Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Ready, rela, redha. Iman, ikhlas, ihsan. Tabah, sabar, istiqamah. Teguh, tetap, berterusan. Patuh, taat, setia. Aman, damai, tenteram. Baca, kira, tulis.
Kalau nak buat something mesti kena ada 3 yang pertama. Kalau tidak bersedia jangan buat, nanti mesti tidak sempurna kerjanya. Kalau sanggup baru sesuatu yang dibuat itu akan berjaya. Dan yang paling penting semasa dan setelah buat suatu pekerjaan itu perlulah redha dengan apa yang kita buat itu.
Kalau nak beramal dan menjadi soleh perlukan 3 yang kedua. Jika tidak beriman maka sia2 perbuatan baik kita di dunia. Ikhlas adalah kunci kepada kejayaan hidup di dunia yang sementara ini. Jangan buat amal kerana selain Allah. Kalau buat amal dengan ihsan maka kita dah superb dalam amal. Beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu (Al-Hadist: Bukhari #50, Muslim #9).
Apabila menghadapi ujian daripada Allah maka 3 yang ketiga ini sangat penting. Kalau kita tidak tidak tabah maka kita telah gagal dalam ujian tersebut. Jangan sekali2 mengaku kalah. Allah sentiasa bersama orang yang bersabar. Orang yang terkuat bukanlah orang yang hantar bergaduh, tetapi adalah orang yang berjaya mengawal kemarahannya. Sabar adalah sebahagian daripada iman. (Al-Hadist: Bukhari Muslim). Kunci kepada sesuatu amal yang mantap adalah istiqamah. Jangan sekejap buat sekejap tidak. Jangan sekejap rajin sekejap malas.
Maksud istiqamah adalah 3 yang keempat ini. Teguh walau di timpa bermacam dugaan, dari jin mahupun manusia. Tetaplah dalam beramal, jang terlebih ataupun terkurang. Sememangnya susah untuk memastikan amal kita berterusan mantapnya. Tetapi, jangan sekali2 berputus asa dengan rahmat Allah.
Sebagai seorang hamba Allah, raja seluruh alam, kita perlu 3 perkara yang kelima tersebut kepada-Nya. Dah kata hamba, semestinya perlu 3 perkara tersebut supaya tuan kita sayang atau stidaknya berlaku baik pada kita. Kalau Allah dah sayang pada kita, dunia ini berada dalam genggaman kita. Tapi, kalau nak lakukan 3 perkara ini memang terbaik punya susah, bukan mustahil.
Sebuah negara yang ada 3 perkara yang keenam ini memang idaman semua. Kalau lihat pada Malaysia rasanya agak kurang sedikit 3 perkara ini. Ditambah pula dengan kes penggunaan nama Allah oleh Kristian Katolik maka lebih tidak terealisasi 3 perkara ini di Malaysia. Mintak2 Allah bantu kembalikan semula 3 perkara ini ke tanah airku yang ter’chenta’.
Dan 3 perkara yang ketujuh atau terakhir ini mnejadi penanda aras bahawa anda pernah ke sekolah dan telah belajar sesuatu di sekolah. Kalau 3 perkara ini tidak mampu anda lakukan, maka sia2 sahaja anda ke sekolah selama 11 tahun. Benda ini juga menjadi suatu penanda aras oleh Kementerian Pelajaran untuk memastikan tahap kecemerlangan kementerian tersebut. Juga disebut 3M, jika masih ada pelajar darjah 6 yang belum menguasai 3 perkara ini maka kementerian tersebut gagal dalam menjalan urusan pendidikan negara.
Memang letih nak buat post ini. Bermula sejak 2 bulan lepas, akhirnya berjaya juga Tuah tamatkan. Bukan apa, Tuah nak bagi isinya banyak tetapi padat dan pendek supaya jadinya mantap. Namun, tidak pasti pula mantap atau tidak post ini. Biar anda yang tentukan. Munkin cuti sahaja yang menyebabkan Tuah punya masa yang banyak untuk mengkompreskan post ini.
Akhir kata, semoga kita ada ketujuh2 3 perkara yang Tuah sebut tadi. Berusahalah untuk mendapatnya selagi nyawa dikandung badan. Sekian sahaja untuk post kali ini. Adios amigos.
Wallahualam.
~ni masa acara Hartamania, Bulan Persada Melayu~
p/s: cuti dah habis, esok dah start sem 4, Dermato Musculo Skeletal System, could be my most favourite system
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
cam kenal je cameraman y amekkan video ni..awat xmasok youtube?
ReplyDeleteyelah tu Jijou,
ReplyDeletemmg dia dikenali ramai,
malas nk upload kat account youtube aq...
Video "alahai emak' bila nak emailkan kat abang? tunggu tak dapat2 pun? keluar tajuk sikit...
ReplyDeleteminggu lepas abag menang gangsa dalam MTE 2010. tuah tanya apasal tak dapat emas? jawapannya sebab tak dapatlah! he..he..he ada yang tak puas hati kenapa abang dapat gangsa je dan ada yg tak puas hati kenapa ada projek member abang dapat emas. sebenarnya penilaian semasa pameran expo tersebut tiada taxonomi bloom yang terperinci. satu lagi projek abang bukan atas tujuan membuat duit untuk pereka cipta tetapi membuat penjimatan duit kepada semua orang (industrial player)yang menggunakan algorithm yang dihasilkan. penjimatannya pun sebenarnya tak lah banyak, cuma sekitar 1500% hingga 3000% aje. insyaAllah kalau ade rezeki abang akan menyertai ITEX 2010. doakan abang dapat pertama di sana nanti okey? apa2 hal ready, rela dan redha. toodle!
salam,
ReplyDeletebukan 'alahai emak'
tp 'sayang...mak'
besar saiznya,
x best pun..
nnti Dil emailkan jg lah..
congrate even dpt gangsa..
try emas plak nxt yr tau
Bulan mei ni abang ada ITEX 2010. buat research tentang penggantian kamera industrial spec ($1500 - $3000)dengan webcam untuk robot industri. kalau menang gold pergi korea hujung tahun ni. Doakan abang menang emas di Korea nanti...Kalau ada sesiapa yang ade idea macam mana nak impress judges pasal projek ni bagilah tahu, nanti kalau berjaya insyaAllah akan dihadiah kipas korea seunit. Keep writing bro keep writing. If only I have the time (and the blog that already setup for me)...
ReplyDelete