Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,
Ramai ibu bapa pelajar yang belajar di Indonesia risau dengan keselamatan anak2 mereka. Ini tidak lain kerana BENDERA, suatu persatuan atau gerakan or whatever yang dicipta oleh rakyat Indonesia, yang mendakwa bercita2 mahu menghalau semua rakyat Malaysia dari negara mereka ini by hook or by crook. Mereka beralasan bahawa Malaysia telah cuba menghina kedaulatan mereka dengan mencuri budaya mereka, menyiksa rakyat mereka yang bekerja di Malaysia dan merampas ‘hak’ mereka.
Justeru, atas dasar menegakkan kedaulatan mereka yang telah di’injak’2 oleh Malaysia mereka terus mengisytiharkan Ganyang Malaysia buat kali kedua, setelah kali pertama slogan itu diisytiharkan oleh Presiden Indonesia yang pertama, Jeneral Sukarnoe. Well, dulu sebabnya kerana merasakan Malaysia melaksana penjajahan cara baru dengan membawa masuk Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Sebenarnya mereka tidak berpuas hati hati kerana Malaysia telah menolak mentah2 cadangan mereka untuk bergabung menjadi Indonesia Raya.
Isu ganyang Malaysia kali kedua ini bukanlah isu baru pada Tuah. Cuma ia kembali hangat atau menjadi semakin hangat kerana hal2 yang baru timbul. Contohnya, kes Manohara yang di’seksa’ suaminya, putera Sultan Kelantan sehinggga menyebabkan Kelantan menjadi negeri yang paling dibenci oleh rakyat Indonesia dan kes Tarian Pendet yang berasal dari Bali yang mungkin hanya diketahui orang Bali sahaja sebelum ini mengenai tarian tersebut.
Pernah terjadi sesuatu yang tidak enak pada pelajar Malaysia di sini yang mana tidak mahu dihebohkan oleh mereka kerana tidak mahu hal ini memburukkan lagi keadaan dan menambahkan kerisauan rakan2 lain di Indonesia. Bukan sahaja dihina di tepi jalan oleh mereka yang boleh diangga kurang berpendidikan malah oleh doktor yang pilih kasih dalam memberi rawatan mahupun tenaga pengajar yang secara terang2an menyatakan kebencian terhadap Malaysia.
Lebih kurang setahun lepas teman Tuah ada menunjukkan blog2 dan laman2 yang terang2an menghina dan mencerca Malaysia. Tidak kurang juga yang melaungkan slogan Ganyang Malaysia di Facebook dan mengajak semua negara ASEAN memboikot barang2 keluaran Malaysia. Pleaselah! Orang sibuk boikot barang Yahudi dan Amerika Syarikat dia sibuk nak boikot barang Malaysia. Mereka tidak sedar siapa sebenarnya musuh mereka.
Reaksi rakyat Malaysia juga berbagai. Ada yang langsung mendiamkan diri kerana tidak mahu memburukkan keadaan. Do not fight fire with fire, because everyone will be burned. Ada yang mengutuk kembali mereka yang didakwa mereka sebagai ‘kacang lupakan kulit’ ini. Ada juga yang terus membisu kerana sedikit sabanyak terdetik di hati mereka akan kebenaran dakwaan rakyat Indonesia ini.
Namun, dalam ramai2 yang juga menyebelahi Malaysia ada juga yang berpihak kepada mereka dengan melepaskan tangan 100% kepada kerajaan BN yang didakwa mereka bukan sahaja zalim terhadap negara2 jiran malah zalim terhadap rakyat Malaysia sendiri. Mereka meyakinkan rakyat Indonesia ini yang jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara maka semua akan kembali jernih antara kedua2 negara.
Tuah di sini bukanlah untuk menunjukkan siapa yang betul dan siapa yang salah. Bukan juga untuk menjadi pengadil siapa yang menang dan siapa yang kalah. Cuba kita fikirkan pihak mana yang akan gembira, pihak mana yang akan beruntung jika kedua2 negara Islam ini berkelahi sesama sendiri. Dan Tuah dapat rasakan yang menjadi gunting dalam lipatan ini tidak lain tidak bukan adalah orang kafir terutamanya bangsa Yahudi. Allah berfirman dalam Al-Quran bahawa Yahudi dan Nasrani tidak akan berhenti menyiksa orang Islam sehingga kita mengikut telunjuk mereka, menjadi sebahagian dari mereka.
Renung2kanlah bagaimana 2 negara yang tidak banyak bezanya dari segi rakyatnya, agama rasminya, bahasa rasminya dan letaknya berdekatan yang hanya dipisahkan oleh Selat Melaka dan Selat Tebrau-Singapura, boleh bergaduh dan bermusuhan sesama sendiri. Bagi rakyat Malaysia, tiada apa yang hendak di marahkan pada orang Indonesia walau banyak tenaga kerja dari Indonesia yang bekerja di Malaysia melakukan jenayah terhadap rakyat Malaysia.
Sepatutnya, rakyat Indonesia perlu berterima kasih pada Malaysia yang telah membantu mengurangkan kadar pengangguran bagi Indonesia dengan menerima masuk tenaga kerja Indonesi untuk bekerja di Malaysia. Kedua2 negara ini sebenarnya banyak bergantung antara satu sama lain dari pelbagai asek seperti ekonomi, kesihatan dan pendidikan.
Akhir kata, hindarilah dari pergaduhan dan permusuhan sesama saudara dan teman kerana ianya hanya akan memberi faedah ada musuh yang melihat dari jauh dan mentertawakan sikap ‘keanak2an’ kita ini nanti.
Wallahualam.
*******
Pepatah Tuah: Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar arang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.
Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW - disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah
ReplyDeleteDengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.