Tuesday, March 3, 2009

Kekecewaan Bukan Saya Yang Punya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Masa tengah chatting dengan seorang sahabat dari kolej Unity dulu sebentar tadi, dia si Tuah (bukan nama sebenar) ni telah menghamburkan kekecewaan dari dalam hatinya pada Tuah (memang nama sebenar). Memang tergeliat juga minda ini nak comfortkan dia ni, berjam2 gak lah. Fuh, nasib baik berjaya jugak akhirnya. Apa yang dia kecewa sangat ni?

Sebenarnya mamat ni baru lepas clash even mungkin tidak berapa tepat word ni dengan hal sebenarnya. Begini ceritanya. Dia ni dah couple 5 tahun began at form 5. Memang romantik gila la Tuah tengok masa still kat kolej dulu. Sempat gak jeles sebab dulu Tuah tidaklah baik macam sekarang. Ceh, siapa yang kata Tuah sekarang baik? Tapi, serius sekarang Tuah dah banyak berubah. Cukup cerita pasal Tuah.

Nak di pendekkan cerita, benda berlaku, katanya 2 minggu lepas. Sedang asyik bercinta ni, tiba2 dalam 2 bulan sebelum benda ni jadi, awek dia ni tidak langsung call or even reply sms like always everyday. So, mamat ni mula penasaran lah nak tau kenapa. Dia mula2 rasa mungkin awek ni busy nak exam or else. So, dia tahan seminggu pun tidak call or sms awek tu. Tapi, lepas sebulan dia dah tidak tahan menunggu bagai kucing rindukan tanduknya (apa Tuah mengarut ni?), dia pun call orang2 terdekat dengan awek dia.

So, dia call semua orang: kawan sekelas, kawan sekampung, sepupu, dan kakak awek ni. Susah betul nak dapat cakap dengan diorang ni, menyebabkan dia rasa tak sedap hati. So, susah sangat dia call mak awek ni. So, dah dapat call dia pun tanyalah kenapa lama tidak call or reply sms dia. Lepas itu, mak awek ni menjawab dengan selamber je, "maaf ye nak. Kamu memang tidak tahu ke? Dia tidak cerita pada kamu ke? Mungkin dia tidak sanggup nak cakap kot. Sebenarnya, dah sebulan lebih dah dia bertunang. Cukup 2 bulan kahwinlah...." Dia cepat2 stop the conversation.

Mungkin kecewa sangat, sampai tidak ke kelas mamat ni seminggu, frust menonggeng dia. Tapi dia tetap tidak puas hati kenapa awek tu tidak sampaikan sendiri kat dia. So, dua minggu lepas, dari PJ, dia berangkat dengan kawan ke JB, ke rumah awek ni. Nak dijadikan cerita, masa dia sampai kat rumah awek ni, rupanya ada walimatul urus sempena awek ni kahwin. Ish3. Memang remuk hati mamat ni. Tapi, dia dengan selamber datang juga nak jumpa awek lama dia ni. Tapi, bapak awek ni halang dia jumpa awek ni pastu dia bawak mamat ni keluar ke gerai berhampiran nak sejukkan mamat ni.

Kat sana, dia tanyalah pak cik ni kenapa boleh jadi macam ni. Pak cik ni jawab, ni pilihan mak awek ni, dan pak cik ni dah cuba elak tapi tidak berdaya. Lepas pak cik ni cerita panjang lebar campur nasihat untuk cari yang lebih baik dari anak dia ni, dia pun berangkat pulang ke PJ. Tapi, dalam perjalanan tu, dia berazam nak ikut nasihat pak cik tu nak cari yang lebih baik dari awek ni. Azam dialah katanya. Tapi, malam ni tadi bila Tuah tanya pasal awek dia, dia terus meluahkan kekecewaan dia ni kat Tuah. Tuah pun tidak tau nak cakap apa.

Satu je nasihat Tuah kat dia, berdasarkan pengalaman Tuah sendiri, memang patut pun dia cari baru. Barang yang lama yang kita dah tidak boleh kita dapat kembali tidak usah dikenang, yang baru biasanya lebih best, haha. Memang susah nak lupakan yang lama. Tapi, petua Tuah, cari dulu yang baru, mesti boleh lupakan yang lama. Cuba je cari yang baru. Tapi, kalau boleh jangan cari awek yang baru macam Tuah selalu buat dulu, dulu je tau, tapi cari benda baru yang boleh mem'busy'kan kita. And kalau boleh dekatkan diri dengan Allah. Lagi senang nak lupakan yang lama. Bila sebut pasal cari baru memang banyak alasan dia, tapi sebut pasal agama terus diam and agreed je dia ni.

So, apa pandangan anda pasal hal mamat ni? Kesian jugaklah Tuah kat dia, clash tidak diberitahu directly, memang pedih rasanya. Lebih2 lagi bukan kita yang mintak dan bukan salah kita dan pastu kita tidak ada peluang lagi dengan si dia. Tuah nasihat kat dia tolong sesangat lupakan je awek ni. Kalau orang dah tidak mahu pada kita, jangan pulak kita nak mengendeng2, malu rasanya. Hakikatnya, segala yang terjadi tu ada hikmahnya, sama ada kita sedar atau tidak. Mungkin lepas ni mamat ni boleh jadi lebih rapat dengan Allah, who knows? You know that god know that you know that god know, right? Astalavista!

p/s: memang mamat tu bukan Tuah, pleaselah Tuah kena dump! Berani? Cubalah.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

6 comments:

  1. pleaselah tuah kne dump?? (erm)

    sebenarnya dalam hal-hal macam ni, mungkin tuah (bukan nama sebenar) tu patut rasa bersyukur sbb Allah bagi dia peluang utk tak terjebak lagi dengan perkara macam ni..jangan laa pasni pg ganti cr awek baru..bak kata tuah (nama sebenar), lebih baik die sebokkan diri dengan mencari cinta dan redha Allah..bukan lagi bergeluman dalam dosa..

    walaupun duha sndr takde pengalaman ptus cinta atau sambung cinta..tapi banyak tgk pengalaman rakan2 sndr..dan kebanyakkan memang membawa masalah..memang susah nak clash kan? sbb tu skang ni..bila da clash tu (tak kiralah salah siapa) patut rasa bahawa ini adalah petanda ALLAH CINTA DAN SAYANG PADA KAMU..die nak bersihkan kita dr dosa..

    bercouple ni..kalau dok bawak mslh pung, kita tau mnde ni dose kan..buat ape nak teruskan? ramai yg tau, tapi tewas pada nafsu..nafsu ni mmg suatu perkara yang susah nak tinggalkan atau elak..tapi itulah jihad! nak tak nak kne cuba elak..inysaAllah tuhan akan bantu..

    peringatan untuk diri sndr jgak agar tdak mndekati perkara sebegini..amin~
    ya Allah lindungilah hati kami dr maksiat :)

    ReplyDelete
  2. Bahya la ko buat statement tu kat sini, maka ramailah fan Duha yg tengah memasang niat nak men'try'. Well, gudluck then. It's really a tough test you know...
    Tuah (memang nama sebenar) dah insaf dah skrg, thank god almighty...

    ReplyDelete
  3. seyes klu tgkkan mmg trase pedih gle...apatah lg org yg alaminya...mne xpedihnya, kehilangan org yg kita sgt kan...tp apa blh bt...

    buat kwn tu::::jgn biarkan cinta yg telah ilang tuh melemahkan sendi2 awk utk melangkah jauh..simpan dulu cinta tuh nnt..supposed this going 2 b the hard time 4 u, but as d time goes by, & u get acquainted wif amal&ilmu..the most important thing is Allah’s bless..

    utk smua::::ALLAH menguji keikhlasan bila bersendirian, ALLAH memberi kedewasaan bila ada mslh, ALLAH melatih kesabaran dlm kesakitan, ALLAH xpenah mengambil sesuatu yg kita sayang melainkan menggantikannya dgn yg lbh baik...

    ReplyDelete
  4. Sangat klaka statement yang last tu.
    Jgn ckp besar Tuah, nnt satu hari kena 'dump' masuk kolam katak baru tau.....hahaha=p

    Pedih memang pedih, tp cuba tanya kat tuah bukan nama sebenar tu, atas niat apa sebenarnya dia couple tu. Sebab kalau dikatakan sayang, habis x sayang ke kat awek dia nnt kat akhirat? Haaaaaaaaaaaaa.

    Ada mesej yang Allah nak sampaikan pada tuah bukan nama sebenar tu (Awatnya panjang sangat nama samaran tu?heh)

    Ckp kat kawan tu, Allah sayang dia lagi. Tak perlu frust2 menonggeng. Kembalilah pada pangkal jalan......chewah. Kalau boleh sedarkanlah dia apa yang dia buat selama ni tak betul pun, so insyaAllah kalau dia dah sedar xdela nak frust menonggeng x hengat lagi. Hehehe

    Tpanjang pulok...sori.

    Wallahua'lam~

    ReplyDelete
  5. lgi 1, link blog Biro agama kubi tu dah x boleh bukak,sbb url dah tuka. url die skrg adalah:

    http://biroagamakubi.blogspot.com

    ajakla kawan2 tgk k...thnx.

    ReplyDelete
  6. salam,
    pedih pedih juga, tapi lagi pedih azab Allah.
    Mmg pon padan muka dia, padan lah sebab Allah masih sayang kat dia dgn awek dia, masih beri peluang nak tobat.
    Tuah nama sebenar pon xbape baik sgt pon, tp xdelah smpi kena dump.
    sblm kena dump, Tuah nama sbnr akan dump dia dulu, huhu! Tp, tu cite lamalah...
    skrg mamat tu dah cr lain, Tuah nama sbnr dah try tp kalah pada syaitan buat masa ni...
    cis!!!

    ReplyDelete

Write a great comment, not the good one, thanks!