Thursday, April 23, 2009

SIAPA PUN TAK BOLEH CURI

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,


Siapakah Si Dia yang Tidak Boleh Dicuri?

Dia tidak meminta bayaran, namun menciptakan banyak kenalan.

Dia memperkayakan mereka yang menerimanya, tanpa memiskinkan mereka yang memberinya.

Dia terjadi hanya sekejap namun kenangan tentangnya kadang-kadang bertahan selamanya.

Tak seorang pun yang kaya mampu bertahan tanpa dia, dan tak seorangpun yang begitu miskin tetap menjadi lebih kaya daripada manfaatnya.

Dia menciptakan kebahagian di rumah, mendukung niat baik dalam perniagaan dan merupakan tanda balasan dari kawan-kawan.

Dia memberi istirahat untuk rasa letih, sinar terang untuk rasa putus asa dan sinar mentari bagi kesedihan.

Namun dia tidak dapat dibeli, dipinjam atau dicuri kerana dia adalah sesuatu yang tidak berguna sebelum diberikan kepada orang lain.

Siapakah si dia?

Dialah yang bernama senyuman!

Senyum itu sedekah, senyum itu sunnah!

Senyum-senyumlah selalu!


p/s: jangan sampai orang kata anda tidak sihat pula sebab selalu tersengih macam kerang busuk!

*******

Pepatah Tuah: Air dicincang takkan putus tapi kalau daging dicincang tandanya ada kenduri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

4 comments:

  1. salam..nice entry..tapi gambar mengerikan...hahaha..

    ReplyDelete
  2. senyum seindah suria yang membawa cahaya~~
    lalalaa~
    hoho

    btw, sy setuju sama org diatas, gambar itu scary sungguh!
    bisa membuat orang terkena myocardial infarction.tachycardia juga!

    p/s: senyum2 la selalu ye..=)

    ReplyDelete
  3. haha..tachycardia..
    dyspnea pun bole jugak..
    "cantik" sgt gambar tu..
    erm..senyum itu sedekah yg paling mudah..
    so byk2 laa senyum..(tapi berpada-pada)

    macam lagu raihan 'senyum' tu..
    ade satu ayat.."tapi senyum jgn disalah guna"
    ermm..pndai2 lah kita fikir same2..

    ReplyDelete
  4. tengok kau senyum.
    apa kata kau senyum sekarang?

    ReplyDelete

Write a great comment, not the good one, thanks!