Wednesday, August 26, 2009

Tidur Oh Tidur...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Almaklumlah, sekarang adalah masa cuti. Jadinya, bila sudah tiada benda berfaedah lagi yang hendak di mestilah hobi ini menjadi pilihan, TIDUR. Tuah bukanlah peminat sejati hobi ini tapi sudah menjadi suatu kewajipan seseorang Muslim itu untuk menjalankan hak tubuh badannya iaitu berehat yang salah satu caranya ialah tidur.

Sesungguhnya tidur ada suatu ibadah. Bukan sahaja solat, puasa atau baca Al-Quran tetapi makan tidur bahkan kahwin juga ibadah. Akan tetapi tidur yang tidak patut seperti terlebih atau terkurang akan menyebab kerosakan pada tubuh badan kita. Contohnya, kalau kita tidur lebih masa kita akan mengalami semacam 'toxification', macam nmengantuk sepanjang hari. Kalau terkurang tidur akan mengganggu tempoh masa rehat kita.

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat. Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas yang kita boleh buat. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar. Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi, mungkin.

Di sini Tuah nak cerita adan khabarkan kepada anda beberapa sunnah Rasulullah yang telah dan akan Tuah cuba amalkan yang berkaitan dengan tidur, sebelum, ketika dan selepas tidur.

1) Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2) Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3) Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x.

4) Baca 4 Qul (Surah Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas), tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5) Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6) Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7) Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8) Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

9) Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya ada Syaitan / Jin Betina.


10) Tutup aurat ketika tidur. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.

Banyak lagi sebenarnya sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Wallahualam.

p/s:
1) kena mula latih diri biasa bangun awal pagi ada kelas jam 7 am, huhu
2) 4 hari lagi dah nak balik UnPad dah, esoknya dah start class for semester 3, as 2nd year medical student
3) entah apa2 je yang Tuah buat sepanjang 4 minggu cuti ni

~suka tengok budak kecil tidur, especially baby~

*******

Pepatah Tuah: Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

No comments:

Post a Comment

Write a great comment, not the good one, thanks!