bencana.

Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa sebelum kita menunaikan solat, kita perlu pastikan yang kita sudak berakhlak mulia sesuai dengan kehendak Allah, bagi membolehkan solat kita itu di terima-Nya.

Rasulullah s.a.w. bersabada: Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman,

Sahabat bertanya: Ya Rasulullah, siapa yang tidak beriman?

Baginda Nabi menjawab: Orang yang menyebabkan jirannya tidak aman

(HR Muslim dan Imam Ahmad)

Bayangkan bagaimana nak dikira beriman jika contohnya Malaysia dan melakukan sesuatu yang meyebabkan jirannya Indonesia tidak aman, maka malu sahaja kita nak mengaku kita ini negara Islam.

Contoh lain, kalau kita pulang ke rumah di tengah malam buta selepas pulang dari melepak dengan kawan2 menaiki motor macam RXZ (baca: motor mat rempit) yang bising tu, then our jiran atau anak kecilnya terjaga, maka terjejaslah keamanan mereka. Hal ini boleh menyebabkan kita tidak lagi beriman, walau solat tonggang terbalik sehari suntuk.

Tuah sudah malas nak taip panjang2 di sini sebab letih kerana siang tadi ada buat kerja bakti sosial sikit, jadi doktor muda. Masuk ke sebuah kampung, tanya keluhan sakit dan bagi ubat kat mereka. Ramai juga yang Tuah dapat tolong, dekat 10 orang. Rugi siapa yang tidak pergi tadi.

Akhir kata, nasihat Tuah, dalam menuntut ilmu agama ini, jangan kita fokus hanya pada ibadah sahaja, seperti ramai dari kalangan kita selalu buat. Selain ditambah akidah, perlu juga kita belajar dan perbaiki akhlak kita dari semasa ke semasa.

Hal ini amat penting terutamanya buat pendakwah2 di luar sana yang Tuah lihat akhlak mereka agak tidak stabil sehingga ada yang tersinggung dan menjauhi mereka2 yang merupakan pewaris nabi. 1 Islam, akhlak didahulukan, ibadah diutamakan.(Slogan ini bukan atas nasihat APCO tu eh!)

Wallahualam.

p/s:
1) Tuah buat post ini berdasarkan buku Akhlaqul Mukmin karya Amru Khalid, best buku ini, sila dapatkan.
2) masa tengah jumpa masyarakat waktu bakti sosial itu tiba2 (bukan tiba2 sebenarnya, tapi sejak 2-3 bulan dah) teringat kat abah ummi, padahal baru sahaja telefon semalam. Aduhai, bila boleh jumpa orang Terendak ni?
3) exam DMS yang lepas macam ok sahaja? Insyaallah cemerlang kot...!
4) Group tutorial baru untuk HIS semuanya perempuan, layan sahajalah, jangan kena buli sudahlah.
5) Group DMS F5 memang terbaiklah setakat ni, luv ya'll! (except that girl, haha). Bila aku sudah tiada , simpan semua laguku jangan ditangis selalu, mungkin itu sementara, bila jumpa penggantiku jangan dilupakan aku

~enjoy this song (teringat zaman muda2 masa bernasyid di sekolah dahulu)~

Sincerely by,



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

No comments:

Post a Comment

Write a great comment, not the good one, thanks!