Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Memang musim raya dah tamat tapi Tuah nak cerita juga mengenai sambutan raya Tuah pada tahun ini. Buat kali kedua berturut2 Tuah tidak pulang ke Malaysia untuk menyambut raya bersama2 keluarga dan saudara-mara sebaliknya memilih untuk beraya bersama kawan2 di Indonesia ini. Pasal tu tidak perlu diungkit lagi kerana telah dijulaskan Tuah dalam post yang lepas.
Kali ini Tuah nak cerita apa yang Tuah buat masa sebulan Syawal 1430 ini. Sambutan raya pertama ialah pada 20 September dan sambutan raya kedua (puasa 6) ialah pada 11 Oktober. Kalau nak cerita pasal open house ada 4 semuanya. 1st open house ialah pada raya pertama di Browneley. Tu open house untuk student sahaja, bagi yang tidak mudik ke Malaysia. Agak meriah walau hanya dipenuhi oleh freshmen sahaja.
2nd open house ialah pada raya keempat di Puri Khatulistiwa anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia. Walau acara ini dibuat secara mengejut dan jawatankuasa yang dibentuk juga secara mengejut majlis ini tetap berjalan dengan meriahnya juga. Tuah sempat menang cabutan bertuah dengan lucky number 100. Selain hadiah lucky draw tersebut, Tuah juga mendapat cenderamata kerana membuat 2 persembahan pada malam itu. Maklumlah, tiada budak batch sendiri maka bermaharajalelalah Tuah bersajak dan bernasyid malam itu. Enjoy lah juga walau hanya dipenuhi junior2 sahaja.
3rd open house ialah pada sehari sebelum sambutan raya kedua Tuah. Dinner dilakukan pada malam hari selari dengan raya-eve untuk Tuah. Memang gempak open house tersebut. Bab makan memang terbaik walau makanan yang di’sponsor’ PADMA agak masin. Semua jenis makan masa raya ada, ketupat, lemang (buatan penat lelah Tuah dkk.), rendang dan kuah kacang. Satay dan icecream pun ada.
Antara kejayaan open house tersebut ialah semua student Malaysia batch 2008 menghadirinya. Memang semangat makan batch ini memang mantap. Selain makan2, ada juga slot karaoke dan bermain bunga api. Dan untuk memeriahkan lagi majlis turut diadakan ialah pertandingan pakaian tercantik yang mana Tuah kalah, mungkin kerana juri yang jeles melihat pakaian Tuah lebih cantik daripada beliau pada malam tersebut. Whatever.
Untuk open house yang ketiga pula ialah open house Gentramanah dan Ciseke. Walau dijalankan di Pondok Ganteng tetapi semua warga Gentramanah dan Ciseke terlibat menjayakannya, bukan budak pondok tersebut sahaja. Yang ini second best punya open house kerana meriah sangat dalam pondok tersebut. Malam itu pula adalah malam 30 Syawal, memang cantik2 je buat malam itu.
Makanan yang ada tidak sebanyak open house batch 2008 tetapi ada variety juga seperti kek batik, pudding caramel, salad island (hiasan oleh Tuah) dan bubur lambuk. Yang lain ada juga seperti BBQ ayam dan sosej (oleh Tuah dan Abul), laksa, kuih jala dan lain2 yang best. Memang meriah gila malam tu. Bayangkan ada 30 orang dalam rumah saiz 8 orang sahaja tinggal. Tema malam itu memang baju raya, bukan baju kebangsaan, so, Tuah tidak mengenakan baju Melayu, hehe, dah bosan sebenarnya.
Siang harinya sebelum acara open house malam tu berlangsung Tuah dan Luqman telah dijemput menghadiri aca resepsi perkahwinan anak saudara ibu kosan (pemilik rumah) berdekatan dengan rumah Tuah. Adatnya lebih kurang sama, ada pelamin dalam rumah, makanan untuk walimatul urus dan alat music. Tetapi, alat muzik tersebut untuk mengiringi persembahan nyanyian dalam bahasa Sunda. Kumpulan ini di panggil Taipong (kalau tidak silap sebutannya), ada seorang penyanyi lelaki dan seorang wanita. Yang lain sama sahaja dengan adat perkahwinan orang Melayu pada hari persandingan.
So, itu sahaja yang Tuah buat sepanjang raya pada tahun ini. Memang tidak meriah raya jika tidak bersama keluarga, saudara-mara dan sahabat handai. Nasib baik ada 4 open hosue yang meriah untuk memeriahkan raya Tuah. Terima kasih teman2. Tahun depan buat lagi, yang lebih meriah lagi.
Sekian buat raya kali ini, lain kali cerita lagi. Moga puasa tahun ini diterima 100% oelh Allah dan lebih baik dari tahun sebelumnya, dan semoga bertemu lagi Tuah dengan Ramadhan akan dating, amin.
Wallahualam.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
POYO la lue...
ReplyDeletehek eleh...
ReplyDelete