Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Happy birthday to you, Selamat hari jadi, Allah selamatkan kamu,
Happy birthday to you; Selamat hari jadi; Allah selamatkan kamu;
Happy birthday to umi, Selamat hari jadi Umi, Allah selamatkan Umi,
Happy birthday to you... Selamat hari jadi... Allah selamatkan kamu...
Hari ini merupakan hari jadi Umi Tuah. So, di sini Tuah nak mengucapkan Selamat Hari Jadi yang ke-58 kepada Umi Tuah yang bernama Sharifah Masnah Binti Haji WAn Sazali yang lahir pada tanggal 14 Januari 1961. Selamat hari jadi UMI, Dil sayang Umi sangat2. Tak tau nak cakap camne lagi Dil punya sayang kat Umi. Suatu yang menjadikan hari jadi Umi Tuah ni spesel ni ialah hari jadi Umi sama dengan hari jadi Tuah, 14 Januari, cuma tahunn je lain, 1988. So, setiap tahun Tuah akan sambut besday dengn Umi kecuali tahun ni, sebab Tuah berada di Indonesia. Jauh dari rumah, jadi tak dapat balik rumah. Tapi, even tak dapat balik rumah pun Tuah akan sambut gak hari jadi Tuah dan Umi, cuma tak bersama seperti biasa.
Nak cerita pasal sambutan hari jadi ni, macam2 yang berlaku samada kepada yang punya hari jadi atau yang jadi tukang sambut je. Kalau tradisi kat asrama memang banyaklah, cuma Tuah je yang tak kena masa kat sekolah dulu, sebab besday awal tahun, so, orang lain tak ingat. Dah 2 bulan baru orang tahu. kalau cite pasal sambutan hari jadi kat hostel, sure happening gila. Setiap, birthday mesti akan berhati2 dalam seminggu tu nobody knows that their birthday is coming, or they will suffer on their birthday.
Kalau yang simple punya mesti budak2 ni cari tepung ditambah dengan telur baling kat birthday boy. But before that must make sure yang budak tu dibasahkan dengan air sebaldi, biar basah satu badan supaya senang tepung melekat. Lepas dibaling tepung akan diikuti dengan telur. Ada jugak yang baling air yang telah dicampur macam2. Contohnya air sabun, ubat gigi, air longkang air gula dan kadang2 air longkang pun ada, memang tak tahan bau air tu. Kalau nasib tak baik, orang yang nak curah air tu pun terkena jugak, eeeeiiiiii! Memang meloyakan kerja budak2 ni. Selain itu, ada jugak yang kena angkat, pegang tangan dan kaki, then kena baling dalam kolam yang berlumut macam kolam ikan or dalam parit yang penuh air dan busuk. Maka, satu badan bau busuk dan baju tu mamang buang terus, tak larat nak basuh. Ada jugak yang kena bogel or kena belasah ramai2, tapi jaranglah berlaku. Jarang sangat.
Tapi, kalau dapat kawan yang tak gila2 macam tu, ada jugak sambutan hari jadi yang ditunggu2 oleh birthday boy. Contohnya, semua orang wish besday dia, even orang yang dia ingat benci kat dia. Ada jugak kawan yang best belikan birthday cake or buat birthday party. Pergh, memang seronok sangat lah masa tu. Kadang2, siap dapat hadiah lagi dari kawan2 or family. Tapi, biasanya sambut dengan family or beloved is a lot best than with friends.
So, untuk buat kali kedua, di sini Tuah nak ucap hari jadi kepada Umi dan jugak kepada Raudhah pada 18 Februari, Amin pada 4 Disember, Abang Lan Pada 3 Mac, Abah Tuah 16 Mac, Ashyraf 14 Jun, Syuhada pada 27 Mei, Abang Eddy pada 4 Julai dan kepada semua kawan2 Tuah yang menyambut hari jadi pada bulan Januari. Semoga kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk terus berjuang di atas muka bumi ini dan seterusnya mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat, amin, ya Rabbal alamin.
Akhir kata dari Tuah, majukan diri bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi orang umi abah, keluarga, Islam, bangsa dan negara tercinta Malaysia. SELAMAT HARI JADI UMI!
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment
Write a great comment, not the good one, thanks!