Friday, September 11, 2009

10 Malam Terakhir

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan merupakan malam yang orang paling ramai nak buat amal ibadah. Anda tahu kenapa? Anda yang beragama Islam mesti tahu, kalau tidak rugilah anda setiap kali menjelang Ramadhan, kot. Kerana salah satu dari malam yang nombornya ganjil dari 10 malam terakhir ini merupakan malam Al-Qadar. Jangan kata anda tidak tahu pasal malam tersebut, tak dapek lah den nak nolong nye.

Tapi, realitinya tidak ramai yang betul2 meningkatkan amalannya di sepuluh malam terakhir ini. Contohnya Tuah yang sedang blogging sekarang ini. Bukannya nak cuba khatamkan terus bacaan Al-Quran beliau atau menambahkan bilangan terawikh kepada 20 berbanding 8 sebelum ini, malah sempat melayari dunia maya di world wide web ini. Sungguh malang bagi beliau.

But, seriously memang tidak ramai yang cuba untuk menjalankan overtime dalam ibadah di malam2 tersebut. Ada yang kata awal bulan puasa ini nak biasa2 atau kata lainnya nk bermalas2 sikit, apabila tiba di fasa ke-3 bulan Ramadhan baru nak kejar pahala. Malangnya, malas tu kekal sehingga ke akhir Ramadhan. Apa dah jadi, sampai ke habis ku malas lagi!

Kenapa ek boleh jadi macam itu? Sama sahaja macam orang yang kata masa muda ini adalah masa untuk enjoy, have fun, nak hangout here and there. Bila dah tua baru nak taubat, nak beribadah, just untuk yang sempat sahajalah, kan? Yang tidak sempat tidak usah ceritalah pasal tu. Terserah pada redha Allah sahajalah di padang mahsyar nanti.

Malang tidak berbau, apabila tua, kemalasan dan nafsu nak ber'gumbira' tu masih ada. Nak taubat malas, nak ibadah jadi cepat letih, nak buat baik dan beramal pun segan pada teman2 dan anak2. Takut digelar lebailah, dah tak rocklah, takut nampak dah tualah, dan macam2 andaian lagi. Hmmmph, manusia, nak berubah pun nak ikut orang berubah. Lebih takut tohmahan orang berbanding kemurkaan Allah rabbuljalil.

Sememangnya bagus nak tingkatkan amal di 10 malam terakhir ini, seperti yang Nabi Muhammad s.a.w buat, siap iktikaf di masjid dan kejut kaum keluarga beliau untuk qiammullail. Tapi, bukankah adalah lebih baik kalau sedari awal Ramadhan sudah mula begitu. Rasullullah memiliki rumah yang terletak di dalam masjid, setiap hari baginda boleh iktikaf. Dan boleh kata setiap malam baginda akan bangkit untuk bertahjjud. Tidak perlu rasanya untuk menunggu 21 Ramadhan baru nak mula begitu.

Memanglah agak mustahil jika setiap malam kita iktikaf di masjid, tapi jika sepanjang bulan puasa sahaja bukan suatu masalah, kan? Dan lebih baik lagi kalau dapat dilakukan secara berjemaah bersama kaum keluarga mahupun teman2. Lagi pun di masjid itu lebih baik mutu amalan kita di samping sentiasa mendapat pahala iktikaf tersebut.

Rasanya solat akan lebih khusyuk dan tawadhuk jika berjamaah di masjid. Mungkin itu merupakan salah satu kelebihan yang tidak terdapat di rumah sendiri. Kalau di rumah kita akan mudah terpengaruh dengan orang lain. Contohnya, mungkin kita akan rasa malas mahu qiamullail jika terlihat mereka yang sedang lena di buai mimpi atau mungkin bising tatkala menonton perlawanan bola sepak dan sebagainya. Ibadah kita juga boleh menjadi tidak khusyuk.

So, marilah kita fikir2kan. Mungkin tidak sempat untuk kita lakukan dari awal Ramadhan tahun ini tetapi mungkin jika dikurniakan umur yang memadai sehingga the next Ramadhan. Who knows maybe this is the last, so grab your chance this year to find the Al-Qadar night. Dan ada sebab kenapa Rasullullah tidak memberitahu exactly when is the night. He want us not to just beramal pada malam itu sahaja tetapi pada seluruh bulan.

1) Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda:
“Carilah Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.” Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

2) Riwayat dari Ibnu Umar, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka janganlah sampai terluput tujuh hari yang selebihnya.” Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim.


3) Dari Ubadah bin Shamit Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam keluar pada malam al-Qadar, ada dua orang sahabat berdabat, beliau bersabda:
“Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kamu berkenaan Lailatul Qadar, tetapi ada dua orang sedang berselisih sehingga pengetahuan berkenaannya tidak diberikan. Mudah-mudahan ini lebih baik bagi kamu, carilah di malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain, pada malam ke tujuh, sembilan dan lima).” Hadis Riwayat al-Bukhari
.

Wallahualam.

*******

~tidak pernah pun qiamullail di Masjid Al-Azim :-( ~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

2 comments:

Write a great comment, not the good one, thanks!